Site icon MuslimahHTM News

Hizbut Tahrir / Malaysia Serah Memorandum Seru Perdana Menteri Malaysia Hantar Tentera ke Palestin

[Kenyataan Media] Hizbut Tahrir / Malaysia Serah Memorandum Seru Perdana Menteri Malaysia Hantar Tentera ke Palestin

 

Sebagai respons di atas kebiadaban Yahudi menceroboh masuk ke Masjidil Aqsa, menembak peluru getah, memukul dan menghalau kaum Muslimin yang sedang beribadah di dalamnya, Hizbut Tahrir / Malaysia telah menghantar satu Memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat 14/04/2023. Memorandum tersebut telah diterima oleh En. Muhammad Fikri bin Khalid, Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri di lobi Jabatan Perdana Menteri.

 

Di antara kandungan penting Memorandum tersebut ialah peringatan kepada Perdana Menteri Malaysia agar menghantar tentera ke Palestin untuk tujuan Jihad Fi SabiliLlah, yang dengan cara ini sahajalah kaum Muslimin akan dapat diselamatkan dan entiti haram Yahudi akan dapat dihapuskan. Antara lain kandungannya menyebut – [Kami dengan ini mengingatkan anda wahai Perdana Menteri Malaysia bahawa menjadi tanggungjawab dan kewajipan anda untuk membantu umat Islam di Palestin, bukan dengan bantuan atau penyelesaian yang bersifat sementara, tetapi secara tuntas. Ini merupakan perintah Allah (swt) kepada anda. Firman-Nya:

 

﴿وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلَّا عَلَىٰ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan” [Al-Anfal (8): 72].

 

Kaum Muslimin di Palestin telah lama dibantai oleh kekuatan sebuah negara, yang didukung pula oleh kuasa-kuasa besar. Mereka berada dalam keadaan yang tertindas dan terkepung, lemah dan terpaksa menunggu kekuatan daripada luar untuk membantu mereka. Kekuatan luar yang mereka tunggu ialah kekuatan buku dengan ruas – kekuatan sebuah negara. Kekuatan negara hendaklah dilawan dengan kekuatan negara; kekuatan tentera hendaklah dilawan dengan kekuatan tentera. Inilah kekuatan yang dinanti-nanti oleh kaum Muslimin di Palestin. Inilah kekuatan yang diperintahkan oleh Allah (swt) kepada anda wahai Perdana Menteri Malaysia untuk dikerahkan. Firman-Nya:

 

﴿وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ ۖ فَإِنِ انْتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kalian), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim” [Al-Baqarah (2): 193].]

 

Semasa bercakap kepada Media selepas penyerahan tersebut, Jurucakap Hizbut Tahrir / Malaysia Ustaz Abdul Hakim Othman menegaskan, “Selama ini para penguasa umat Islam hanya melihat kepada aspek mangsa, tetapi tidak pernah melihat kepada aspek pemangsa. Atas dasar itu masalah Palestin tidak pernah selesai. Jika pemangsa dihapuskan, maka sudah pasti tidak akan ada lagi mangsa, dan satu-satunya jalan untuk menghapuskan pemangsa tersebut ialah dengan Jihad Fi SabiliLlah.”

 

Di akhir sidang media tersebut, Abdul Hakim menegaskan: “Kita akan terus memuhasabah penguasa umat Islam dalam isu Palestin ini, dan dalam masa yang sama kami, Hizbut Tahrir berjuang untuk menegakkan al-Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubuwwah, yang dengan tertegaknya institusi politik umat Islam ini, Khalifah sudah pasti akan menghantar tentera untuk membebaskan Palestin dan menyelamatkan saudara-saudara kita di sana.”

 

Pejabat Media

Hizbut Tahrir Malaysia

Ruj: HTM 14442/02

Exit mobile version