Sempitnya Hidup di Bawah Naungan yang Jauh dari Takwa
Penulis: Nindira Aryudhani, S.Pi., M.Si.
Ramadhan adalah bulan untuk memupuk takwa. Hal ini jelas tercantum dalam firman Allah Taala, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 183).
Namun tentu saja capaian takwa tersebut memerlukan atmosfera positif. Ini kerana, banyak godaan sepanjang perjalanan kehidupan, lebih-lebih lagi ketika di luar Ramadhan. Satu hal yang pasti, kita mengharapkan agar ketakwaan tersebut senantiasa kondusif dan terjaga.
Betapa besar dan beratnya godaan kehidupan hendaknya membuat kita juga harus mengingat firman Allah yang lain,
“Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” Berkatalah ia, “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan.” Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.” (TMQ Taha [20]: 124—127).
Kesempitan Ekonomi
Kesempitan ekonomi adalah ujian kaum beriman perihal rezeki. Dalam era digital dan serba moden ini, transaksi kewangan begitu lekat dengan teknologi. Wang kripto, pinjaman online, sistem bunga (riba), kredit digital (pay later), serta akad transaksi di marketplace ataupun e-commerce, memberikan godaan besar akan munculnya perilaku konsumtif. Jika tidak melandaskan setiap amal perbuatan dengan akidah Islam serta mengikatkannya dengan syariat muamalah, maka masyarakat malah berpeluang terjebak.
Di sisi lain, kesempitan ekonomi juga tidak sedikit yang berupa nestapa para pencari kerja. Upah minimum regional (UMR) para pekerja/buruh sering kali tidak sepadan dengan inflasi ekonomi, khususnya untuk keperluan makanan dan perbelanjaan sumber tenaga/energi (energy). Melambungnya harga bahan-bahan makanan serta liberalisasi energi dengan naiknya harga petrol dan gas (dibeberapa negara), semestinya mematikan ekonomi rumah tangga, perlahan namun pasti.
Ini semua masih belum masuk kekecohan tentang mahalnya biaya pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan awam yang sedikit demi sedikit mengalami pencabutan subsidi. “Jer basuki mawa bea (Sebuah pencapaian itu memerlukan pengorbanan)” jargonnya, tetapi yang sebenarnya adalah, wujud sikap makin lepas tangannya penguasa dalam tanggungjawab mengurus rakyatnya.
Kesempitan Menjalani Akidah Sahih
Sejatinya, bukanlah akidah Islam yang keliru. Namun penguasalah yang mendudukkan “keliru” sehingga masyarakat muslim yang hendak melaksanakan syariat Islam secara kaffah sebaliknya menjadi sasaran penganiayaan. Pengajian mereka dibubarkan di sejumlah tempat, para ulama dan ustaznya menjadi sasaran atau target mangsa oleh pihak berautoriti, bahkan tidak sedikit para peserta pengajian yang diintip dan diawasi.
Dalih mereka adalah, idea Islam kaffah itu radikal dan ekstrem. Padahal, tidakkah menghalang manusia dari jalan Allah itu lebih zalim? Bukankah perintah untuk melaksanakan Islam kaffah itu juga berasal dari Allah? Allah Taala berfirman,
“… tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…” (TMQ A-Baqarah [2]: 217).
Ayat ini turun ketika kaum kafir Quraisy melancarkan propaganda kepada kaum muslim di tengah-tengah bangsa Arab. Mereka melancarkan tuduhan di berbagai tempat bahawa Rasulullah SAW dan para sahabatnya telah menghalalkan bulan haram untuk berperang, menumpahkan darah, merampas harta, dan menawan orang.
Dalam era moden ini, usaha-usaha untuk menggugurkan idea Islam kaffah sebagaimana yang pernah dilakukan kafir Quraisy itu sebaliknya datang dari penguasa sendiri. Buktinya, penguasa menaja secara rasmi berlakunya moderasi beragama.
Penguasa hendak mengugut para pengemban dakwah Islam ideaologis dengan harapan para pengemban dakwah itu menjadi takut dan menikus. Mereka juga berusaha sungguh-sungguh dengan memaksa memasukkan idea-idea moderasi beragama dalam sistem pendidikan, baik di sekolah-sekolah, sekolah-sekolah pondok dan agama, serta berbagai kampus.
