Site icon MuslimahHTM News

Tafsir Surat Al-Baqarah Ayat 120 -123, Orang Yahudi Tidak Akan Pernah Redha Kepada Umat Islam, Begitu Juga Orang Nasrani

Tafsir Surat Al-Baqarah Ayat 120 -123, Orang Yahudi Tidak Akan Pernah Redha Kepada Umat Islam, Begitu Juga Orang Nasrani

 

]وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ* ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَتۡلُونَهُۥ حَقَّ تِلَاوَتِهِۦٓ أُوْلَٰٓئِكَ يُؤۡمِنُونَ بِهِۦۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ * يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتِيَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ وَأَنِّي فَضَّلۡتُكُمۡ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ * وَٱتَّقُواْ يَوۡمٗا لَّا تَجۡزِي نَفۡسٌ عَن نَّفۡسٖ شَيۡ‍ا وَلَا يُقۡبَلُ مِنۡهَا عَدۡلٞ وَلَا تَنفَعُهَا شَفَٰعَةٞ وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ[

Orang-orang Yahudi tidak akan redha kepada kamu, begitu juga orang-orang Nasrani, sehingga kamu mengikuti millah mereka. Katakanlah: ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)’. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Orang-orang yang telah Kami berikan Al-Kitab kepada mereka, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Wahai Bani Israil, ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Aku-anugerahkan kepadamu dan Aku telah melebihkan kamu atas segala umat. Dan takutlah kamu akan suatu hari yang padanya seseorang itu tidak dapat menggantikan orang lain sedikitpun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfaat sesuatu syafaat untuknya dan tidak (pula) mereka akan ditolong.” [TMQ Al-Baqarah (2): 120 – 123].

 

Dalam Khawāthir al-Syaikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rāwi (Tafsīr al-Sya’rāwirahimahullah, 1/561-568, dinyatakan bahawa:

 

Orang-orang Yahudi menipu Rasulullah SAW dengan cara yang keji dan kotor. Mereka berkata, “Beri kami petunjuk”. Maksudnya, beritahu kami apa yang ada dalam kitab kami, supaya kami mempertimbangkan sama ada kami mengikuti kamu atau tidak. Allah SWT hendak memutuskan jalan orang-orang Yahudi dari kebiasaan membuat makar dan penipuan terhadap Rasulullah SAW, bahawa baik orang Yahudi mahupun Nasrani (Kristian) tidak akan sekali-kali mengikuti agama kamu, sebaliknya yang mereka kehendaki ialah kamu mengikuti agama mereka. Kamu mahu mereka bersama kamu, sedangkan mereka sangat bercita-cita agar kamu bersama mereka. Allah SWT  berfirman: “Orang-orang Yahudi tidak akan redha kepada kamu, begitu juga orang-orang Nasrani, sehingga kamu mengikuti millah mereka.” [TMQ al-Baqarah (2): 120].

 

Kami perhatikan dalam firman Allah SWT ini terdapat pengulangan bentuk kata nafi (penafian), maka dari sinilah kita memahami bahawa keredhaan orang Yahudi berbeza dengan keredhaan orang Nasrani (Kristian). Dan seandainya Allah SWT dalam firman-Nya tanpa “” sebelum “al-Nasara”, nescaya kita akan faham maksudnya bahawa keredhaan orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) adalah sama, tetapi hakikatnya keredhaan mereka adalah berbeza, buktinya ialah firman Allah SWT:

 

]وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ لَيۡسَتِ ٱلنَّصَٰرَىٰ عَلَىٰ شَيۡءٖ وَقَالَتِ ٱلنَّصَٰرَىٰ لَيۡسَتِ ٱلۡيَهُودُ عَلَىٰ شَيۡءٖ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ[

Dan orang-orang Yahudi berkata: ‘Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan’, dan orang-orang Nasrani berkata: ‘Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan,’ padahal mereka (sama-sama) membaca Al-Kitab.” [TMQ al-Baqarah (2): 113].

 

Jadi, adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) tidak pernah redha dengan kamu. Sedangkan Allah SWT ingin mengatakan bahawa orang Yahudi tidak akan pernah redha kepada kamu, dan orang Nasrani (Kristian) juga tidak akan pernah redha kepada kamu. Sehingga jika kamu kebetulan mendapat redha orang Yahudi, maka orang Nasrani (Kristian) tidak akan redha kepada kamu, sebaliknya jika kamu kebetulan mendapat redha orang Nasrani (Kristian), maka orang Yahudi tidak akan redha kepada kamu.

 

Kemudian Allah SWT  berfirman: “sehingga kamu mengikuti millah mereka.” [TMQ Al-Baqarah (2): 120].

