Site icon MuslimahHTM News

Sejarah Kelam Islam di Balkan

[Tapak Tilas] Sejarah Kelam Islam di Balkan

 

Penulis: Siti Nafidah Anshory, M.Ag.

 

Balkan berada di tenggara Eropah. Hari ini, Balkan merujuk kepada negara Albania, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Greece, Macedonia, Montenegro, Serbia, dan sedikit sebanyak bahagian Eropah di Turki.

 

Pada era klasik, penduduk Balkan adalah penganut agama pagan. Kemudian apabila empayar Rom muncul, kawasan ini telah ditakluki dan terpaksa menerima budayanya, termasuk agama Kristian.

 

Memasuki abad pertengahan, wilayah ini sering menjadi adegan konflik. Pemerintahan Rom yang autoritarian hampir membuat rakyatnya menentang tanpa henti.  Mereka berusaha merebut kembali kebebasan negaranya daripada  pengaruh politik Rom.

 

Kedatangan Islam

 

Aktiviti perdagangan yang berpusat di semenanjung Balkan merupakan satu cara untuk memperkenalkan penduduknya kepada ajaran Islam. Ini dikatakan berlaku sejak abad ke-13 atau ke-14 Masihi.

 

Hanya saja pada masa itu Islam belum diterima secara besar-besaran oleh penduduk Balkan. Pada abad tersebut, projek dakwah yang dimulakan oleh Khilafah tidak sampai ke semua wilayah di Eropah.

 

Peluang ini hanya muncul apabila pusat kekuasaan Rom di Konstantinopel ditawan oleh tentera Muhammad al-Fatih pada tahun 1453. Ketika itu martabat Islam dan negaranya semakin menyerlah. Keunggulannya menjadi buah mulut di kalangan kawan dan lawan, terutama di seluruh Eropah.

 

Satu demi satu wilayah Eropah memasuki ke wilayah Islam. Sehubungan itu, penerapan hukum Islam di wilayah taklukan menjadi wadah dakwah yang tersendiri bagi orang yang masih beragama bukan Islam. Ramai daripada mereka akhirnya memeluk Islam. Mereka tertarik dengan keindahan peraturan Islam yang diterapkan dan keadilan yang mereka terima sebagai warga negara Islam.

 

Wilayah Bosnia sendiri masuk ke wilayah Islam pada tahun 1463, manakala Herzegovina berjaya dibuka pada tahun 1480. Dari wilayah inilah Islam menyebar ke wilayah Balkan yang lain, seperti Slavia, Macedonia dan Albania. Dikatakan bahawa pada tahun 1600-an, hampir dua pertiga penduduk di kawasan-kawasan ini telah menjadi Muslim.

 

Selama di bawah pemerintahan Islam, wilayah Balkan diurus dan dijaga dengan baik oleh Khilafah Uthmaniyyah. Agama dan adat resam Islam benar-benar meresap dan mewarnai kehidupan mereka. Ini menunjukkan Islam mereka berakar kukuh kerana ia tumbuh dari kesedaran, bukan kerana paksaan.

 

Tidak hairanlah apabila Empayar Uthmaniyyah dikalahkan oleh orang kafir Kristian, seperti Empayar Austria (1683-1699) dan Empayar Rusia (1711), orang Islam di Balkan masih berpegang kepada Islam. Sebaliknya mereka berjuang mempertahankan kewibawaan Khilafah walaupun akhirnya mereka tetap kalah. Malah, apabila negara-negara Kristian itu memaksa mereka kembali ke dalam agama Kristian, mereka menolak sekeras-kerasnya. Mereka memilih untuk hidup dibuang atau dibunuh daripada terpaksa kembali kepada agama lama mereka.

 

Oleh itu, ramai daripada mereka melarikan diri ke pinggir daerah. Malah, tidak sedikit daripada mereka meninggalkan negara untuk menyelamatkan diri. Sehinggalah orang kafir datang merampas tanah mereka. Antaranya, etnik Serbia ortodoks yang merampas tanah negara Bosnia.

 

Walaupun Khilafah akhirnya dapat menuntut kembali kedaulatannya di Balkan, sejak itu bibit-bibit konflik tidak pernah terhapus. Peperangan besar antara Khilafah dan kuasa besar Eropah seperti Rusia, sering berlaku di kawasan Balkan. Orang-orang kafir di Balkan terus mencari peluang untuk merosakkan dan memecah belahkan umat Islam.

 

Peringkat Konflik

 

Pada akhir abad ke-20, keadaan Empayar Uthmaniyyah semakin lemah. Keadaan ini telah dieksploitasi oleh orang-orang kafir di Balkan untuk memisahkan diri daripada Khilafah.

