Site icon MuslimahHTM News

DIANJURKAN UNTUK BERQIYAMULLAIL, BERQIYAMULLAIL DI MALAM LAILATUL QADAR

[AMALAN SUNNAH RAMADHAN]

DIANJURKAN UNTUK BERQIYAMULLAIL, BERQIYAMULLAIL DI MALAM LAILATUL QADAR

Allah swt. berfirman:

وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِۦ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Maksudnya: “Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
[TMQ al-Isra’ (17): 79]

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ ٱلْمَضَاجِعِ

“Mereka meregangkan jauh diri dari tempat tidurnya…..” [TMQ al-Sajdah (32): 16]

كَانُوا۟ قَلِيلًا مِّنَ ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ

“Mereka sentiasa mengambil sedikit sekali masa dari tidur di waktu malam.” [TMQ al-Zariyat (51): 17]

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : « كَانَ رَسُولُ اللهِ ، صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ، إِذَا دَخَلَ العَشْرُ أَحْيَى اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَشَدَّ المِئْزَرَ » متفقٌ عليه .

1220. Dari Aisyah ra., katanya: “Rasulullah saw. apabila telah masuk sepuluh hari -yang terakhir dari Ramadhan- maka beliau saw. menghidupkan malamnya -dengan memperbanyakkan amalan ibadahnya-, juga membangunkan isterinya -agar ikut memperbanyak amalannya- serta mengeraskan tali pinggangnya -yakni sebagai kata kinayah bahawa beliau saw. menjauhi untuk berkumpul dengan isterinya-.” (Muttafaq ‘alaih)

Sumber:
Kitab Ringkasan Riyadhus Solihin
(Disusun oleh Imam Nawawi & Diringkaskan oleh Syaikh Yusuf Al-Nabhani)

Exit mobile version