WANITA ISLAM, KORUPSI DAN KESAN KUPU-KUPU (BUTTERFLY EFFECT)
Kerajaan Indonesia mengekang gaya hidup mewah beberapa pegawai cukai di tengah-tengah kebimbangan bahawa skandal baru-baru ini yang berpusat pada kekayaan mencurigakan seorang pegawai pengutip cukai Jakarta, kerana ini boleh menjelma menjadi gerakan anti-cukai yang meluas dan juga merosakkan reputasi kementerian kewangan sebagai institusi negara. Pemeriksaan yang dipertingkatkan ke atas pegawai pengutip cukai dibuat selepas Mario Dandy Satrio, anak kepada pegawai pengutip cukai Rafael Alun Trisambodo, ditahan minggu lalu selepas didakwa menyerang budak bawah umur. Foto dan video gaya hidup mewah Mario dalam akaun media sosialnya, dan kekayaan bapanya sebanyak Rp 56 bilion (AS$3.6 juta) yang dilaporkan, terbongkar pada hari-hari berikutnya, menimbulkan persoalan tentang dari mana wang itu datang. Ibu Mario juga seorang sosialit bernama Ernie Meike Torondek. Sejak kes Mario Dandy menjadi tular, potret kemewahan ibunya, telah beredar juga, di mana dia menunjukkan beg berharga yang sangat mahal kepada seekor anjing peliharaan bernama Pablo yang berpakaian barangan berjenama. Namun, Ernie segera memadamkan semua gambarnya. (Berita TVOne)
Insiden penganiayaan yang dilakukan oleh Mario menyebabkan Kesan atau Efek Kupu-kupu (Butterfly Effect) yang tidak dijangka iaitu reputasi institusi Kementerian Kewangan Indonesia dipertaruhkan. Insiden jenayah kecil secara tidak dijangka akan menyebabkan rantaian peristiwa yang membawa kepada kekacauan secara besar-besaran. Dari hubungan cinta terlarang dan pergaduhan remaja hinggalah kepada skandal dengan Ketua Pengarah Cukai di Kementerian Kewangan: penyelewengan sebanyak IDR 300 trilion, yang melibatkan 460 pekerja, menunjukkan wujudnya mafia dalam institusi negara.
“Kesan Kupu-kupu” adalah teori kekacauan yang menjelaskan bahawa perubahan yang sangat kecil dalam atmosfera bumi boleh mengubah laluan taufan (puting beliung) atau melambatkan, mempercepatkan malah menghalang puting beliung daripada berlaku di tempat lain. Akibatnya, skandal ini menunjukkan bahawa kerosakan dan rasuah dalam masyarakat sekular moden telah melanda semua barisan. Daripada garisan terkecil iaitu unit keluarga, kepada institusi negara, dari aspek budaya dan struktur. Lebih-lebih lagi, struktur ekonomi negara ini 80% daripada hasil negeri datangnya daripada cukai. Maka tidak hairanlah, pendedahan gaya hidup mewah pegawai cukai dan kastam serta keluarga mereka sudah pasti mencetuskan rasa cemburu orang ramai.
Jelas sekali, di sebalik pegawai yang korup sentiasa ada isteri yang suka hidup bermewah dan anak manja yang kurang kompas akhlak. Itulah potret sebuah keluarga moden sekular di bandar-bandar besar kapitalis.
Maka timbul persoalan di mana hendak memulakan usaha membanteras isu rasuah yang semakin meruncing ini. Mari kita mulakan dari definisi. Rasuah dalam Islam ialah sebarang perbuatan yang melanggar syariat Islam, bukan sahaja di peringkat pegawai awam. Definisi yang ringkas tetapi paling asas. Namun demikian, Islam mempunyai piawaian yang lebih ketat bagi peringkat pegawai awam, seperti larangan keras mengambil rasuah, ganjaran dan juga larangan memberi hadiah kepada pemimpin/pegawai negeri. Oleh itu, dalam konteks ajaran Islam yang lebih luas, amalan rasuah adalah perbuatan yang bertentangan dengan prinsip maqashidussy syariah iaitu keadilan, akauntabiliti, dan tanggungjawab. Justeru itu, amalan rasuah dan ganjaran merupakan dosa besar (kaba’ir) dalam Islam.
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah (RA) bahawa Nabi (SAW) bersabda,
«هَدَايَا الْعُمَّالِ غُلُول» “Pemberian yang diberikan kepada pemimpin adalah harta yang khianat.” [Tabrani dalam Al-Awsat no 5126].