 

Millah bermaksud agama. Mengapa dinamakan millah, kerana kamu “tamilu (cenderung)” kepadanya, walaupun apa yang kamu cenderung kepadanya itu termasuk sesuatu yang batil. Allah berfirman:

]وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ * وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ * وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ * لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ[

Dan kamu bukanlah penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.” [TMQ al-Kafirun (109) : 3-6].

 

Allah SWT menjadikan agama untuk mereka, sedangkan mereka orang-orang kafir dan musyrik. Tetapi apakah yang menghalang kita daripada mengikuti agama orang Yahudi atau agama orang Kristian?  Allah SWT berfirman:

]قُلۡ إِنَّ ٱلۡهُدَىٰ هُدَى ٱللَّهِ[

Katakanlah: ‘Sesungguhnya petunjuk (yang mesti diikuti) ialah petunjuk Allah’.” [TMQ Ali Imran (3): 73].

 

Orang Yahudi telah memalsukan agama mereka, dan orang Kristian juga telah memalsukan agama mereka. Sedangkan Rasulullah SAW membawa petunjuk dari Allah SWT, dan petunjuk itulah yang membawa kamu kepada tujuan melalui jalan yang paling pendek, atau jalan yang lurus sebagai jalan yang paling pendek menuju tujuan. Petunjuk Allah SWT itu hanya menuju ke satu jalan sahaja, sedangkan petunjuk manusia, masing-masing mempunyai petunjuk yang bersumberkan hawa nafsunya sendiri. Oleh itu, petunjuk manusia adalah bercabang dan pelbagai yang membawa kamu kepada kesesatan. Tetapi petunjuk yang membawa kepada kebenaran hanyalah satu petunjuk sahaja, iaitu petunjuk Allah SWT.

 

Firman Allah SWT:

]وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم[

Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” [TMQ al-Baqarah (2) : 120].

 

Ini adalah isyarat daripada Allah SWT bahawa agama Yahudi dan agama Nasrani (Kristian) adalah agama yang dikuasai oleh hawa nafsu manusia. Hawa nafsu ialah kebatilan (kepalsuan) yang diingini oleh jiwa, atau keinginan (hasrat) jiwa yang batil dan jauh dari kebenaran. Oleh itu, Allah SWT berfirman:

]وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ[

Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” [TMQ al-Baqarah (2) : 120].

 

Allah SWT berfirman kepada Rasul-Nya: Jika kamu mengikuti jalan sesat yang dikuasai oleh hawa nafsu yang jauh dari kebenaran, baik itu jalan orang Yahudi atau jalan orang Nasrani (Kristian), setelah datang kepadamu petunjuk dari Allah SWT, maka tidak akan ada bagimu wali (pelindung) dari Allah yang mengurus urusan kamu dan melindungi kamu, atau penolong yang menolong dan membantu kamu.

 

Seruan (khithāb) ini adalah untuk Rasulullah SAW. Dalam hal ini kita mesti berfikir sejenak untuk merenung bagaimana Allah SWT berbicara kepada RasulNya, SAW yang telah dipilihNya. Ketika Allah SWT mengarahkan seruan (khithāb) ini kepada Nabi Muhammad SAW, maka yang dimaksudkan dengan itu adalah umat Rasulullah SAW, iaitu pengikut-pengikut Rasulullah yang akan datang selepasnya. Ini kerana mereka adalah orang-orang yang hatinya mungkin cenderung kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian). Sementara Rasulullah SAW, Allah SWT melindunginya dari mengikuti mereka.

 

Allah SWT menghendaki agar kita mengetahui dengan pasti bahawa apa yang tidak diterimaNya dari RasulNya SAW, tidak pula diterimaNya dari seorang pun di kalangan umatnya, walau setinggi mana pun kedudukannya. Hal ini supaya tidak ada orang yang datang selepas Rasulullah yang mengaku berilmu dan berkata, “Kami mengikuti agama Yahudi atau Nasrani, untuk menarik mereka kepada kami.” Kami katakan kepadanya: “Tidak, apa yang tidak diterima Allah daripada kekasihNya, dan RasulNya, Allah tidak menerimanya daripada sesiapa pun.” Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dalam hal ini mempunyai tujuan tertentu, iaitu mengikuti agama Yahudi atau Nasrani ditolak sama sekali dalam apa jua keadaan. Allah SWT menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ialah memotong jalan bagi orang yang bertujuan untuk merosakkan agama ini dengan dalih persamaan dengan agama Yahudi dan Nasrani.

 

Allah SWT berfirman:

]ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَتۡلُونَهُۥ حَقَّ تِلَاوَتِهِۦٓ أُوْلَٰٓئِكَ يُؤۡمِنُونَ بِهِۦۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ[

Orang-orang yang telah Kami berikan Al-Kitab kepada mereka, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” [TMQ al-Baqarah (2) : 121].

