Site icon MuslimahHTM News

Belasungkawa atas Pemergian Tokoh Umat di penghujung Syawal, Ustaz Ismail Al Wahwah

Belasungkawa atas Pemergian Tokoh Umat di penghujung Syawal, Ustaz Ismail Al Wahwah

 

﴿مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَاهَدُواْ اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ

وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُواْ تَبْدِيلاً﴾

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” [Al-Ahzab: 23]

 

Keluarga besar Muslimah HTM turut berduka cita atas pemergian salah seorang tokoh politik Islam dan pejuang khilafah yang amat disayangi oleh umat Islam umumnya dan para pengemban pendakwah khususnya (semoga Allah merahmatinya):

 

Ustaz Ismail Al Wahwah atau juga dikenali sebagai Abu Anas,

Telah pulang ke pangkuan Rabb-nya pada hari ini, Khamis 28 Syawal 1444H, bersamaan dengan 18 Mei 2023. Beliau meninggal dunia dalam rahmat Allah (swt), setelah diuji dengan sakit, serta telah mendedikasikan seluruh hidupnya dalam ketaatan kepada Allah (swt).

 

Abu Anas menyertai Hizbut Tahrir pada penghujung 1970-an di mana sejak itu beliau komited bekerja di medan dakwah ini tanpa jemu di beberapa negara di mana beliau bermastautin, walaupun sering kali juga beliau dipaksa berpindah oleh rejim. Beliau pernah tinggal dan melakukan dakwah menyeru kepada kebenaran di Palestin, Jordan, Yaman, Jerman, Denmark dan Australia. Malah, beliau sentiasa berpegang teguh pada kata-kata dan tidak takut dipersalahkan oleh para pencela, mahupun tidak takut akan penindasan daripada para penindas.

 

Sesiapa yang pernah bertemu dengannya pasti akan memberikan kesaksian tentang cintanya kepada Allah (swt), Rasul-Nya (saw) dan umat Muhammad (saw). Begitu jua kecintaan beliau terhadap pekerjaannya (dakwah) di mana sahaja beliau pergi dan dalam apa jua keadaan untuk membebaskan umat daripada penjajahan kuasa asing, serta memperbaiki keadaan ummah ini dengan cara mengembalikan semula kehidupan Islam melalui penegakan semula Khilafah Rasyidah (Khilafah yang mendapat petunjuk di atas kebenaran) di atas manhaj kenabian.

 

Abu Anas (semoga Allah merahmatinya) telah banyak berkorban dipenjara dan diganggu berkali-kali oleh rejim yang zalim serta ejen-ejen mereka, baik di negeri-negeri kaum Muslim mahupun di Barat, kerana mempertanggungjawabkan para rejim penindas atas apa yang menimpa kaum Muslim dan agama Islam hari ini. Walaupun diancam dan diseksa secara fizikal, namun beliau tidak pernah goyah sedikit pun.

 

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan kepada semua pengemban dakwah. Kami memohon kepada Allah (swt) agar melimpahkan beliau dengan rahmat-Nya (swt) yang luas, menghujaninya dengan keredhaan dan keampunan-Nya (swt), menganugerahkan kepadanya taman-taman-Nya (swt) yang luas bersama para nabi, orang-orang yang mendapat petunjuk dan dalam kebenaran, para syuhada, serta orang-orang yang soleh. Kami turut memohon kepada Allah (swt) agar mengurniakan ganjaran kepada keluarga dan kerabatnya serta memberikan mereka kesabaran serta ketenangan atas kehilangan insan tercinta.

 

Sesungguhnya air mata mengalir dan hati bersedih, tetapi kami tidak akan mengatakan melainkan yang apa diredhai oleh Tuhan kami…

 

إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” [Al-Baqarah: 156].

 

Exit mobile version