[Fikrul Islam] Menguasai Teknik Komunikasi Politik
Penulis: M. R. Kurnia, dkk.
كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ
“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” (TMQ Ali Imran: 110).
اُدْعُ اِلٰى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُۗ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.” (TMQ An-Nahl: 125).
Dakwah adalah tugas menyeru. Menyeru pastilah terkait dengan dua pihak, pertama pihak yang menyeru dan kedua, pihak yang diseru. Adalah sebuah kemestian apabila interaksi antara keduanya dijalin melalui komunikasi.
Apabila aktiviti komunikasi antara manusia dilakukan (dan memang hanya dapat dilakukan) dalam fungsi waktu, maka akan ditemukan bahawa paling tidak dua per tiga waktu dalam 24 jam dihabiskan untuk menjalankan aktiviti tersebut. Entah sekadar saling memberikan informasi, melakukan pujukan atau bahkan desakan, atau begitu juga negosiasi. Ini dapat dilakukan di dalam rumah tangga, tempat kerja, masyarakat, atau di mana saja terjadinya pertemuan antara manusia yang melibatkan interaksi.
Komunikasi dakwah memang sebuah kewajipan. Fungsi waktu telah membuat keberadaannya menjadi makin penting. Ini kerana, jika lalai akan kewajipan ini, bererti lalai pula akan makna hakiki waktu. Barangkali pepatah berikut ini akan memberikan gambaran hakikat sang waktu.
“Apa yang terpanjang, tetapi juga yang terpendek; yang tercepat, tetapi juga yang terlambat; kita semua tidak mengendahkannya, tetapi setelah itu kita semua menyesalinya. Tidak ada yang dapat dilakukan tanpa ia, ia menelan segala yang kecil dan membangun segala yang besar.”
Itulah waktu. Waktu adalah yang terpanjang kerana ia ukuran keabadian, dan yang cukup untuk menyelesaikan tugas kehidupannya, bagi mereka yang gembira, waktu yang berlalu terasa terlalu cepat. Tetapi bagi mereka yang menderita, waktu yang berlalu terasa begitu lambat.
Tidak ada yang dapat dilakukan tanpa ia, kerana waktu adalah satu-satunya pentas kehidupan kita. Waktu adalah unsur dasar bagi pembentukan kehidupan. Ia menelan semua yang tidak berfaedah dan mengekalkan semua yang agung dan berguna bagi umat manusia. Kerananya, kata Allah SWT, semua orang yang melewati waktu tanpa iman, amal soleh, serta saling menasihati dalam sabar dan ketakwaan akan merugi.
Setiap pagi, apabila seorang muslim terbangun dari tidur, buku catatan hariannya sudah dipenuhi waktu 24 jam.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap terbit fajar ada dua malaikat menyeru, ‘Wahai anak Adam, aku adalah hari yang baru dan aku datang untuk menyaksikan semua amalan kamu, oleh sebab itu, manfaatkanlah aku sebaik-baiknya kerana aku tidak kembali lagi hingga hari pengadilan.’”
Sumber: MnewsID