 

Salah satunya adalah bangsa Serbia yang mendiami wilayah Serbia, Montenegro, Bosnia-Herzegovina dan Kroasia. Mereka berjaya mendirikan negara sendiri di kawasan Serbia-Montenegro, dan terus berusaha menggabungkan Bosnia menjadi sebahagian daripada negerinya. Namun, cita-citanya telah digagalkan oleh Empayar Austria-Hungari, yang juga mempunyai cita-cita untuk memerintah Balkan. Pada tahun 1908, empayar Kristian ini berjaya menakluki Bosnia dan seluruh Balkan.

 

Peristiwa itu mendorong kaum nasionalisme Serbia untuk melawan. Pada 1914, mereka berjaya membunuh Archduke Franz Ferdinand, putera mahkota Kekaisaran Austria-Hungari di Sarajevo, pusat wilayah Bosnia. Peristiwa ini mencetuskan berlakunya Perang Dunia I. Peperangan ini melibatkan hampir seluruh negara besar Eropah dan negara sekutunya. Di satu pihak terdapat Kuasa Tengah yang terdiri daripada gabungan tiga negara iaitu Austria-Hungari dan sekutunya, Jerman dan Itali. Sebaliknya terdapat Blok Bersekutu yang terdiri daripada Great Britain, Perancis, dan Rusia, sekutu Serbia.

 

Perang ini juga mengheret Khilafah untuk terlibat dalam medan perang. Khilafah berharap dengan bergabung dengan Jerman, ia akan mendapatkan semula wilayah yang sebelum ini di takluk oleh Britain, Perancis dan Rusia bersama sekutu Serbia mereka. Keputusan inilah yang sebenarnya mengheret Khalifah Uthmaniyyah kepada kehancurannya. Pada masa yang sama, perang telah menjerumuskan umat Islam di Balkan ke dalam jurang penderitaan yang lebih dalam. Mengapa begitu?

 

Khilafah berada di pihak yang kalah dalam peperangan. Akibatnya, wilayah Khilafah dibahagikan oleh negara-negara yang menang sebagai ganti rugi perang. Bagi Bosnia dan Herzegovina pula, ia diserahkan oleh Austria kepada Kerajaan Serbia-Montenegro bersama dengan wilayah Balkan yang lain, seperti Croatia, Slovenia dan Vojvodina.

 

Serbia sendiri terkenal sebagai sebuah negara yang kejam dan begitu bercita-cita tinggi untuk menghapuskan Islam dan penganutnya. Apabila perang berakhir pada tahun 1918, pemerintahnya menggabungkan semua wilayah Balkan ini ke dalam Kerajaan Yugoslavia (Slav Selatan). Kemudian, apabila Rusia menubuhkan negara komunis sosialis Kesatuan Soviet pada tahun 1922, Yugoslavia menyertainya.

 

Kita Melihat Keteguhan Mereka

 

Di bawah negara Yugoslavia dan pengaruh rejim sosialis komunis Soviet, umat Islam Balkan benar-benar menderita. Mereka langsung tidak dapat menyatakan agama mereka. Hak politik mereka juga dihalang sehingga tidak mempunyai kuasa langsung. Ini telah berlaku selama beberapa dekad lamanya. Perubahan rejim di Yugoslavia dan Soviet tidak berpengaruh baik dalam kehidupan mereka. Kaum muslim tetap menjadi musuh negara dimana potensi kekuatannya tidak pernah dibiarkan muncul walau sedikit pun.

 

Apabila kuasa Soviet goyah dan akhirnya runtuh pada tahun 1991, Yugoslavia juga dibubarkan. Kaum muslim di Balkan memilih melepaskan diri menjadi negara merdeka. Pada tahun 1992, etnik Bosnia-Herzegovina telah mengisytiharkan kemerdekaan mereka selepas mengadakan referendum. Namun kelompok Serbia Bosnia berusaha memboikot referendum itu. Malah pasukan Serbia Bosnia yang dipimpin oleh pemerintah Serbia segera menyerang negara yang baru dibentuk itu.

 

Pada masa itu mereka melakukan pengusiran serta pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Islam Bosnia. Kaum lelaki dibunuh, manakala wanita pula dihina untuk melahirkan zuriat yang menghapuskan keturunan Bosnia.

 

Atas darah dan air mata penduduk muslim Bosnia itulah mereka mahu menubuhkan negara Serbia Raya. Ironinya peristiwa kekejaman Serbia di Balkan itu terjadi di hadapan kaum muslim dunia yang juga lemah dan negara-negara lain di dunia.

 

Tiada seorang pun dari mereka yang mampu membantu, walaupun hanya atas nama kemanusiaan. Institusi antarabangsa seperti PBB dan NATO cenderung untuk berdiam diri, membenarkan orang Islam Bosnia dan lain-lain dibunuh secara beramai-ramai. Malah, tentera mereka ada di sana, hadir atas nama menjaga keamanan.

