Site icon MuslimahHTM News

‘Umpan Perkauman’, Satu Lagi Alat Hodoh Politik Sekular Yang Oportunis

‘Umpan Perkauman’, Satu Lagi Alat Hodoh Politik Sekular Yang Oportunis

 

Berita:

 

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, akhbar Britain telah menekankan penggunaan ‘umpan perkauman’ oleh pelbagai menteri dalam kerajaan UK untuk meningkatkan sokongan daripada sayap kanan dan elemen xenofobik pengundi. Ia berikutan satu siri kenyataan yang mengapi-apikan oleh Setiausaha Dalam Negeri Britain, Suella Braverman yang menyifatkan lelaki Pakistan Britain mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk menjadi sebahagian daripada geng pengantun (grooming) penderaan seksual dikalangan gadis kulit putih di negara ini, dan turut menyifatkan tingkah laku jenayah sebagai, secara tidak langsung terkait dengan etnik atau budaya mereka. Beliau hanya mengulas rentetan kes berprofil tinggi melibatkan lelaki berasal dari Pakistan, namun sebaliknya tidak pula memperakui bahawa penderaan seksual kanak-kanak sebenarnya merupakan masalah yang meluas di negara ini, yang melibatkan semua sektor dan etnik. Beliau berkata bahawa pelaku jenayah seksual yang melibatkan geng pengantun adalah “kumpulan lelaki, hampir semua rakyat Britain Pakistan”. Hal ini berlaku walaupun laporan 2020 dari Pejabat Dalam Negerinya sendiri menyatakan bahawa sangat sukar untuk mencari hubungan sebab-akibat antara etnik, bangsa dan eksploitasi seksual kanak-kanak, dan menyimpulkan bahawa kebanyakan ahli geng pengantun kanak-kanak adalah lelaki kulit putih di bawah umur 30 tahun. Ini tidak menghairankan kerana majoriti penduduknya berkulit putih. Braverman juga menyatakan dalam temu bual dengan Sky News bahawa lelaki Pakistan Britain, “melihat wanita dengan cara yang lemah dan tidak sah/dibenarkan, dan (mereka) melakukan pendekatan yang ketinggalan zaman dan sejujurnya kejam, dari segi cara mereka berkelakuan”.

 

Setiausaha Dalam Negeri itu turut membuat sejumlah komentar menghina terhadap imigran, melabel mereka dan para pencari suaka yang menyeberang (sempadan) dengan bot-bot kecil ke dalam negara itu sebagai sebuah `pencerobohan’. Dia juga mengaitkan migrasi dengan peningkatan kadar jenayah, pengedaran dadah, pelacuran dan eksploitasi. Robert Jenrick, Menteri untuk Imigresen, turut menyatakan bahawa, “Migrasi berlebihan dan tidak terkawal menjadi ancaman yang memangsai (sikap) belas kasihan yang merupakan tanda (bagi) masyarakat British”, dan bahawa mereka yang menyeberang ke negara ini terdiri daripada (kelompok dengan) “gaya hidup dan nilai yang berbeza dengan mereka di UK … melemahkan kesepaduan budaya yang mengikat pelbagai komuniti bersama-sama.”

 

Komentar:

 

Umpan perkauman ialah penggunaan kenyataan provokatif atau pembohongan mengenai sesuatu kaum atau hasutan kebencian dan perkauman terhadap kumpulan etnik tertentu, selalunya ia dilakukan untuk meraih  tujuan atau kelebihan politik tertentu. Umpan ini adalah alat yang telah menjadi sebahagian daripada politik sekular dan taktik pemilihan di negara-negara sekular di seluruh dunia. Tidak menghairankan bahawa kenyataan Braverman dan Jenrick ini muncul dengan berlatarbelakangkan pilihan raya tempatan bulan ini dan pilihan raya umum yang akan diadakan tahun depan di negara ini.

 

 

Retorik anti-imigresen dan anti-Islam serta politik identiti yang menyasarkan kumpulan etnik tertentu telah lama menjadi latar belakang pilihan raya presiden Perancis berserta calon-calon yang bersaing antara satu sama lain. Semua ini dilakukan untuk menunjukkan kepada para pengundi mereka siapakah calon yang memiliki kelayakan xenofobik paling besar. Ahli politik dari semua warna di Perancis – kiri, kanan dan tengah – berpendapat bahawa peningkatan jumlah warga asing di negara ini telah merendahkan nilai-nilai tradisional Perancis. Presiden Perancis Emmanuel Macron menyatakan semasa pilihan raya tahun lepas dalam sebuah perhimpunan kepada penyokongnya, “Bila kita takut dengan fenomena migrasi, saya fikir kita juga mesti mempertahankan DNA kita.” Dalam politik AS, strategi yang direka untuk membuat orang kulit putih curiga dan takut kepada orang Afrika Amerika dan pendatang lain telah lama digunakan untuk memenangi pilihan raya. Donald Trump menggunakan retorik anti-imigran dan xenofobik untuk merayu kepada pangkalan tertentu di negara ini dalam kedua-dua pilihan raya presiden 2016 dan 2020.