Sikap mengambil rasuah adalah sikap mental yang berkait rapat dengan kekayaan dan berpemikiran duniawi. Islam mengingatkan akan larangan ini dari peringkat asas, di mana terbukti bahawa Rasulullah SAW telah mengingatkan kita tentang bahaya fitnah harta dan cinta dunia, yang akan membinasakan umat ini.
Baginda bersabda,
«فَوَاللهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، فَتَنَافَسُوْهَا كَمَا تَنَافَسُوْهَا، فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ
“Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku takutkan menimpa kamu, malah aku khuatir kamu akan diberikan kekayaan dunia, sebagaimana telah diberikan kepada orang-orang sebelum kamu. Kamu akan bersaing untuk mendapatkannya sebagaimana mereka bersaing untuk mendapatkannya dan ia akan membinasakan kamu sebagaimana ia memusnahkan mereka.” [Bukhari dan Muslim].
Jadi, bagi menggunakan analogi kesan kupu-kupu, peranan wanita Islam sebenarnya amat penting dalam membasmi rasuah, kerana dia adalah benteng terakhir keluarga Muslim, peranannya sangat penting dari sekecil-kecil peranan sehingga ke peringkat pertengahan dan besar-besaran.
Oleh kerana itu, wanita Islam mesti memiliki keberanian mengambil peranan besar di pelbagai peringkat, agar berlaku perubahan besar-besaran dalam masyarakat dan mencabut bibit-bibit kelakuan rasuah dari akar umbinya.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh wanita Islam di peringkat yang berbeza:
- Peringkat individu. Wanita hendaklah membina iman yang teguh dan kelilingi diri dengan ilmu yang bermanfaat khususnya ilmu agama (Tsaqafah Islam) agar jati diri kita sebagai muslimah terpelihara dan sentiasa tunduk sepenuhnya kepada syariat.
- Peringkat keluarga. Aliran kehidupan kapitalistik menjadikan wanita dan ibu hari ini semakin lemah dalam menjalankan peranan utama sebagai benteng keluarga Islam. Oleh itu, perkukuhkan peranan anda dalam keluarga, tingkatkan kualiti berinteraksi dengan keluarga mengikut ajaran Islam, didik anak-anak mengikut Islam, menggalakkan keluarga dan persekitaran mereka untuk melibatkan diri dalam dakwah termasuk mematuhi syariah dalam memenuhi keperluan ekonomi, bukan tergoda dengan riba dan gaya hidup hedonik.
- Peringkat masyarakat. Aktif menjalankan amar makruf nahi mungkar berkenaan isu-isu awam yang menggambarkan rasuah dalam masyarakat. Ini termasuklah membetulkan gaya hidup materialistik dan gemar berbelanja oleh wanita, seperti gaya hidup sosialit, isteri pegawai dan lain-lain yang mengutamakan penampilan ‘superficial’, pembelian barangan mewah, dan akses kepada kekuasaan yang sebenarnya mengukuhkan corak politik oligarki.
- Peringkat global/sosio-politik. Membina kesedaran politik Islam, melibatkan diri dalam dakwah berjemaah dan memainkan peranan kolektif dalam membetulkan mereka yang berkuasa, mendedahkan kerakusan elit oligarki, institusi negara yang korup, kezaliman dasar kapitalis, dan penyelewengan sekularisme/ideologi lain. Termasuk juga mempromosikan kembalinya kehidupan Islam melalui tertegaknya institusi Khilafah Islamiyah (Khilafah) di atas metod kenabian yang akan melaksanakan syariat Islam dan menjaga maqasid syariah.
Peranan penting dan utama wanita Islam dalam membina keluarga adalah seperti kibaran kecil kupu-kupu di hutan tropika Brazil yang mempengaruhi kejadian puting beliung di Texas. Ini supaya apabila wanita Islam sedar akan peranan mereka, tugas mereka dalam membina masyarakat akan menghasilkan perubahan yang nyata dan besar, bahkan mampu mengubah dunia. Semuanya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Wallahu a’lam bissawab.
﴿واِذَاۤ اَرَدۡنَاۤ اَنۡ نُّهۡلِكَ قَرۡيَةً اَمَرۡنَا مُتۡرَفِيۡهَا فَفَسَقُوۡا فِيۡهَا فَحَقَّ عَلَيۡهَا الۡقَوۡلُ فَدَمَّرۡنٰهَا تَدۡمِيۡرًا﴾
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar menaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu).”[TMQ al-Isra (17) :16]
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Dr Fika Komara
Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

