[Fikrul Islam] Membezakan Fakta dan Pendapat
Penulis: M. R. Kurnia, dkk.
Dari segi fakta, sekarang kita sedang berada di fasa penyebaran informasi palsu iaitu orang menyebarkan informasi yang keliru. Mereka memahami bahawa informasi itu salah tetapi tetap menyebarkannya untuk menyudutkan umat Islam dengan mengatasnamakan perang melawan terorisme. Secara i’tiqadi, Allah SWT telah memerintahkan umat Islam untuk mengesahkan berita yang datang dari orang fasik, apalagi orang kafir. [TMQ al-Hujurat (49): 6].
Oleh kerana itu, penting untuk kita selalu membezakan fakta dan propaganda/pendapat yang terdapat di dalam setiap berita. Yang paling penting ialah kita jadikan fakta sebagai pegangan, bukan propaganda. Propaganda dibuat bertujuan untuk menyebarkan informasi palsu kepada umat Islam sehingga kaum muslimin mudah untuk teperdaya.
Fakta (termasuk fakta politik) adalah realiti yang betul-betul terjadi. Contohnya ialah bom yang meledak di Legian, Bali yang menyebabkan lopak air sebesar 3×4 meter sehingga terbentuk awan cendawan dan membuatkan elektrik terpadam, lalu membentuk kilatan yang menyebar di jalan.
Di Ireland, TNT seberat 500 kg telah meledak pada tahun 1995, namun tidak menyebabkan adanya lopak air. Jadi propaganda bahawa bom yang meledak di Bali yang disebabkan oleh TNT 100-150 kg, apalagi disebabkan oleh karbida, tidak sesuai dengan fakta.
Propaganda/pendapat merupakan pendapat, perkiraan, analisis atau pandangan dari seseorang ataupun media massa terhadap suatu fakta. Contohnya seperti tuduhan Central Intelligence Agency (CIA) bahawa pelaku peledakan bom di Bali adalah Al-Qaedah, pelakunya adalah Jamaah Islamiyah adalah propaganda/pendapat.
Dapat kita simpulkan bahawa setiap muslim perlu senantiasa membezakan antara fakta dengan propaganda/pendapat sehingga tidak mudah untuk terpedaya dengan senario musuh-musuh Islam akibat sikap tidak berhati-hati terhadap informasi yang diterima.