 

Semua ini sekali lagi menunjukkan bahaya dan perpecahan yang wujud dalam sistem sekular kapitalis di mana ahli-ahli politik tidak ragu-ragu tentang pembohongan, perkauman dan kebencian terhadap kumpulan etnik demi memenangi pilihan raya. Ia adalah sistem yang membolehkan ahli politik mempermainkan komuniti antara satu sama lain, menimbulkan kebencian kaum dan menjelmakan pelampau berhaluan kanan demi kepentingan politik tanpa mengira akibat buruk terhadap kehidupan individu dan masyarakat. Tahun lepas, jenayah anti-Islam meningkat sebanyak 28% di UK.

 

Situasi ini sebahagian besar disebabkan oleh bertambahnya kumpulan kebencian sayap kanan yang mengeksploitasi salah tanggapan mengenai umat Islam, termasuk yang didalangi oleh ahli politik. Serangan baru-baru ini ke atas pusat migran di Dover dan pelarian yang tinggal di sebuah hotel di Knowsley di UK juga dikaitkan dengan kenyataan hasutan anti-imigran yang digunakan oleh Setiausaha Dalam Negeri British. Pada tahun 2019, pengganas berhaluan kanan, Brenton Tarrant, yang membunuh 51 orang Islam di 2 masjid di Christchurch, New Zealand, mencoret kata-kata “untuk Rotherham” di atas pelurunya sebelum melepaskan tembakan. Rotherham adalah sebuah bandar di UK yang sering dieksploitasi oleh ahli politik sayap kanan. Misalnya, dalam menyebarkan pembohongan tidak berasas mereka terhadap penglibatan lelaki Pakistan dalam geng pengantun secara umum hanya kerana kes berprofil tinggi melibatkan beberapa lelaki Pakistan yang didapati bersalah kerana menyalahgunakan gadis kulit putih.

 

Bagaimanakah sistem sedemikian — yang menghiburkan para pen`siulan anjing’ ini, perayu dan pembangkit emosi, gaya politik Machiavelli di mana hujungnya membenarkan apa jua cara demi meraih tujuan mereka, termasuklah dengan cara yang keji demi meraih beberapa undi yang murah — dilihat sebagai cara terbaik untuk mentadbir negara? Bagaimanakah sistem sedemikian — yang memainkan corak pandangan perkauman dan xenofobik, serta mencetuskan prasangka dan  ketegangan etnik berbanding berusaha untuk menghapuskannya,– dapat mewujudkan masyarakat yang padu dan selamat? Bagaimanakah sistem sedemikian — yang membenarkan ahli politik untuk mencuba dan meningkatkan populariti mereka dengan menggunakan minoriti sebagai ‘punch bag’ demi memenangi pilihan raya,– dilihat sebagai progresif dan bertamadun? Dan bagaimana sistem sedemikian — yang pernah menggalakan perpecahan antara manusia dan polarisasi masyarakat —  dilihat sebagai model politik yang sihat?

 

Sebagai umat Islam, sudah tentu sudah tiba masanya untuk menolak sistem buatan manusia sekular ini dari tanah kita yang juga telah menimbulkan perpecahan antara umat Islam dan membenarkan ahli politik menyemarakkan api perkauman dalam masyarakat kita demi kepentingan politik mereka! Sudah tentu, sudah tiba masanya untuk kembali kepada sistem Allah swt, yakni Khilafah, sebuah sistem berdasarkan thariqah Nabi, yang telah terbukti sejak berzaman dalam pendekatan/kaedah yang digunakan untuk mencabut perkauman daripada manusia, seterusnya menyatukan mereka dari pelbagai etnik dan bangsa ke dalam satu wadah di mana semuanya merasa sama-sama dihormati dan dilindungi melalui undang-undang Islam yang adil. Sudah tentu, sudah tiba masanya untuk mewujudkan semula sistem yang benar-benar progresif dan bertamadun ini di mana politik adalah tentang benar-benar menjaga keperluan rakyat. Bukannya menghasilkan padanan lumpur antara ahli politik yang hanya berkhidmat untuk dirinya sendiri, dan sentiasa dahagakan kuasa serta bersedia  bersedia untuk menyalakan api perkauman dalam masyarakat demi kepentingan politik mereka sendiri!

 

﴿ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاء الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ﴾

“Kemudian, Kami jadikan engkau (Nabi Muhammad) mengikuti syariat dari urusan (agama) itu. Maka, ikutilah ia (syariat itu) dan janganlah engkau ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui..” [TMQ Al-Jatsiyah (45): 18]

 

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat oleh

Dr. Nazreen Nawaz

Pengarah Bahagian Muslimah, Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

Exit mobile version