Site icon MuslimahHTM News

[Tinta Ramadhan 28] Pembebasan Andalusia (Sepanyol)

[Tinta Ramadhan 28] Pembebasan Andalusia (Sepanyol)

 

Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 H, panglima Islam Thariq bin Ziyad dikirim pemerintahan Bani Umayyah untuk menawan Andalus, Sepanyol yang berada di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair, wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Thariq bin Ziyad yang memimpin 12,000 tentera Islam telah berdepan dengan tentera kuffar seramai 90,000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic.

 

Kemenangan ini menjadi pemula zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menanunginya selama 700 tahun.

 

Antara peristiwa yang memotivasikan tentera-tentera Allah semasa perang di Andalusia ialah, apabila Thariq mengarahkan tenteranya membakarkan kapal-kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera musuh. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”.

 

Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan musuh, malah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis

Exit mobile version