Site icon MuslimahHTM News

[Hadis Ramadhan] Lailatul Qadar Hanya Ada di Bulan Ramadhan

[Hadis Ramadhan 13] Lailatul Qadar Hanya Ada di Bulan Ramadhan

 

Dalam sebuah hadis disebutkan,

 

حَدَّثَنَا أَبُو بَدْرٍ عَبَّادُ بْنُ الْوَلِيدِ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِلَالٍ، حَدَّثَنَا عِمْرَانُ الْقَطَّانُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: دَخَلَ رَمَضَانُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

 

إِنَّ هَذَا الشَّهْرَ قَدْ حَضَرَكُمْ وَفِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَهَا فَقَدْ حُرِمَ الْخَيْرَ كُلَّهُ وَلَا يُحْرَمُ خَيْرَهَا إِلَّا مَحْرُومٌ

 

Telah menceritakan kepada kami Abu Badr Abbad bin Al Walid, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Bilal, telah menceritakan kepada kami Imran Al Qaththan, dari Qatadah, dari Anas bin Malik, dia berkata: Ketika datang bulan Ramadhan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 

“Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kalian. Di bulan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa diharamkan darinya (terhalang darinya), maka dia telah diharamkan kebaikan semuanya. Dan tidak diharamkan kebaikannya kecuali bagi yang terhalang dari kebaikan.” (HR. Ibnu Majah no. 1634).

 

Sudah sangat jelas bahawa hadis di atas memberikan pengertian kepada kita bahawa Lailatul Qadar hanya ada di bulan Ramadhan, tidak ada di bulan selainnya. Dari 29 atau 30 malam Ramadhan, hanya satu saja Lailatul Qadarnya, tidak dua, tiga atau lebih. Maksudnya, malam tersebut adalah malam paling utama di bulan Ramadhan. Bagaimana tidak, satu malam tersebut lebih baik dari ibadah selama seribu bulan, setara dengan 83 tahun, masya Allah!

 

Sangat pentingnya lailatul Qadar, sehinggakan Rasulullah mengingatkan umat beliau agar jangan sampai terhalang dari mendapatkan malam tersebut. Orang yang tidak mendapatkannya sangat rugi, dia tidak mendapatkan kebaikan malam tersebut. Mengapa rugi? Kerana umur manusia belum tentu dpaat mecapai 80 tahunan. Sekalipun mencapai 83 tahun, apakah amal ibadahnya mampu sebaik yang diharapkan? Tentu berbeza jika mendapatkan Lailatul Qadar, apalagi mendapatkan Lalilatul Qadar setiap bulan Ramadhan.

 

Kita ilustrasikan saja misalnya seorang wafat usia 60 tahun. Jika seseorang mengalami “baligh” diusia 15 tahun, amal beliau tercatat selama 45 tahun. Jika saja seseorang mendapat Lalilatul Qadar hanya 10 kali, maka seseorang mempunyai amal kebaikan ibadah selama 830 tahun! bagaimana jika beliau mendapatinya 20 kali, 30 kali atau 45 kali? Masya Allah. [Sumber: Pusat Kajian Hadis]

 

🔴 Pusat Pendidikan Hadis Ma’had Khadimus Sunnah Bandung

Exit mobile version