Site icon MuslimahHTM News

Aidilfitri Berbeza Lagi, Perlu Khilafah Pemersatu Umat

Aidilfitri Berbeza Lagi, Perlu Khilafah Pemersatu Umat

 

Penulis: Nida Alkhair

 

Aidilfitri tahun ini berlangsung tidak serentak. Sebahagian masyarakat merayakan Aidilfitri pada Jumaat (21-4-2023), sedangkan pemerintah—setelah melakukan sidang isbat—menetapkan 1 Syawal 1444 H jatuh pada 22-4-2023. (Detik, 20-4-2023).

 

Kalangan yang mengikuti metod hisab merayakan Aidilfitri pada Jumaat. Bagi yang mengikuti metod rukyatulhilal lokal, disebabkan hilal tidak kelihatan, maka merayakan pada Sabtu. Sedangkan bagi yang mengikuti metod rukyatulhilal global, kerana hilal sudah kelihatan di beberapa wilayah (salah satunya di Arab Saudi), maka merayakan Aidilfitri pada Jumaat.

 

Perbezaan penetapan Aidilfitri ini memang sudah diduga mengenangkan adanya perbezaan metod dalam menentukan 1 Syawal. Bukan tahun ini saja perayaan Aidilfitri berlangsung tidak serentak. Jika kita imbas semula, nampak jelas bahawa umat Islam acapkali merayakannya pada hari yang berbeza.

 

Jika dahulu yang menjadi perbezaan adalah seputar metod hisab dan rukyat, kini yang menjadi polemik adalah seputar wujudulhilal dan imkanu rukyatilhilal, juga seputar ketinggian hilal, bahkan mengenai rukyatulhilal dilakukan secara lokal ataukah global.

 

Tidak hanya di sini, tapi perbezaan perayaan Aidilfitri juga terjadi di setiap peringkat dunia. Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Algeria, Bahrain, Mesir, Iraq, dsb. merayakan Aidilfitri pada Jumaat. Sedangkan negara lainnya, seperti Indonesia, Malaysia, Marocco, Oman, India, dan Australia merayakan Aidilfitri pada Sabtu, walaupun sebahagian rakyatnya merayakan pada Jumaat. (CNBC Indonesia, 20-4-2023).

 

Menyedihkan, perbezaan pandangan terkait 1 Syawal ternyata turut menyalakan konflik horizontal. Terbaru, beberapa wilayah melarang penggunaan lapangan untuk salat Eid pada Jumaat, walaupun pada akhirnya tetap dibolehkan. Konflik horizontal seperti ini tentu tidak baik untuk persatuan umat.

 

Umat Islam Mesti Bersatu

 

Keadaan umat Islam yang berbeza hari dalam merayakan Aidilfitri sesungguhnya merupakan hal yang tidak perlu terjadi. Rasulullah saw. bersabda, “Berpuasalah kalian kerana melihat hilal dan berbukalah kerana melihatnya. Apabila penglihatan kalian tertutup mendung, sempurnakanlah bilangan (bulan Syaaban) menjadi 30 hari.” (HR Bukhari dan Muslim).

 

Berdasarkan hadis ini, ketika hilal Syawal belum kelihatan, umat Islam masih wajib berpuasa Ramadhan dan haram berbuka. Sedangkan ketika hilal Syawal telah tampak, umat Islam wajib berbuka dan berhari raya, serta haram berpuasa. Hilal Syawal ini adalah satu sehingga berlaku untuk seluruh kaum muslim.

 

Kesalahan dalam menentukan apakah masih 30 Ramadhan ataukah sudah 1 Syawal ini boleh memberikan kesan yang fatal. Jika umat Islam masih berpuasa, sedangkan sesungguhnya sudah masuk 1 Syawal, boleh jatuh berdosa. Sebaliknya, jika sudah berbuka, padahal masih 30 Ramadhan, dia juga boleh jatuh berdosa. Oleh kerananya, umat Islam wajib bersatu dalam penetapan 1 Syawal maupun 1 Ramadhan.

 

Perlu Khilafah

 

Keadaan seperti ini tentu tidak boleh dibiarkan terus terjadi kerana boleh jadi mendatangkan keharaman (dosa) di tengah umat Islam. Ini menunjukkan keperluan mendesak untuk adanya seorang imam (ketua negara) yang dapat mempersatukan seluruh kaum muslim di dunia.

 

Melalui keputusannya, imam boleh menghilangkan perbezaan pandangan di tengah umat mengenai 1 Ramadhan mahupun 1 Syawal. Kaedah fikih menyatakan, “Perintah imam (khalifah) menghilangkan perbezaan pendapat dalam masalah-masalah ijtihadiah (khilafiah).” (Muhammad Khair Haikal, Al-Jihad wa al-Qital fi al-Siyasah al-Syar’iyyah, 1/105 dan 2/904).

 

Memang betul bahawa penentuan Aidilfitri cukup kompleks kerana di dalamnya melibatkan tiga masalah, iaitu fikih, ilmiah, dan politik. Namun, sekompleks apa pun persoalan sebenarnya dapat terselesaikan dengan adanya imam (khalifah). Begitu juga, bukan sekadar adanya para pemimpin di negeri-negeri muslim, melainkan perlu satu pemimpin untuk seluruh muslim sedunia untuk dapat menyatukan semua umat Muhammad saw.

 

Walhasil, khalifah menjadi satu-satunya pemimpin yang mampu menghilangkan perbezaan kerana Khilafah merupakan satu-satunya sistem yang berkomitmen melaksanakan syariat secara kaffah. Sungguh berbeza dengan para penguasa hari ini yang mencampakkan syariat Islam.

 

Adapun tugas kita adalah istiqamah berusaha mewujudkan imam dengan mendakwahkan tentang Khilafah. Semoga ini adalah tahun terakhir tanpa Khilafah. Semoga pula tahun depan kita sudah dapat merayakan Aidilfitri serentak bersama umat Islam sedunia dipimpin seorang imam yang adil.

 

Rasulullah saw. bersabda, “Wajib atasmu untuk mendengar dan mentaati pemimpin yang adil dalam sukar dan lapang, dalam keadaan semangat atau dalam keadaan engganmu, atau berat atasmu.” (HR Muslim 1835, Abu Hurairah). Wallahualam.

 

Exit mobile version