Site icon MuslimahHTM News

HUKUM SIMPANAN UMRAH

HUKUM SIMPANAN UMRAH

Oleh : KH. M. Shiddiq Al-Jawi

 

Soalan:

Ustaz, bolehkah simpanan umrah? Jadi orang yang mahu umrah itu menyimpan terlebih dahulu ke sesuatu agensi pengendali umrah. Setelah simpanan itu mencukupi, maka mereka berangkat umrah. Kemudian bagaimana jika di awal akad berumrah dengan bayaran ansuran, bolehkah? Apakah perlu ada batas waktu yang jelas ansurannya? Jika tidak terpatuhi peraturannya (lambat bayar, atau tak kampung bayar tiba-tiba) apakah boleh berakad lagi untuk diperpanjangkan lagi waktu ansurannya? Apakah boleh ada perubahan harga yang disesuaikan dengan harga ketika berangkat? Ini kerana harga komponen umrah seperti hotel dan pesawat, seringkali naik tanpa diduga. Kenaikan itu terjadi mengikut kehendak pihak airline atau pihak hotel. (Maya).


Jawapan:

 

Dari pertanyaan-pertanyaan di atas, boleh disimpulkan ada 3 (tiga) pertanyaan pokok; iaitu :

 

 

Adapun pertanyaan pertama tentang hukum simpanan umrah, hukum syarak-nya ada rincian (tafshīl) sebagai berikut:

 

Pertama, hukumnya haram, jika setelah simpanan cukup, pihak penyelenggara umrah tidak memberi pilihan (khiyār, pilihan) kepada penabung untuk memilih mengambil simpanannya atau menyertai umrah. Mengapa hukumnya haram? Kerana telah terjadi multiakad yang bersifat mengikat (mulzim/lāzim) antara akad menabung (qardh) dengan akad umrah (ijārah).

 

Padahal syarak telah melarang terjadinya multiakad tersebut, iaitu penggabungan dua akad secara mengikat (mulzim) di mana satu akad menjadi syarat bagi akad lainnya. Dalilnya hadis dari Ibnu Mas’ud RA sebagai berikut :

 

عَنِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ نَهىَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَفْقَتَيْنِ فِيْ صَفْقَةٍ وَاحِدَةٍ

Dari Ibnu Mas’ud RA, dia berkata, “Bahawa Nabi SAW telah melarang dua kesepakatan dalam satu kesepakatan (shafqatayni fī shafqatin wāhidah).” (HR. Ahmad, Al-Musnad, I/398).

 

Menurut Imam Taqiyuddin an-Nabhani hadis ini melarang adanya dua akad dalam satu akad (wujūdul ‘adayni fī ‘aqdin wāhidin), dimana satu akad menjadi syarat bagi akad lainnya, misalnya menggabungkan dua akad jual beli menjadi satu akad jual beli, atau menggabungkan akad jual beli digabung dengan akad ijarah,  atau menggabungkan akad jual beli dengan akad nikah. (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, II/308).

 

Berikut contoh-contohnya. Misalnya, menggabungkan dua akad jual beli dalam satu akad jual beli, misalnya si A menawarkan (mengucapkan ijab) kepada si B,”Aku jual rumahku kepada kamu, dengan syarat kamu jual kereta kamu kepada aku,” lalu si B menjawab (mengucapkan kabul),”Setuju.”

 

Menggabungkan akad jual beli dengan akad ijarah, misalnya si A menawarkan (mengucapkan ijab) kepada B,”Aku jual rumahku kepada kamu, dengan syarat kamu sewakan kereta kamu kepada aku,” lalu si B menjawab (mengucapkan kabul),”Setuju.”

 

Menggabungkan akad jual beli dengan akad nikah, misalnya si A menawarkan (mengucapkan ijab) kepada B,”Aku jual rumahku kepada kamu, dengan syarat kamu nikahkan aku dengan anak perempuan kamu,” lalu si B menjawab (mengucapkan kabul),”Setuju.”

 

Semua contoh tersebut haram hukumnya kerana menggabungkan dua akad ke dalam satu akad secara mengikat (mulzim/lāzim), yakni satu akad mensyaratkan akad yang lain. (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, II/308).

 

Kedua, hukumnya boleh, jika setelah simpanan cukup, ada pilihan (khiyār, pilihan) yang diberikan oleh agensi umrah kepada penabung atau penyimpan untuk memilih mengambil simpanan atau menyertai umrah.

