Site icon MuslimahHTM News

MERAYAKAN AIDILFITRI DENGAN SUNNAH RASULULLAH SAW

MERAYAKAN AIDILFITRI DENGAN SUNNAH RASULULLAH SAW

1. Merukyah Hilal

Melakukan rukyatul hilal menjelang malam 29 Ramadhan.

Dari Ibnu Umar radhiyaAllahu’anhu, Rasulullah SAW bersabda,

“Jika kamu melihat dia (hilal), maka berpuasalah kamu dan jika kamu melihat dia (hilal) maka berbukalah, jika pandangan kamu dihalang kerana mendung, maka perkirakanlah (genapkanlah).” (HR al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’i, dan Ahmad)

 

2. Mengumumkan isbat 1 Syawal

Khalifah mengumumkan isbat (penetapan) 1 Syawal bergantung kepada keputusan rukyatul hilal.

Di malam Hari Raya, Khalifah menyampaikan ucapannya kepada seluruh rakyat Negara Khilafah untuk mengucapkan selamat dan doa serta mengingatkan kaum Muslim tentang sunnah Rasulullah SAW dalam menyambut Hari Raya

 

3. Bertakbir

Takbir berkumandang sejak tenggelam matahari di malam 1 Syawal sehingga imam dan khatib naik ke mimbar. Disunnahkan bertakbir sepanjang perjalanan ke tempat solat Aidilfitri

 

4. Saling Mengucapkan Selamat

Diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair RA katanya “Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

 

5. Meneruskan Qiyamulail dengan bertahajjud

Tetaplah menjaga solat malam, hasil dari keistiqamahan qiyam Ramadhan. Justeru, qiyamullail boleh diteruskan dengan bertahajjud dan solat sunat lainnya. Malah, sebahagian salaf mengatakan,

“Sesungguhnya diantara balasan amalan kebaikan adalah kebaikan selanjutnya. Dan di antara balasan dari amalan kejelekan adalah kejelekan selanjutnya.” (Lihat Tafsir al-Quran Al-‘Azhim, Ibn Katsir pada Tafsir Surat al-Lail)

6. Mandi di pagi Aidilfitri

Dari’ Ali bin Thalib radhiyallahu ‘anhu, seseorang pernah bertanya pada’ Ali mengenai mandi. ‘Ali menjawab,”Mandilah setiap hari jika kamu mahu.”
Orang tadi berkata, “Bukan, maksudku, manakah mandi yang dianjurkan?” Ali menjawab, “Mandi pada hari Jumaat, hari’ Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.”
(HR al-Baihaqi, 3:278. Shaikh Al-Albani mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Lihat al-Irwa’, 1:177)

 

7. Makan dan minum sebelum solat Aidilfitri

Dari Anas bin Malik RadhiyaAllahu’anhu dia berkata, “Rasulullah tidaklah keluar pada hari Aidilfitri (ke tempat solat, pen) sampai beliau kurma terlebih dahulu.
Beliau makan dengan jumlah yang ganjil.” (HR. Al-Bukhari, no 953.)

 

8. Berhias Diri dan Memakai Pakaian Terbaik

Dari Jabir RA, dia berkata,
” Nabi SAW memiliki jubah khusus yang beliau gunakan pada Aidiladha dan Aidilfitri, juga untuk digunakan pada hari Jumaat.”
(HR Ibnu Khuzaimah dalam kitab sahihnya, 1765)

 

Mengenakan pakaian yang indah dan menepati syarak

 

Bagi kaum lelaki: “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

 

Bagi kanak-kanak: Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakai perhiasan emas atau apa sahaja perhiasan. – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

 

Bagi kaum wanita: “Rasulullah SAW memerintahkan kami mengeluarkan para wanita gadis, haidh, dan pingitan. Adapun yang haidh, maka mereka menjauhi ruang solat, dan menyaksikan kebaikan dan dakwah/doanya kaum Muslimin”. Aku berkata: ”Ya Rasulullah, seorang di antara kami ada yang tak mempunya jilbab”. Baginda menjawab: “Hendaknya saudaranya meminjamkan jilbabnya kepada saudaranya” [HR Bukhari dalam As-Sahih (971) dan Muslim dalam As-Sahih (890)]

 

9. Bertakbir dari Rumah menuju ke Tempat Solat

“Nabi SAW biasa keluar hendak solat pada Hari Raya Aidilfitri sambil bertakbir sehingga di lapangan dan sehinggalah solat hendak dilaksanakan, beliau berhenti dari bertakbir.”

(Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah Al-Mushannaf 2/1/2. Hadis ini mursal dari Az-Zuhri namun memiliki penguat yang sandnya bersambung. Lihat Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no.171. Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa riwayat ini sahih)

 

10. Disunnahkan Solat Eid Dilaksanakan di Ruangan Terbuka

Dalam hadis Abu ‘Said al Khudri, dia menyebutkan,” Rasulullah SAW biasa keluar pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha menuju ke tanah lapangan.”
(HR Bukhari no. 596 dan Muslim no 889)

 

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan, “Hadis Abu Sa’id Al Khudri di atas adalah dalil bagi menganjurkan bahawa solat Eid sebaiknya dilakukan di tanah lapang dan ini lebih afdhal (lebih utama) daripada melakukannya di masjid. Inilah yang dipraktikkan oleh kaum muslimin di berbagai negeri. Adapun penduduk Mekah, maka sejak masa silam solat Eid merea selalu dilakukan di Masjidil Haram.

11. Mendengar Khutbah

“…..Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” (HR al-bukhari, no:956)

 

Sebagaimana hukum khutbah Aidilfitri adalah sunnah. Hukum ini juga berlaku bagi perlaksanaannya, dan orang yang mendengarkannya atau jemaah solat Aidilfitri. Justeru, mendengar khutbah adalah sebahagian dari cara untuk mendapatkan keutamaan ibadah sunnah tersebut.

12. Melalui Jalan yang Berbeza Usai Solat Aidilfitri

Dari Jabir RA, dia berkata, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, pada hari Eid menempuh jalan yang berbeza (antara pergi dan pulang).” (HR Bukhari, no.943)

13. Saling Berziarah dan Menjalinkan Silaturrahim

Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rasul SAW pernah ditanya tentang amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga, lantas Rasul menjawab,

“Sembahlah Allah, janagnlah berbuat syirik pada-Nya, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan jalinlah tali silaturrahmi (dengan orang tua dan kerabat).” (HR. Bukhari no.5983)

 

1 / 12
Exit mobile version