Site icon MuslimahHTM News

Sayangi Orang yang Berhutang kepadamu

[NAFSIYAH] Sayangi Orang yang Berhutang kepadamu

Penulis: Mohammad Fauzil Adhim

Ada orang yang berhutang kerana sangat memerlukan dan dia segera membayarnya sebaik sahaja ada sedikit kelegaan dalam diri mereka. Dia berusaha membayar hutang-hutangnya dengan sekuat tenaga, meskipun sangat terhad. Inilah sebaik-baik orang yang berhutang. Ada juga yang berhutang kerana suatu keperluan yang halal,  tidak didesak oleh keperluan yang sangat penting dan dia segera membayar hutangnya mengikut janji malah lebih awal lagi. Ini termasuk penghutang yang baik.

Rasulullah SAW. bersabda,

إِنَّ خِيَارَكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً⁣

“Sesungguhnya yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” (HR Bukhari).

Paling baik yang dimaksud dalam hadis ini adalah berkaitan dengan melebih-lebihkan bayaran atas kerelaan sendiri, bukan kerana diminta atau didesak (yang demikian ini termasuk riba). Bukan juga disindir oleh pemberi hutang bahawa adalah tidak selesa jika dia tidak memberi tambahan. Selain itu, pembayaran hutang yang baik ialah dengan segera melunaskan apabila sudah mampu, walaupun belum sampai tempoh yang disepakati. ⁣

Apakah langkah meringankan untuk membayar hutang? Tekad kuat untuk melunaskan. Sesungguhnya Allah Taala bersama orang yang berhutang sehingga dia melunaskannya. Yang dimaksudkan bersama ialah Allah Taala memberikan pertolongan, yakni kepada orang yang memiliki hutang dan dia berkemahuan yang kuat untuk melunaskan hutangnya tersebut sambil jujur terhadap kemahuannya. Bentuk kejujuran ialah keikhlasan dalam mengusahakan.

Rasulullah SAW.,

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الدَّائِنِ حَتَّى يَقْضِىَ دَيْنَهُ مَا لَمْ يَكُنْ فِيمَا يَكْرَهُ اللَّهُ

“Allah akan bersama (memberi pertolongan pada) orang yang berhutang (yang ingin melunaskan hutangnya) sehingga dia melunaskan hutang tersebut selagi hutang tersebut bukanlah sesuatu yang dilarang oleh Allah.” (HR Ibnu Majah). ⁣

Semuanya bermula dengan niat. Oleh itu, berhati-hatilah dengan niat ketika mengambil harta orang lain iaitu berhutang. Barang siapa yang berhutang dengan niat mengembalikannya, maka Allah Taala akan tunaikan. Allah Taala akan memudahkan untuk mendapatkan harta yang boleh digunakan untuk membayar hutangnya. ⁣

Nabi SAW.,

من أخذ أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه ومن أخذ يريد إتلافها أتلفه الله

“Barang siapa mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat untuk mengembalikannya maka Allah akan menunaikannya. Akan tetapi barang siapa yang mengambil harta orang lain dengan niat untuk merosakkannya maka Allah Taala akan membinasakannya.” (HR Bukhari). ⁣

Termasuk merosakkan ialah seseorang yang sengaja tidak membayarnya, sengaja berhutang demi menguasai harta yang lebih banyak, memberi tekanan kepada pihak yang berhutang jika tidak mahu memberi hutang. Lebih teruk lagi, jika ia bertujuan untuk mengambil kebaikan daripada orang lain. Dia tidak berniat untuk mengembalikannya. Dia membayar sedikit pada permulaan hanya sebagai cara untuk menguasai harta yang ada pada orang lain. ⁣

Ada orang yang berhutang, sedikit atau banyak tetapi dia lalai membayar hutangnya apabila dia telah mampu. Kita perlu diingatkan tentang perkara ini. Adapun jika dia tetap lalai, maka sesungguhnya dia akan membayar hutangnya dengan kebaikan amal ibadahnya di akhirat kelak. Sekiranya tidak mencukupi, maka perbuatan buruk orang yang berhutang kepadanya akan menjadi sebahagian daripadanya. ⁣

Rasulullah SAW.,

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ

“Barang siapa yang mati dalam keadaan masih mempunyai hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dibayar dengan kebaikannya (pada hari kiamat nanti) kerana di sana (akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah). ⁣

Dan keburukan yang menimpanya di akhirat akan menjadi lebih besar jika dari awal dia memang berniat untuk tidak memulangkan pinjaman alias menghindari. Dia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Taala seperti pencuri. Nauzubillahiminzalik.

