Site icon MuslimahHTM News

[Tarikh Khulafa] Kebijakan Khalifah Harun ar-Rasyid Terkait Gaji para Pegawai Negara

[Tarikh Khulafa] Kebijakan Khalifah Harun ar-Rasyid Terkait Gaji para Pegawai Negara

Penulis: Nabila Ummu Anas

Pada masa pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid, Baghdad mencapai puncak kejayaan dan kegemilangannya. Bukan hanya kemajuan di bidang infrastruktur dan pembangunan, tetapi juga kesejahteraan dan keamanan dirasakan oleh seluruh warga Khilafah, baik muslim mahupun zimmi.

Tidak terkecuali para hakim, wali kota, dan pegawai negara. Mereka fokus melaksanakan tugas mereka dengan sebaik-baiknya tanpa berfikir untuk mencari tambahan penghasilan dengan cara lain, apatah lagi menyeleweng harta baitulmal dan rakyat. Hal ini kerana kebijakan Khalifah Harun ar-Rasyid yang me-riayah seluruh warga Khilafah, siapa pun dia, dan apa pun kedudukannya, sesuai dengan tuntunan syariat Islam.

Negara Kaya, Rakyat Sejahtera

Kharaj (pajak hasil bumi) merupakan bahagian pemasukan baitulmal terbesar pada masa kekhalifahan Harun ar-Rasyid. Dengan luasnya wilayah kekuasaan Daulah Islam, banyak kharaj dari daerah-daerah Islam yang masuk ke Baghdad. Sebahagian pakar sejarah menganggarkan kekayaan kekhilafahan Bani Abbasiyah di Baghdad sahaja mencapai empat ratus juta dirham dan semuanya masuk ke baitulmal yang dijaga oleh Khalifah.

Kekayaan baitulmal ini diagihkan di antaranya untuk gaji para hakim, wali kota, dan para pegawai negara lainnya. Khalifah Harun ar-Rasyid selalu menertibkan penarikan kharaj dan sumber pendapatan negara lainnya untuk mengisi baitulmal. Beliau mahu agar sumber kekayaan baitulmal tersebut sesuai dengan aturan syariat sebagaimana dicontohkan Rasulullah SAW dan para Khalifah sesudah beliau.

Hal ini dilakukan oleh Khalifah Harun ar-Rasyid agar tidak berlaku sewenang-wenangnya terhadap rakyat, termasuk terhadap para pegawainya. Dengan demikian, beliau akan meminimalkan atau bahkan menghilangkan kesempatan orang untuk melakukan kejahatan, termasuk merampas harta orang lain atau yang bukan menjadi haknya. Oleh kerana itu, jaminan kesejahteraan dirasakan oleh seluruh warga khilafah.

Pengagihan Kekayaan Kharaj Menjadi Tanggungjawab Khalifah

Ketika pasukan umat Islam berjaya menguasai wilayah Sawad al-Iraq, Al-Jazirah, dan Syam pada masa pemerintahan Umar bin Khattab, beberapa sahabat meminta kepadanya agar tanah tersebut dibahagi kepada para mujahid seperti persenjataan dan berbagai hasil rampasan perang. Mereka terus mendesak Khalifah Umar untuk membahagikan tanah tersebut, tetapi Khalifah tidak memenuhi permintaan mereka sebab bersandar kepada Al-Quran yang menempatkan fai sebagai hak seluruh kaum muslim, baik yang ada saat itu mahupun generasi mendatang sesudah mereka.

Berdasarkan realiti ini, maka Abu Yusuf selaku Hakim Agung Khalifah Harun ar-Rasyid berpendapat bahawa menjadi tanggungjawab Khalifah untuk memutuskan terkait tanah yang berjaya ditaklukkan kaum muslim dengan jalan perang. Boleh bagi Khalifah untuk membahagi tanah tersebut kepada para mujahid yang berjaya menaklukkannya dan boleh juga untuk tidak membahagikannya sebagaimana yang dilakukan Khalifah Umar bin Khattab. Tanggungjawab Khalifah ini adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum muslim.

Sebahagian Kharaj untuk Gaji Hakim, Wali Kota, dan para Pegawai

Kharaj merupakan hak masyarakat secara keseluruhan, pengagihannya berdasarkan pertimbangan Khalifah. Ketika diminta pendapatnya oleh Khalifah Harun ar-Rasyid, Abu Yusuf berkata, “Wali di setiap kota dan hakimnya berhak mendapatkan gaji berdasarkan besarnya tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Setiap orang yang bekerja untuk umat Islam, maka berhak mendapatkan upah dari baitulmal. Hakim dan wali kota tidak boleh digaji dari harta zakat sama sekali, kecuali amil zakat yang berhak digaji darinya. Adapun melebihkan gaji hakim, pegawai negara, dan Wali kota ataupun pengurangannya, maka diserahkan keputusannya kepada Anda (Khalifah). Aku berharap agar penerapan kebijakan tersebut tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya dan zalim.”

Abu Yusuf juga bertutur di hadapan Khalifah, “Semua kebijakan yang menurut Anda bahawa Allah SWT akan memperbaiki keadaan rakyat dan memakmurkannya dengan kebijakan tersebut, maka lakukanlah dengan segera dan jangan menundanya. Aku memohon kepada Allah agar Anda mendapatkan pahala yang melimpah dan lebih baik.”

Khalifah Harun ar-Rasyid pun memberikan gaji yang sepadan dengan besarnya tanggungjawab yang diamanahkan kepada para hakim, wali kota, dan pegawai negara. Khalifah tidak pernah menyia-nyiakan kebaikan orang-orang yang berbuat baik dan tidak mahu terlambat dalam melaksanakan berbagai kebaikan, serta bersegera memenuhi hak warganya, termasuk menunaikan gaji para hakim, wali kota, dan pegawai negara.

“Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (TMQ Al-A’raf: 96).

Sumber:

Syeikh Muhammad al-Khudari, Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Bani Abbasiyah, Puncak Keemasan dan Kejayaan Kekhilafahan Islam, Pustaka Al-Kautsar


#tarikhkhulafa

Exit mobile version