Bendera Entiti Yahudi Berkibaran di atas Masjid al-Ibrahimi di Hebron.
Apakah respon anda?
Berita:
Tentera Israel telah `menghiasi’ Masjid Ibrahimi Hebron dengan berpuluh-puluh bendera ‘Israel’ sebagai sebahagian daripada `perayaan’ untuk menandakan `hari peringatan kebangsaan Israel’, sempena memperingati pengisytiharan kemerdekaan Israel.
Bendera dikibarkan di sepanjang tembok tinggi perkarangan masjid. Situasi ini dilihat oleh ramai rakyat Palestin sebagai tindakan provokasi yang berleluasa di tengah-tengah meningkatnya tindakan keganasan rejim Israel di seluruh Tebing Barat. (The New Arab, 24 April 2023)
Komentar:
Entiti Yahudi dengan bangganya meraikan tindakan zalim mereka menjajah dan merampas tanah Palestin yang diberkati. Ini merupakan satu lagi bentuk peringatan yang memalukan dan menyakitkan tentang keberanian entiti Yahudi mengotori tapak suci tanah Palestin secara terang-terangan di hadapan negara-negara Islam yang berjiran dengannya. Barisan bendera entiti Yahudi dinaikkan di atas untuk dilihat oleh semua, penjajah ini meraikan cuti mereka sambil mencemarkan tempat solat kaum Muslim. Dan baru-baru ini di bulan Ramadan yang mulia, di Masjid Al-Aqsa, mereka menghancurkan perabot dan memukul para jemaah di malam-malam yang mulia. Peristiwa itu menjadi peringatan sekali lagi kepada semua angkatan bersenjata Muslim yang diam tidak berbuat apa-apa. Para penjajah ini juga telah menyerbu masuk ke perkarangan Al-Aqsa dengan bendera mereka memasuki Bab Al-Rahma sambil memprovokasi penduduk Palestin.
Bendera-bendera itu mewakili kewujudan negara (Israel) yang merupakan musuh kepada penduduk Palestin dan tanah serta kesuciannya (bumi barokah Palestin). Kewujudannya yang diasaskan oleh empayar British bertujuan menjadi duri di tengah-tengah tanah umat Islam di Timur Tengah, dan kekal diantaranya, tidak lain adalah demi menghalang perpaduan kaum Muslim sebagai satu Ummah, mewujudkan kuasa dan persaudaraan dikalangan negeri-negeri Muslim lainnya di benua Asia dan benua Afrika agar bersatu sebagai satu Ummah.
Namun persoalannya, mengapa bendera-bendera ini yang berkibar di atas Masjid Al-Ibrahimi di tengah-tengah Palestin? Mengapa situasi ini berlaku pada hari ini, walhal angkatan bersenjata kaum Muslim yang berkuasa padahal ada, wujud??
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Manal Bader