Kesempitan Berinteraksi Sosial
Selanjutnya, kesempitan berinteraksi sosial juga sangat terasa. Berinteraksi dengan masyarakat di sekitar tempat tinggal sering kali membuahkan rasa kurang senang, kerana kurang kondusif untuk kehidupan yang mencita-citakan ketaatan. Perilaku maksiat dan liberal muncul di sana-sini. Tetangga yang suka menyindir atau mengkritik, sinis, juga gemar ghibah (mengumpat), ibarat musuh yang layak dijauhi.
Cabaran lainnya yakni ketika ramainya kaum lelaki/perempuan yang tidak menutup aurat. Tapi bila ada yang berpakaian menutup aurat secara sempurna pula, sebaliknya mereka ini langsung mendapatkan label “bajet suci” atau “bajet taat”. Padahal menutup aurat adalah syariat untuk menjaga hubungan dengan diri kita sendiri. Keadaan ini tentu memerlukan usaha menundukkan pandangan (ghadhul bashar) juga perlu lebih keras.
Namun sejauh mana benteng diri dapat bertahan jika sistem aturan kehidupan yang diterapkan adalah aturan yang juga sekular dan liberal? Tidak hairan, kesempitan berinteraksi sosial juga makin menjadi-jadi. Rendahnya motivasi dakwah yang ihsanul amal turut mempengaruhi sikap individu muslim. Lemahnya iman membuat mereka lebih senang beruzlah (mengasingkan diri) daripada perlu berinteraksi tetapi merasa canggung.
Keberkahan Hidup di Bawah Naungan Khilafah
Allah Taala berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 208).
Khilafah adalah satu-satunya sistem kehidupan yang mampu menyelenggarakan penerapan syariat Islam secara kaffah. Khilafah berperanan penuh untuk menjaga akidah Islam warganya beserta kelurusannya. Khilafah justeru berkepentingan untuk mendidik dan membina warganya tentang aturan Islam, kerana Islam ibarat nafas dan darah bagi kehidupan sehari-hari. Jelas, kehidupan berlandaskan akidah Islam bukanlah kehidupan sempit seperti kehidupan sekular. Islam akan membuat hidup para pemeluknya menjadi hidup yang lapang dan tenang, kerana Islam sesuai fitrah manusia.
Dalam bidang ekonomi, Khilafah akan menerapkan sistem ekonomi Islam yang tentu saja sangat berbeza dengan ekonomi kapitalisme saat ini. Ekonomi Islam adalah ekonomi yang mensejahterakan kerana menescayakan pengagihan ekonomi sebagaimana ketetapan Allah Taala. Tindakan kecurangan, muamalah berlandaskan riba, jual-beli mata wang, serta berbagai transaksi digital yang diharamkan, tentu tidak akan diberi ruang untuk berkembang.
Dalam bidang pergaulan dan interaksi sosial, Khilafah menerapkan aturan tegas untuk menutup aurat secara sempurna bagi seluruh warganya. Khilafah juga menyuburkan atmosfera untuk ghadhul bashar sehingga penglihatan manusia aman dari pandangan-pandangan syahwat. Keadaan ini jelas berbeza dengan kapitalisme yang malah memprasaranakan berbagai perilaku yang memicu liberalisasi seksual, bahkan menjadikan industri media sebagai jalan utama untuk menyebarkan idea-idea sekular dan liberal.
Khatimah
Allah Taala berfirman, “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (TMQ An-Nahl [16]: 97).
Juga dalam ayat, “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (TMQ Al-A’raf [7]: 96).
Ayat-ayat ini semestinya menjadi hujah (argumentasi) kita ketika di sisi lain ada peringatan mengenai sempitnya hidup akibat jauh dari takwa. Takwa bukan hanya buahnya Ramadhan, tetapi juga mesti kita jadikan kunci kejayaan dalam kehidupan, agar sempitnya hidup tidak menghantui seolah-olah hidup mesti usai detik itu juga. Na’udzubillahi. Sungguh, hanya keberkahan di bawah naungan Khilafah sajalah yang layak kita cita-citakan dalam kehidupan. Wallahualam bissawab.