 

Dalil kebolehannya kerana dua akad tersebut, iaitu akad menabung (qardh) dengan akad umrah (ijārah), dilakukan secara terpisah, yakni tidak digabungkan secara mengikat (mulzim). Hal ini dibuktikan dengan adanya (khiyār, pilihan) yang diberikan oleh agensi umrah bagi penabung/penyimpan, iaitu penabung boleh memilih antara mengambil simpanan atau memilih mengikuti umrah, jika simpanannya sudah mencapai jumlah yang cukup untuk biaya umrah.

 

Hanya saja, jika penabung memilih untuk mengikuti umrah, maka penabung itu dan penyelenggara umrah wajib berakad ijarah untuk umrah. Jadi akad umrahnya (ijārah) betul-betul terlepas dan tidak tergabung secara mengikat dengan akad simpanan/tabungan (qardh) sejak awal.

 

Pertanyaan kedua, bolehkah seseorang berakad umrah sejak awal, namun dia tidak membayar cash(tunai) kepada agensi umrah, melainkan membayar ansuran sebelum berangkat umrah?

 

Jawapannya, akad umrah (ijārah) boleh secara syariah biayanya dibayarkan di muka, iaitu disegerakan sebelum jasa/manfaat diterima, dan boleh juga dibayarkan di belakang (tunda), iaitu dibayar setelah jasa/manfaat diberikan. Dalam dua keadaan ini, boleh pembayaran dilakukan sekali lunas, boleh juga dibayar secara ansuran.

 

Dalam masalah pembayaran biaya (ujrah) dalam akad ijarah, Imam Taqiyuddin An-Nabhani menjelaskan :

 

يَجُوْزُ تَعْجِيْلُ اْلأُجْرَةِ وَيَجُوْزُ تَأْجِيْلُهَا

“Boleh hukumnya pembayaran ujrah itu disegerakan (di bayar di muka), dan boleh juga hukumnya pembayarannya ditunda.” (Taqiyuddin An-Nabhani, Al-Syakhshiyyah Al-Islāmiyyah, II/322).

 

Dalam dua keadaan ini, iaitu baik dibayar di muka mahupun dibayar tunda, boleh pembayaran dilakukan sekali lunas, boleh juga dibayar secara ansuran. Yang penting cara pembayaran ujrah ini dilakukan sesuai dengan perjanjian di antara kedua pihak, sesuai sabda Rasulullah SAW :

 

اَلْمُسٍلِمُوْنَ عَلىَ شُرُوْطِهِمْ

“Kaum muslimin itu menurut (mengikuti) syarat-syarat yang ada di antara mereka.” (HR Abu Dawud, no. 3594).

 

Hanya saja besarnya jumlah biaya umrahnya ini wajib diketahui dengan jelas sejak awal, misalnya RM 25 ribu, dan jangka waktu ansuran juga jelas, misalnya 2 tahun (sebelum keberangkatan), sebagaimana hukum-hukum dalam ijarah yang wajib menghindarkan diri dari ketidakjelasan (al-jahālah).

 

Pertanyaan ketiga, bolehkah biaya umrah ini dinaikkan kerana menyesuaikan dengan kenaikan harga tiket pesawat atau harga sewa hotel di tanah suci?

Jawapannya, menurut hukum asalnya, harga umrah tersebut tidak boleh berubah. Harga yang sudah disepakati sejak awal bersifat mengikat, bagi bersifat mengikat (mulzim/lāzim) pada kedua belah pihak, sesuai yang sudah disepakati pada awal akad.

 

Dalam keadaan yang bermasalah seperti ini, terdapat 3 (tiga) pilihan solusi syariah :

Pertama, jika agensi umrah hendak menaikkan biaya sedangkan pihak calon jemaah umrah tidak bersetuju, maka pihak agensi umrah tidak boleh memaksakan kehendaknya secara sepihak, dan tetap wajib hukumnya memberangkatkan mereka berumrah. Ertinya, pihak agensi umrah mahu tidak mahu perlu menerima terjadinya kerugian sebagai suatu risiko yang wajar dari suatu akad komersial (al-mu’āwadhāt / al-tijārah), iaitu dalam hal ini akad ijārah dalam pemberangkatan jemaah untuk berumrah ke tanah suci.

 

Hadis Nabi SAW yang juga sekaligus kaidah fiqih dalam masalah ini menetapkan :

الخَرَاجُ بِالضَّمَانِ

Al-Kharāj bi al-dhamān (keuntungan itu diperoleh dengan diimbangi kesediaan menerima risiko/kerugian). (Eng : no gain without risk). (HR Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Tirmidzi. Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Tirmidzi).

