Site icon MuslimahHTM News

[POLITIK RAMADHAN] RAMADHAN DAN KEPIMPINAN

[POLITIK RAMADHAN]

RAMADHAN DAN KEPIMPINAN

“Sesungguhnya al-imam (khalifah) itu (laksana) perisai, dimana (orang-orang) akan berperang di belakangnya (mendukung) dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan)nya. Jika seorang imam (Khalifah) memerintahkan supaya takwa kepada Allah ’azza wajalla dan berlaku adil, maka dia (khalifah) mendapatkan pahala kerananya, dan jika dia memerintahkan selain itu, maka ia akan mendapatkan seksa.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Abu Dawud, Ahmad)

Ketakwaan yang sepenuhnya akan terserlah dalam sebuah masyarakat dan negara yang menerapkan seluruh hukum-hukum Allah SWT, dan inilah negara Khilafah Islam. Pemimpinnya (al Imam) akan berfungsi sebagai pelindung bagi rakyatnya dan akan memerintahkan ketakwaan kepada Allah swt juga dipredikati sebagai junnah (perisai) oleh Rasulullah swt  sebagaimana dalam hadis di atas.

Sayang sekali, pada hari ini para pemimpin kaum Muslim tidak lagi menjadi junnah kepada umat Islam. Ini kerana mereka tidak lagi menerapkan kepimpinan Islam dalam negeri-negeri kaum Muslim. Kebanyakan negeri-negeri kaum Muslim ditadbir urus dengan dasar sekular yang menyamaratakan antara haq dan batil, kedua-duanya dicampuradukkan malah seringkali Syariah dijadikan lebih rendah dalam polisi-polisi negara. Maka tidak hairanlah banyak pelanggaran syariat berlaku. Bukan pada hari biasa, bahkan Ketika di bulan Ramadhan. Ramai yang tidak berpuasa, boros, kelaparan, jenayah, amalan liberal, hedonisme, riba’ dan lain-lain kemungkaran tetap merajalela menunjukkan bahawa hilangnya nuansa ketakwaan dalam masyarakat hari ini secara global.

Puasa dan kepemimpinan Islam (Khilafah) sesungguhnya bermuara pada ketakwaan kepada Allah SWT. Puasa menjadi perisai dari kederhakaan agar membentuk ketakwaan. Demikian juga Khilafah (negara Islam), merupakan manifestasi ketakwaan secara kolektif untuk melaksanakan hukum-hukum Allah SWT.  Kedua-dua perisai tersebut sudah semestinya patut diwujudkan oleh kaum Muslim.

#KembalikanKhilafah
#Ramadhan1444h
#kepimpinan

Exit mobile version