Rasulullah SAW. bersabda,

أَيُّمَا رَجُلٍ يَدَيَّنُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لاَ يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِىَ اللَّهَ سَارِقًا

“Sesiapa yang berhutang lalu berniat tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam keadaan sebagai pencuri.” (HR Ibnu Majah). ⁣

Walau apa pun niatnya, menangguhkan pembayaran hutang adalah satu kezaliman. Ukuran menangguhkan ialah dia berkemampuan, tetapi enggan menunaikan kewajipannya membayar hutang. Dia mempunyai kecukupan tetapi menggunakannya untuk pelbagai perkara lain yang tidak syarie. Kezaliman itu lebih besar jika pihak yang memberinya sangat memerlukan, sedangkan dia menangguhkan pembayaran demi mengaut kekayaan yang lebih besar. ⁣

مَطْلُ الْغَنِيِّ ظُلْم

“Menunda (pembayaran) bagi orang yang mampu merupakan suatu kezaliman.” (HR Bukhari, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). ⁣

Betapa buruknya kezaliman dan dahsyatnya apabila orang yang dizalimi mendoakan keburukan untuknya. Bukankah tidak ada tabir antara orang yang dizalimi dengan Allah Taala tatkala dia berdoa? Maka sesungguhnya doa itu mustajab. ⁣

Ada satu nasihat yang patut kita renungkan. Saya tidak tahu penggubahnya, tetapi saya kagum dengan maksudnya. Dia tidak menyelisihi agama. Mari kita renungkan sejenak,

نَامَتْ عُيُوْنُكَ وَالْمَظْلُوْمُ مُنْتَبِهُ يَدْعُو عَلَيْكَ وَعَيْنُ اللهِ لَمْ تَنَم

“Kedua matamu tertidur sementara orang yang engkau zalimi terjaga. Dia mendoakan kecelakaan untukmu dan mata Allah Taala tidaklah pernah tidur.” ⁣

Astaghfirullah. Begitu buruknya jika menghindari hutang secara sengaja, sedangkan dia mampu untuk membayarnya, sehingga kehormatannya halal. Mengumpat adalah dosa besar kecuali terhadap mujahirin (orang yang melakukan dosa secara terang-terangan), penguasa yang zalim, dan orang berhutang yang sengaja dihindari, sedangkan sebenarnya dia mampu melunaskannya.

Nabi SAW. bersabda,

لَيُّ الوَاجِدِ يَحِلُّ عُقُوْبَتَه ُوَعِرْضه

“Menunda pembayaran bagi yang mampu membayar, (maka) halal dia dihukum dan (dijatuhkan) kehormatannya.” (HR. Bukhari). ⁣

Ya Salam! Alangkah buruknya. Bukahkah kita mesti takut akan hal ini? ⁣

Ada orang yang berhutang bukan kerana dihimpit oleh keperluan, tetapi semata-mata kerana ingin menambah harta. Dia mudah berhutang tetapi keberatan membayar. Ada orang yang berhutang kerana sesak hati melihat orang lain mempunyai nikmat, maka dia ingin memilikinya. Sakitnya jika harta itu dilepaskan tanpa dapat dia ambil. Dia memudahkan dirinya berhutang dan dengan sengaja mengkhianati hutangnya iaitu dia tidak membayarnya. ⁣

Mari kita renungkan kembali sabda Rasulullah SAW.,

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ إِتْلاَفَهَا أَتْلَفَهُ اللَّهُ

“Barang siapa yang mengambil harta manusia dengan niat ingin menghancurkannya, maka Allah juga akan menghancurkan dirinya.” (HR. Bukhari dan Ibnu Majah). ⁣

Begitu besar ancaman dan keburukan bagi orang yang berhutang dan melalaikan kewajipannya. Lebih teruk lagi ancaman kepada mereka yang dari awal sengaja telah berniat untuk mengkhianati(tidak mahu membayarnya). Sesungguhnya, tiada siapa yang dapat menolong apabila Allah Taala telah membinasakan dirinya, dunianya, nasibnya, dan lebih-lebih lagi akhiratnya.

Oleh itu, sayangilah orang yang berhutang kepadamu dengan menagihnya apabila dia benar-benar mampu, tetapi menangguhkan menunaikan kewajipannya. Kasihani dia. Jika kita tidak mempunyai keberanian, ingatkan dia secara langsung atau melalui orang lain. Jika kita masih tidak mempunyai keberanian, tunjukkan ilmunya. Semoga Allah Taala memberinya hidayah dan mencurahkan kebaikan kepada kita.

Sumber:

[Nafsiyah] Sayangi Orang yang Berutang kepadamu

#Nafsiyah #Hutang #WajibBayarHutang #JanganMenundaJikaMampu

Exit mobile version