 

Kedua, jika agensi umrah hendak menaikkan biaya sedangkan pihak calon jemaah umrah tidak menyetujuinya, dan pihak agensi umrah merasa keberatan untuk memberangkatkannya, misalnya kerugiannya sangat besar dan boleh menyebabkannya bankrap, maka Syariah membolehkan terjadinya fasakh, iaitu pembatalan akad berdasarkan saling redha di antara semua pihak, untuk membatalkan akad ijarah yang ada. Ulama Hanafiyah telah membolehkan adanya fasakh untuk akad ijarah, khusus jika terjadi udzur tertentu, sebagaimana dijelaskan dalam Al-Mahusū’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah berikut ini :

 

الْحَنَفِيَّةُ، كَمَا سَبَقَ، يَرَوْنَ جَوَازَ فَسْخِ الْإِجَارَةِ لِحُدُوثِ عُذْرٍ بِأَحَدِ الْعَاقِدَيْنِ، أَوْ بِالْمُسْتَأْجِرِ (بِفَتْحِ الْجِيمِ) وَلَا يَبْقَى الْعَقْدُ لَازِمًا وَيَصِحُّ الْفَسْخُ؛ إِذْ الْحَاجَةُ تَدْعُو إِلَيْهِ عِنْدَ الْعُذْرِ؛ لِأَنَّهُ لَوْ لَزِمَ الْعَقْدُ حِينَئِذٍ لَلَزِمَ صَاحِبَ الْعُذْرِ ضَرَرٌ لَمْ يَلْتَزِمْهُ بِالْعَقْدِ. فَكَانَ الْفَسْخُ فِي الْحَقِيقَةِ امْتِنَاعًا مِنْ الْتِزَامِ الضَّرَرِ

“Ulama Hanafiyah, sebagaimana sudah dijelaskan sebelumnya, berpendapat bolehnya fasakh untuk akad ijarah kerana terjadinya udzur pada salah satu dari dua pihak yang berakad, atau udzur pada pihak musta`jar (dibaca fathah pada huruf jīm), yakni pihak yang memberi jasa/manfaat. Dan akad ijarah akhirnya tidak lagi bersifat mengikat (lāzim) dan boleh ada pembatalan (fasakh), kerana terdapat hajat yang menuntut adanya pembatalan (fasakh) ini pada saat terjadinya udzur, sebab kalau akad ijarah ini tetap bersifat mengikat saat terjadi udzur itu, bererti pihak yang mengalami udzur diharuskan menerima dharar (bahaya) yang sebenarnya tidak mengharuskan dia mengalami dharar itu sebagaimana disepakati pada saat akad. Jadi pembatalan akad (fasakh) yang ada pada hakikatnya adalah untuk mencegah keharusan mengalami dharar (bahaya).” (Al-Mahusū’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, Juz I, hlm. 271-272).

 

Jadi, jika terjadi udzur bagi agensi umrah, berupa kenaikan biaya umrah, misalnya kenaikan harga tiket pesawat, atau kenaikan harga hotel di Mekah/Madinah, sedangkan pihak agensi umrah tidak sanggup menanggung kerugian akibat terlalu besarnya kenaikan harga-harga tersebut, boleh hukumnya pihak agensi umrah bersepakat dengan para jemaah calon umrah untuk membatalkan akad umrah dan para jemaah mendapat pemulangan wangnya (refund).

 

Ketiga, jika pihak agensi umrah dapat meyakinkan jemaah umrah mengenai perlunya kenaikan harga (biaya) umrah, disertai penjelasan alasan-alasannya yang rasional dengan berbagai manfaatnya, lalu para jemaah umrah redha dengan kenaikan itu tanpa ada keterpaksaan, maka dalam keadaan demikian ini boleh hukumnya pihak agensi umrah menaikkan kos tambahan biaya umrah.

 

Yang demikian itu disebabkan berbagai muamalah dalam Islam itu telah mewajibkan keredhaan di antara dua pihak yang bermuamalah (‘an tarādhin, عَنْ تَرَاضٍ), sesuai firman Allah Ta’ala :

 

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَأْكُلُوْٓا اَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ اِلَّآ اَنْ تَكُوْنَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِّنْكُمْ ۗ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar secara syarie), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka (saling redha) di antara kamu.” (TMQ An-Nisā’ : 29)

 

MSJ

(29 Mei 2008)

 

Exit mobile version