 

Setelah Allah SWT menunjukkan bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian telah memalsukan kitab-kitab mereka, Dia SWT ingin menunjukkan bahawa ada orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang tidak memalsukan kitab-kitab mereka, di mana mereka beriman kepada Nabi Muhammad SAW dan risalah yang dibawanya. Ini kerana mereka mengenalinya dari Taurat dan Al-Kitab (Injil). Seandainya Allah SW tidak menyebut ayat ini, nescaya mereka yang membaca Taurat dan Al-Kitab (Injil) akan berkata benar kedua-duanya … dan mereka pun berfikir untuk percaya kepada risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, mereka akan berkata, “Bagaimana hal ini dilaksanakan kepada semua orang Yahudi dan semua orang Nasrani (Kristian), sedangkan kami bertekad untuk beriman kepada Islam …, inilah yang dikatakan tentang hukum kemungkinan: iaitu, terdapat segolongan besar orang Yahudi atau Nasrani (Kristian) yang berfikir untuk memeluk Islam sebagai agama yang benar. Ada sekelompok orang Yahudi, mereka berjumlah empat puluh orang, datang dari Sinai bersama-sama Ja’far bin Abi Thalib untuk bersyahadat di hadapan Rasulullah SAW, bahawa mereka telah membaca Taurat yang tidak dipalsukan, maka mereka beriman kepada risalah yang dibawanya. Sesungguhnya dalam hal ini, Allah SWT ingin menghormati mereka dan menghormati semua Ahli Kitab yang ingin beriman. Allah SWT berfirman:

 

]ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَتۡلُونَهُۥ حَقَّ تِلَاوَتِهِۦٓ[

Orang-orang yang telah Kami berikan Al-Kitab kepada mereka, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya.” [TMQ al-Baqarah (2): 121].

 

Iaitu, mereka membacanya sebagaimana yang diwahyukan tanpa ada pemalsuan atau pengubahan. Sehingga mereka mengetahui fakta yang sebenar, tidak tercampur dengan hawa nafsu manusia, dan tidak pula dengan pemalsuan, iaitu mengubah sesuatu daripada kebenaran kepada kebatilan.

 

Allah SWT berfirman:

]أُوْلَٰٓئِكَ يُؤۡمِنُونَ بِهِۦۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ[

Mereka beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” [TMQ al-Baqarah (2): 121].

 

Kami mencatat bahawa Al-Quran sentiasa datang dengan perbandingan, untuk menghormati orang-orang yang beriman dan membawa kesedihan kepada hati orang-orang yang mendustakan. Kerana perbandingan itu sentiasa menunjukkan perbezaan antara dua perkara. Allah SWT hendak memberitahu mereka yang diberi Kitab oleh Allah, supaya mereka tidak memalsukannya dan mempercayainya, agar mereka memperoleh nikmat dan keberkatan yang akan membawa mereka kepada kebahagiaan abadi, iaitu nikmat dan keberkatan Islam dan iman. Sebaliknya, balasan bagi orang-orang yang memalsukan Taurat dan Injil, maka nasib mereka jelas rugi dan kekal di dalam neraka.

 

Sedangkan firman Allah SWT:

]يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتِيَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ وَأَنِّي فَضَّلۡتُكُمۡ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ[

Wahai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan Aku telah melebihkan kamu atas segala umat.” [TMQ al-Baqarah (2) : 122].

 

Jika kita kembali kepada pemaparan kami berkenaan ayat (40) surah Al-Baqarah dan firman-Nya:

]يَٰبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتِيَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ وَأَوۡفُواْ بِعَهۡدِيٓ أُوفِ بِعَهۡدِكُمۡ وَإِيَّٰيَ فَٱرۡهَبُونِ[

Wahai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepadaKu, nescaya Aku penuhi janjiKu kepadamu; dan hanya kepada Kulah hendaknya kamu takut (tunduk).” [TMQ Al-Baqarah (2) : 40].

 

Allah SWT tidak mengakhiri perjalanan dengan Bani Israel sebelum Dia SWT mengingatkan mereka tentang apa yang Dia SWT mulai dengannya, bahawa Allah SWT tidak berhenti berbicara kepada mereka pada perjalanan ini kecuali setelah Dia SWT mengingatkan mereka dengan peringatan terakhir mengenai nikmatNya kepada mereka, serta kelebihan yang Allah berikan kepada mereka, sehingga mereka mempunyai keutamaan atas makhluk-Nya yang lain, dan salah satu petunjuk terbesar dari keutamaan ini … adalah ayat yang ada di dalam Taurat, yang membawa khabar gembira tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW, ini benar-benar satu keutamaan yang besar. Apabila mereka diingatkan akan kenikmatan dan keutamaan yang Allah kurniakan kepada mereka, maka ini adalah satu penghinaan kepada Bani Israil bahawa mereka tidak beriman kepada Rasulullah SAW, padahal baginda disebut dalam Taurat mereka. Mereka seharusnya mengambil peringatan dari Allah ini dengan kuat dan bersegera beriman kepada Nabi Muhammad SAW. Hal ini kerana ia merupakan keutamaan yang besar dari Allah SWT untuk mereka. Allah SWT berfirman ketika gempa bumi melanda orang-orang Yahudi, dan Nabi Musa AS memohon rahmat dari Tuhannya, Dia SWT berfirman sebagaimana Al-Quran memberitahu kita:

