[Global] Ramadhan Tahun Ini, Terberat bagi Warga Syria
Belum usai derita warga Syria akibat goncangan gempa yang menelan ribuan nyawa pada Februari lalu, kini warga Syria dihadapkan dengan kenaikan harga-harga keperluan utama untuk memenuhi keperluan mereka saat Ramadhan.
Ahli Ekonomi Syria, Abdulnaser Aljasem mengatakan bahawa Ramadhan tahun ini adalah yang terberat bagi warga Syria.
“Meskipun permintaan menurun dan penawaran meningkat, harga tidak turun. Pada kenyataannya, kami melihat harga naik setiap hari,” ungkap Aljasem sebagaimana dilaporkan oleh Al-Araby al-Jadeed.
Aljasem mengatakan, ini terjadi bahkan setelah sekatan ekonomi terhadap rejim dibekukan setelah gempa dahsyat yang melanda Turki dan Syria pada Februari lalu.
“Harga tinggi, tidak adanya pemantauan, dan inflasi adalah tiga faktor yang menentukan pasaran Syria,” tambahnya.
Nilai tukar pound Syria terhadap dolar terus menurun. Kadar penurunan pound Syria Isnin lalu (20/3/2023) turun menjadi sekitar 7550 pound per dolar, sementara kos hidup rata-rata untuk satu isi rumah (anggaran 5 orang isi rumah), berdasarkan ‘Indeks Biaya Hidup Kassioun’ adalah lebih dari 4 juta pound Syria ($530). Manakala upah minimum hanya 92.970 pound.
Aljasem menjangkakan harga akan terus naik sepanjang Ramadhan meskipun Ketua Federasi Kamar Dagang Syria, Mohammed Abu Al-Huda Al-Lahham, mendakwa bahawa harga hanya akan naik selama menjelang Ramadhan dan minggu pertama setiap bulan, sebelum jatuh kerana permintaan turun.
Abdulaziz al-Maqaali, Ketua Persatuan Perlindungan Pengguna, memperkirakan harga akan naik 15 peratus sepanjang Ramadhan. Beliau mengatakan kepada surat khabar pro-rejim Al-Watan bahawa harga telah naik 45 peratus sejak awal 2023.
Tidak Dapat Membeli Barang
Kenaikan harga barang-barang keperluan asas memaksa sebahagian besar keluarga Syria melupakan makanan yang biasa mereka beli dalam jumlah besar untuk menemani mereka selama puasa Ramadhan.
Keluarga Syria bahkan tidak dapat membeli barang-barang seperti kentang dalam jumlah besar, setelah penarikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Perlindungan Pengguna dari peranannya dalam melindungi harga.
Luay Shubat, seorang pesara dari bandar Dummar di Damaskus, mengatakan: “Situasi warga Syria sangat buruk. Tidak banyak keluarga yang mampu mempersiapkan diri, seperti yang biasa mereka lakukan di masa lalu, dengan membeli keperluan untuk bulan yang penuh berkah.
Luay memberikan contoh, satu kilo kurma – salah satu makanan paling penting dalam bulan Ramadhan, harganya antara 50,000 dan 100,000 pound untuk jenis kurma berkualiti tinggi, yang memerlukan gaji sebulan. “Begitu juga dengan susu, telah menjadi barang mewah,” tambahnya.
Pemotongan eletrik yang berlangsung hampir sepanjang hari juga menyebabkan makanan yang disimpan di dalam peti ais menjadi busuk.
Ahli ekonomi Syria mengatakan daya beli warga Syria hampir tidak cukup untuk menutupi keperluan sehari-hari mereka. Saat ini, untuk menyediakan satu komoditi, seperti keju, makdous (acar terung Syria yang merupakan menu sarapan tradisi), atau selai, akan menghabiskan wang belanja satu keluarga, lebih dari pendapatan bulanan mereka.
Nasionalisme
Pemerhati Hubungan Antarabangsa, Hasbi Aswar menyoroti bahawa gagasan nasionalisme menyebabkan keadaan umat Islam di Syria menjadi lebih sukar.
“Gagasan nasionalisme di dunia Islam menyebabkan umat Islam di Syria menjadi lebih sukar. Negara – negara jiran Syria adalah negara yang kaya minyak dengan ekonomi yang baik. Namun, masalah Syria dilihat hanyalah masalah internal negara mereka, padahal muslim Syria adalah bahagian dari umat Islam yang wajib dibantu dan dilindungi,” tuturnya kepada MNews, Jumaat (24-3-2023).
Tambahnya lagi, umat Muslim Syria saat ini menghadapi dua masalah, iaitu rejim yang zalim dan dunia Islam yang terlena dengan nasionalisme.
“Sepatutnya kaum muslim dapat mengambil pelajaran dari masalah yang menimpa Syria ini dan bersatu untuk menghentikan kezaliman-kezaliman yang berlaku di dunia Islam. Semua kezaliman baik yang berakar dari pemikiran yang merosak mahupun rejim yang zalim, semestinya mendorong umat Islam untuk kembali pada Islam dan kesatuan kaum muslim,” ujarnya.
Sumber: https://muslimahnews.net/2023/03/25/18774/
#berita #semasa #Syria #RamadhandiSyria #IsuUmatIslam

