Site icon MuslimahHTM News

Jangan Meninggalkan Al Quran

#SyiarHariRaya l Jangan Meninggalkan Al-Quran

Kaum muslim hendaklah terus berinteraksi dengan Al-Quran dan jangan meninggalkannya. Ini kerana Al-Quran akan menjadi syafaat, pemberi petunjuk, dan menuntun orang yang mahu mengikutinya menuju syurga.

Allah memerintahkan dalam surah Al-Baqarah ayat 121,

اَلَّذِيْنَ اٰتَيْنٰهُمُ الْكِتٰبَ يَتْلُوْنَهٗ حَقَّ تِلَاوَتِهٖۗ اُولٰۤىِٕكَ يُؤْمِنُوْنَ بِهٖ ۗ وَمَنْ يَّكْفُرْ بِهٖ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْخٰسِرُوْنَ ࣖ

“Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”

Dalam sebuah hadis dikatakan,

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِقْرَؤُوْا القُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ شَفِيْعًا لِأَصْحَابِهِ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dari Abu Umamah ra., dia berkata bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah Al-Quran kerana pada hari kiamat, ia akan datang sebagai syafaat untuk para pembacanya.” (HR Muslim).

Kemudian Rasulullah bersabda,

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ

“Aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunah Rasul-Nya.” (HR Malik; Al-Hakim, Al-Baihaqi, Ibnu Nashr, Ibnu Hazm. Hadis ini disahihkan oleh Syekh Salim al-Hilali dalam At-Ta’zhim wa Al-Minnah fi Al-Intishar as-Sunnah, hlm. 12—13).

Allah juga berfirman,

ذٰلِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيْهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِيْنَۙ 

“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 2).

Selanjutnya dalam sebuah hadis disebutkan,

عن جابر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: الْقُرْآنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ، وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ، فَمَنْ جَعَلَهُ أمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إِلَى النَّارِ

Dari Jabir ra., Nabi SAW bersabda, “Al-Quran adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima, dan sebagai penuntut yang tuntutannya dibenarkan. Siapa saja menjadikan Al-Quran di depannya, maka ia akan membawanya ke syurga dan siapa saja meletakkannya di belakang, ia akan mencampakkannya ke dalam neraka.” (Imam Ibnu Hibban, Al-Shahih, lihat Al-Ihsan (1/332, no. 124)).

Exit mobile version