 

]وَٱكۡتُبۡ لَنَا فِي هَٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ إِنَّا هُدۡنَآ إِلَيۡكَۚ قَالَ عَذَابِيٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنۡ أَشَآءُۖ وَرَحۡمَتِي وَسِعَتۡ كُلَّ شَيۡءٖۚ فَسَأَكۡتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِ‍َٔايَٰتِنَا يُؤۡمِنُونَ * ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِيَّ ٱلۡأُمِّيَّ ٱلَّذِي يَجِدُونَهُۥ مَكۡتُوبًا عِندَهُمۡ فِي ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ يَأۡمُرُهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَىٰهُمۡ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَٰٓئِثَ وَيَضَعُ عَنۡهُمۡ إِصۡرَهُمۡ وَٱلۡأَغۡلَٰلَ ٱلَّتِي كَانَتۡ عَلَيۡهِمۡۚ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ مَعَهُۥٓ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ[

Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah berfirman: ‘SiksaKu akan Kutimpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi segala sesuatu. Maka Aku akan tetapkan rahmatKu kepada orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami’. (Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada pada mereka, yang menyuruh mereka melakukan yang ma’ruf dan melarang mereka dari melakukan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung.” [TMQ al-A’rāf (7) : 156-157].

 

Adapun firman Allah SWT:

]وَٱتَّقُواْ يَوۡمٗا لَّا تَجۡزِي نَفۡسٌ عَن نَّفۡسٖ شَيۡ‍ٔٗا وَلَا يُقۡبَلُ مِنۡهَا عَدۡلٞ وَلَا تَنفَعُهَا شَفَٰعَةٞ وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ[

Dan takutlah kamu akan suatu hari yang padanya seseorang itu tidak dapat menggantikan orang lain sedikitpun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfaat sesuatu syafaat kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong.” [TMQ al-Baqarah (2): 123].

 

Ayat yang mulia ini serupa dengan ayat 48 surah Al-Baqarah, di mana Allah SWT berfirman:

]وَاتَّقُوا يَوْمًا لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ[

Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikit pun; dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya, dan mereka tidak akan ditolong.” [TMQ al-Baqarah (2): 48].

 

Kami mengatakan bahawa persamaan ini jelas, tetapi setiap ayat mempunyai makna yang berbeza dan berdiri sendiri. Dalam ayat 48 Surah Al-Baqarah, Allah SWT berfirman:

]وَلَا يُقۡبَلُ مِنۡهَا شَفَٰعَةٞ وَلَا يُؤۡخَذُ مِنۡهَا عَدۡلٞ[

Dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya.” [TMQ al-Baqarah (2): 48].

 

Sedangkan dalam ayat yang sedang kita bahas, iaitu ayat 123 Surah Al-Baqarah, Allah SWT berfirman:

]وَلَا يُقۡبَلُ مِنۡهَا عَدۡلٞ وَلَا تَنفَعُهَا شَفَٰعَةٞ[

Dan tidak akan diterima daripadanya suatu tebusan dan tidak akan memberi manfaat sesuatu syafaat kepadanya.” [TMQ al-Baqarah (2): 123].

 

Mengapa? Kerana firman Allah SWT:

]لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا[

Seseorang tidak dapat menggantikan orang lain sedikit pun.

 

Jika kita menginginkan seperti jiwa (seseorang) yang pertama, maka konteksnya akan sesuai dengan ayat pertama, dan jika kita menginginkan seperti jiwa (seseorang) yang kedua, maka konteksnya akan sesuai dengan ayat kedua yang sedang kita bahas ini. Maka, seolah-olah kita mempunyai dua jiwa, iaitu jiwa yang pertama sebagai pemberi, dan jiwa yang kedua sebagai penerima. Jiwa pemberi adalah yang mempunyai syafaat, maka perkara pertama yang diterima daripadanya adalah syafaat, dan jika syafaatnya tidak diterima, dia berkata, “Saya akan menanggung tebusannya,” iaitu menanggung tebusannya atau apa yang setara dengan dosa. Namun, jiwa yang menjadi penerima, maka yang diajukan terlebih dahulu ialah tebusan, dan jika tebusan tidak diterima daripadanya, maka dia akan mencari syafaat. Perkara ini telah kami bincangkan secara terperinci ketika kami membincangkan surah Al-Baqarah ayat 48.

 

Sumber: Media Umat

Exit mobile version