Site icon MuslimahHTM News

Meraih Impian, Menggapai Harapan

[Nafsiyah] Meraih Impian, Menggapai Harapan

 

Penulis: Ustaz Irfan Abu Naveed

 

Masa depan yang gemilang tidak boleh dibangun hanya dengan angan-angan, tidak pula dengan diam berlepas diri, melainkan dijemput dengan perjuangan yang dilandasi keimanan, digerakkan pemikiran dan tsaqafah mustanirah (cemerlang), dan didukung dengan himmah aliyyah (tekad yang tinggi). Ali bin Abi Thalib RA menuturkan,

عُلُوُّ الهِمَّةِ مِن الإِيْمَانِ

“Tingginya himmah, ialah sebahagian dari keimanan.”

 

Al-Himmah itu sendiri, menurut Abu Hilal al-‘Askari (w. 395 H) dalam Mu’jam al-Furûq al-Lughawiyyah (hlm. 558) menggambarkan besarnya al-hamm (tekad) terhadap sesuatu. Al-hamm digambarkan al-‘Askari sebagai,

 

الفكر في إزالة المكروه واجتلاب المحبوب

“Pemikiran untuk menghalau perkara-perkara yang dibenci dan usaha keras mewujudkan apa yang dikehendaki.”

 

Bukan sekadar kata-kata kosong, sifat ini mestilah ditunjukkan dengan jelas, dizahirkan dalam sikap konsisten terhadap aktiviti dakwah, tetap berdiri teguh menghadapi pelbagai rintangan yang menghalang, pantang mundur ke belakang, “sekali layar berkembang, pantang biduk surut ke pantai” (Lebih baik memilih tenggelam di lautan daripada harus kembali lagi ke pantai tanpa hasil).

 

Juga merealisasikan perintahNya,

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ {١٥٩}

“…Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah.” [TMQ Ali Imran (3): 159].

 

Himmah termasuklah meraih impian, menggapai harapan terbitnya kembali fajar kebangkitan umat Islam, dengan melanjutkan kembali kehidupan Islam.

 

 

Exit mobile version