Site icon MuslimahHTM News

[Hadis Ramadhan] Perbanyakkan Iktikaf di Masjid

[Hadis Ramadhan 18] Perbanyakkan Iktikaf di Masjid

 

Dalam sebuah hadis disebutkan,

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ عَنْ أَبِي حَصِينٍ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ فِي كُلِّ .رَمَضَانٍ عَشْرَةَ أَيَّامٍ فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِي قُبِضَ فِيهِ اعْتَكَفَ عِشْرِينَ يَوْمًا

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Abu Syaibah, telah menceritakan kepada kami Abu Bakar, dari Abu Hashin, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Beliau beriktikaf selama dua puluh hari” (HR. Bukhari no. 1903).

 

Iktikaf adalah diam di dalam masjid dengan syarat-syarat tertentu, semata-mata niat beribadah kepada Allah.

 

Niat di dalam hati. Adapun niat iktikaf adalah:

 

نَوَيْتُ الاِعْتِكَافَ فِي هذَا المَسْجِدِ لِلّهِ تَعَالى.

Ertinya : “Aku berniat iktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Ta’ala.”

 

Iktikaf sangat baik untuk memperbaiki dan meningkatkan spiritual kita. Betah berlama-lama di rumah Allah hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Berlama-lama di rumah Allah untuk berzikir, mengagungkan Allah, muhasabah dan muraqabah. Para malaikat mendoakan orang yang berada di dalam masjid mendapatkan rahmat (kasih sayang) dan maghfirah (ampunan) dari Allah selama dia belum berhadas.

 

Iktikaf boleh dilakukan bila-bila saja kerana masjid adalah rumah Allah yang terbuka 24 jam. Sepatutnya masuk rumah Allah itu “sangat sulit” dan “sangat ketat” melebihi prosedur masuk istana. Namun kerana besarnya kasih sayang Allah kepada para hamba-Nya, Allah tidak menyukarkan para hamba untuk mendatangi rumah-Nya, bahkan Allah memanggil dan membuka rumah-Nya bila-bila masa saja. Ya, tinggal kita saja yang mahu menyambut panggilan-Nya atau tidak.

 

Jika iktikaf boleh di lakukan bila-bila masa saja, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Lebih utama lagi iktikaf banyak dilakukan pada sepuluh terakhir malam-malam Ramadhan sebagaimana yang disampaikan melalui hadis Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang sudah dijamin masuk syurga pun masih saja melakukan iktikaf dua puluh hari (malam-malam Ramadhan) pada tahun wafatnya beliau. Hadis ini sepatutnya boleh menjadi inspirasi dan targhib buat kita bahawa bulan Ramadhan tahun ini boleh jadi bulan Ramadhan terakhir kita.

 

Apa tujuan utama iktikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan?

 

Salah satunya adalah menggapai malam Lailatul Qadar, satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Wallahu A’lam.

 

(Sumber: Pusat Kajian Hadis)

🔴 Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung

Exit mobile version