Site icon MuslimahHTM News

[Politik Syawal]  Tiada Sekatan Untuk Dakwah

[Politik Syawal]  Tiada Sekatan Untuk Dakwah

 

Allah SWT berfirman:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لاَ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Peliharalah diri kamu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Ketahuilah bahawa Allah amat keras seksaan-Nya.” [TMQ al-Anfal (8): 25]

 

Imam al-Baghawi (w. 510 H) dalam Ma‘âlim at-Tanzîl (II/204) menjelaskan makna fitnah dalam ayat tersebut, dengan menyebutkan pendapat Ibnu Zaid, sebagai terpecah-belahnya kesatuan kata (iftirâq al-kalimah) dan saling menyelisihi antara satu sama lain. Makna ayat ini ialah, “Peliharalah diri kamu daripada seksaan yang menimpa orang zalim dan orang yang tidak zalim.”

 

Al-Baghawi juga menukil Ibnu Abbas yang berkata, “Allah SWT. telah memerintahkan orang-orang Mukmin untuk tidak membiarkan kemungkaran di hadapan mereka. Jika tidak, Allah akan meratakan azab atas mereka, menimpa orang zalim mahupun yang tidak.”

 

Islam adalah agama dakwah, iaitu agama yang sentiasa menegaskan umatnya untuk menyebarkan dan menyiarkan Islam kepada seluruh umat manusia sebagai rahmat kepada seluruh alam.

 

Usaha menyebarkan Islam, serta merealisasikan ajaran-Nya di tengah-tengah kehidupan umat manusia merupakan usaha dakwah yang dalam keadaan apa pun dan di mana-mana pun wajib dilaksanakan oleh umat Islam.

 

Realiti Umat

Usaha dakwah terus disekat dengan isu pentauliahan. Persekitaran sistem kehidupan sekular dengan seribu satu jenis kemaksiatan dan kemungkaran seakan belum cukup untuk membuka mata pihak berkuasa bahawa ‘dakwah ilal Islam’ dan amar makruf nahi mungkarlah yang perlu diperhebatkan sekarang. Bukannya menghalang, atau menangkap atau menahan para dai’e yang ikhlas dalam memperjuangkan dan mempertahankan Islam.

 

Muhasabah Syawal 

Kemenangan Islam hanya akan dapat direalisasikan dengan berjuang untuk mengembalikannya sebagai ideologi dalam sistem kehidupan. Allah SWT telah menyempurnakan Islam dan Rasulullah SAW telah menyampaikannya. Kini tugas mulia ini wajib diteruskan oleh umat Islam sebagai membuktikan gelaran umat terbaik dengan beriman dan berdakwah amar makruf nahi mungkar. Menyekat dakwah dengan tauliah hanya akan menyemarakkan kemaksiatan dan kemungkaran sehingga bakal mengundang kemurkaan Allah SWT.

Exit mobile version