[FIKH RAMADHAN] TATACARA QADHA’ PUASA
Sah mengqadha’ puasa secara berturut-turut atau berselang-seli. Begitu juga hukumnya sah dilakukan secara langsung selepas hari raya Aidilfitri. Ia juga sah jika berakhir sehingga bulan Syaaban tahun berikutnya sebelum Ramadhan.
Jika sampai bulan Ramadhan berikutnya dia mampu mengqadha’ puasa dan jika ada sebab-sebab yang dibenarkan syarak seperti pada ibu hamil dan menyusui, maka dia wajib mengqadha’ semua hutang puasanya apabila berkemampuan, tanpa perlu membayar fidyah atau kaffarah.
Tidak perlu risau takut meninggal sebelum sempat mengqadha’ puasa, ini kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan meninggal. Yang penting kita berniat untuk mengqadha’ puasa selagi kita mampu. Walaupun telah dijemput ajal, kewajipan qadha’ puasa ini boleh ditunaikan oleh ahli waris seperti suami, ibubapa ataupun anak-anaknya. Ini sebagaimana hadis ‘Aisyah bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda:
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّه
“Siapa saja yang mati dalam keadaan memiliki kewajipan berpuasa, ahli warisnya lelaki akan berpuasa”. (HR al-Bukhari dan Muslim).
Jika penangguhan qadha’ dilakukan tanpa sebab, ia dikira sebagai berdosa kerana melalaikan kewajipan. Dia tetap wajib mengqadha’nya sehingga bila-bila sebelum ajal menjemputnya.
Sumber: Arini Retnaningsih, “Shaum Ramadhan Perempuan”.
#fikhramadhan #qadhapuasa