Site icon MuslimahHTM News

[Hadis Ramadhan] Banyak Bertakbir Mengagungkan Allah Sebagai Bentuk Syukur

[Hadis Ramadhan 28] Banyak Bertakbir Mengagungkan Allah Sebagai Bentuk Syukur

 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah: 185:

 

وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

 

“Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.”

 

Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam disebutkan:

 

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا أَبُو خَيْثَمَةَ، عَنْ عَاصِمٍ الْأَحْوَلِ، عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ سِيرِينَ، عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ: كُنَّا نُؤْمَرُ بِالْخُرُوجِ فِي الْعِيدَيْنِ وَالْمُخَبَّأَةُ وَالْبِكْرُ قَالَتْ الْحُيَّضُ يَخْرُجْنَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ يُكَبِّرْنَ مَعَ النَّاسِ.

 

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Khaitsamah, dari Ashim Al Ahwal, dari Hafshah binti Sirin, dari Ummu Athiyyah, dia berkata:

 

“Kami diperintahkan untuk turut keluar pada dua hari raya, demikian juga para gadis, dan para wanita yang sedang haid juga keluar, namun mereka berada di belakang jemaah dan ikut bertakbir bersama mereka.” (HR. Muslim no. 890)

 

Setelah berkumandang azan Maghrib terakhir bulan Ramadhan, bergantilah bulan selanjutnya, bulan Syawal. Saat berbuka puasa terakhir itulah. Sedih, haru dan gembira menjadi satu. Sedih dan haru kerana Ramadhan sudah berlalu dan belum tahu apakah tahun depan masih bertemu Ramadhan. Gembira kerana bersyukur yang teramat mendalam kerana Allah memberi kemampuan untuk memaksimakan ibadah di bulan Ramadhan dan berhari Raya Aidilfitri, hari fitrah dimana orang-orang beriman kembali ke fitrahnya.

 

Sebagai bentuk syukur kepada Allah, kaum muslimin dan muslimat bertakbir dan mengagungkan Allah. Sejenak setelah solat Maghrib berjemaah dan berbuka puasa pada malam hari, mereka mengumandangkan takbir, tahmid, tasbih dan mengEsakan Allah Subhanahu wa Taala. Lantunan indah dan menggetarkan jiwa itu berkumandang di seluruh belahan bumi Allah dari barat sampai timur. Membahana bermula dari selepas Maghrib sampai esok paginya menjelang solat hari Raya Aidilfitri dilaksanakan.

 

.اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ، لا إِلهَ إِلاَّ اللهُ واللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ وَِللهِ الحَمْدُ

 

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.”

 

اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَر اَللَّهُ اَكْبَرْ ـ لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ ـ اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَرْ وَلِلَهِ الْحَمْدُ

 

اَللَّهُ اَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلاً ـ لآ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَلاَنَعْبُدُ اَلاَّ اِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْكَرِهَ الْكَافِرُوْنَ لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْـدَهُ وَنَصَرَعَبِدَهُ .وَاَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لآ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ . اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَرْ وَلِلَهِ الْحَمْدُ.

 

Dengan banyak mengumandangkan takbir, maka luluhlah hati yang keras dan tumbanglah egoisme serta kesombongan. Dengan berkumandangnya takbir, sedarlah kita bahawa selama ini kita lupa bahawa yang kita besarkan bukanlah Allah, yang kita besarkan mungkin saja harta kita, jawatan kita, ilmu kita dan lainnya. Air mata yang menites mengingatkan kita bahawa yang besar itu hanyalah Allah semata!

 

Tibalah waktu pagi indah Hari Raya Aidilfitri. Umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bergegas menuju lapangan atau masjid untuk melaksanakan Solat Sunnah Hari Raya. Sambil menunggu solat dilaksanakan, mereka larut kembali dalam laungan takbir, tahmid, tasbih. Demi syiar dan semaraknya kesyahduan Hari Raya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan wanita yang sedang haid juga turut menghadiri Solat Hari Raya Aidilfitri. Walaupun tidak solat, mereka diharapkan mendengarkan khutbah Aidilfitri. Wallahu A’lam

 

(Sumber: Pusat Kajian Hadis).

 

🔴 Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung

Exit mobile version