 

Kemuncak penderitaan mereka berlaku pada tahun 1995. Hanya dalam beberapa hari, kira-kira 8,000 orang awam Bosnia Muslim telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Serbia di Srebrenica. Ini semua berlaku di hadapan pasukan pengaman PBB yang dikerahkan termasuk tentera Belanda.

Qadarullah, gambar kekejaman tentera Serbia tersebar ke seluruh dunia. Semuanya mencetuskan keprihatinan dan gelombang protes umat Islam di pelbagai negara termasuk di Indonesia. Malah, semua media menyifatkan peristiwa ini sebagai hukuman mati beramai-ramai yang paling teruk di Eropah pada abad ke-20 selepas jenayah yang dilakukan oleh Nazi.

 

Itulah yang akhirnya mendorong PBB dan NATO untuk serius menyelesaikan konflik Bosnia. Dari Ogos hingga September 1995, PBB dan NATO melakukan serangan udara besar-besaran untuk menghentikan kekejaman etnik Serbia di bawah pemimpin politiknya Radovan Karadzic.

 

Usaha ini berakhir di meja rundingan. Melalui Perjanjian Dayton, pembahagian wilayah Bosnia telah dibahagikan  kepada dua negara iaitu Republik Srpska bagi Serbia dan Persekutuan Bosnia-Hezergovina bagi umat Islam Bosnia, tetapi mereka sepakat bergabung dalam satu pemerintahan. Masing-masing etnik memiliki perwakilan (presiden) di pemerintahan tersebut.

 

Balkan Hari Ini

 

 

Walaupun negara Balkan berjaya pulih dari situasi buruk terdahulu, ini  bukan bermakna mereka berada dalam keadaan baik. Sehingga kini, ancaman pemisahan masih kerap disuarakan oleh banyak pihak, etnik, malah negara tertentu.

 

Pada awal September 2021, pemerintah Serbia telah mengumumkan bahawa seluruh etnik  Serbia di kawasan Balkan mesti tunduk kepada satu bendera sahaja iaitu bendera Serbia. Pengumuman tersebut telah mencetuskan bantahan daripada penduduk negara Balkan yang tidak mahu peristiwa lama berulang kembali.

 

Dari segi politik, Balkan berada di bawah kawalan kuasa besar, terutamanya Amerika dan sebahagiannya di bawah Kesatuan Eropah. Negeri-negeri Islam di sana tidak mempunyai kebebasan politik dan ekonomi, mengingatkan negaranya tidak tertegak atas asas ideologi. Dalam kalangan negara Eropah, negara-negara di Balkan termasuk dalam kawasan yang kebajikannya berada dalam kategori bawah. Kemiskinan adalah gambaran masyarakat Islam di sana. Di Bosnia, Kosovo dan Albania, keadaan taraf kemiskinan adalah sama. Malah, Albania tersenarai sebagai negara termiskin di Eropah.

 

Wilayah Balkan tidak mempunyai sumber alam sebanyak negara Islam yang lain. Mata pencarian rakyat lebih bergantung kepada pertanian dan industri perkhidmatan. Walau bagaimanapun, negara-negara ini mempunyai potensi geostrategik yang luar biasa. Terutamanya berkenaan dengan kedudukannya yang mengehadkan Rusia dengan Eropah Barat dan dengan Asia yang mempunyai potensi minyak terbesar, termasuk minyak dan sumber lain di Laut Caspian. Potensi ini menjadi tarikan utama negara kuasa besar untuk masuk dan bertahan dalam politik di Semenanjung Balkan.

 

Khatimah

 

Nasib umat Islam Balkan akan tetap kelam sekiranya mereka tidak diatur dan diuruskan oleh kekuasaan Islam. Mereka akan terus menjadi sandaran orang kafir yang mahukan keburukan kepada Islam dan umat Islam.

 

Sementara itu, umat Islam di negara lain akan terus dihalang daripada membantu mereka. Ikatan nasionalisme yang ditanamkan oleh kaum kafir terhadap umat Islam menghalang umat daripada merealisasikan ukhuwah Islam yang sebenar. Mereka akan terus hidup berpecah belah di bawah hegemoni sistem kapitalis global. Seluruh potensi kekayaannya menjadi rebutan para penjajah. Sementara itu, orientasi politiknya akan tetap berada di bawah arahan dan kepentingan kuasa besar barat.

 

Oleh itu, gerakan perubahan ke arah terwujudnya kembali sistem politik Islam menjadi kewajipan umat Islam di seluruh dunia. Mereka mesti menjadikan agenda ini sebagai visi bersama untuk diperjuangkan secara bersungguh-sungguh.

 

Sudah tentu dengan konsisten menjalankan metod dakwah mengikut sepertimana Rasulullah SAW contohkan akan membawa umat kepada kejayaan dalam bentuk menegakkan semula sistem Khilafah Islamiyyah yang dijanjikan dan akan mengembalikan kegemilangan umat.

Exit mobile version