Muslimah Berpolitik? Wujudkan Ketaatan, Jangan Mengekalkan Agenda Penjajahan
Penulis: Rindyanti Septiana, S.H.I.
Perwakilan wanita dalam parlimen dan pemilihan umum masih terus menjadi buah mulut di tengah-tengah masyarakat. Ada yang beranggapan bahawa belum ada yang berpihak kepada wanita dalam berpolitik. Jika melihat data World Bank 2021, Indonesia menduduki peringkat ke-107 dari 183 negara di dunia soal penglibatan wanita di arena politik. Perwakilan wanita dalam parlimen hanya 20.87%.
Program officer HAM dan Demokrasi INFID Rizka Antika menyatakan bahawa wanita belum banyak terlibat dalam politik kerana beberapa faktor. Pertama, jurang gender. Masih ada beban bagi wanita di kalangan masyarakat yang menghalang mereka untuk meraih mimpi dalam kancah politik. Salah satunya tugas rumah tangga yang dianggap sebagai “beban” dan tanggungjawab utama wanita.
Kedua, voters bias (pengundi berat sebelah). Pemilih menganggap politik lelaki lebih hebat berbanding wanita. Data World Value Survey 2017—2020 menunjukkan bahawa banyak negara yang lebih setengah warganya menganggap lelaki lebih unggul di sektor politik. Ketiga, parti politik masih banyak mendiskriminasi politik wanita.
Keempat, wanita sendiri yang masih enggan mengambil peranan sebagai pemimpin jika kelompoknya masih didominasi lelaki. Berdasarkan penemuan World Population Review pada 2023, di dunia hanya terdapat 21% wanita menjadi perdana menteri dan 26% menjadi perwakilan di parlimen.
Persoalannya, adakah peranan wanita begitu penting bagi sistem demokrasi? Adakah penglibatan wanita dalam parlimen benar-benar efektif untuk perubahan sistem menjadi lebih baik? Atau justeru peranan wanita hanya menjadi “kosmetik” demi menggilap politik bagi menutup kerosakan busuknya sistem demokrasi?
Makna Politik Wanita dalam Demokrasi
Makna “politik” dalam demokrasi hanya terbatas pada aspek kekuasaan dan perundangan. Politik ditujukan untuk mendapatkan keuntungan ekonomi demi mempertahankan kekuasaan. Sikap pragmatik dan menghalalkan segala cara menjadi bahagian yang tidak boleh dipisahkan dalam sistem politik demokrasi.
Oleh kerana itu, wanita yang tidak terlibat dalam struktur pemerintahan atau perundangan dianggap tidak berperanan dalam politik. Meskipun pada faktanya, mereka sudah terlibat aktif dalam penyelesaian urusan umat, seperti melakukan dakwah dalam rangka mencerdaskan umat. Walhal, tuntutan kuota wanita dalam parlimen terus menggaung kencang.
Begitu pula tuntutan kemerdekaan hak suara wanita dan plihanraya, membuktikan bahawa indikator peranan politik wanita hanya diukur dari keberadaannya dalam parlimen. Pemimpin wanita dalam parlimen menjadi sorotan, bahkan wanita mesti diberi bahagian dalam memimpin sejumlah jabatan dalam pemerintahan.
Peranan Politik Wanita menurut Syariat Islam
Dalam kitab Ajhizah Daulah al-Khilafah, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani menyatakan bahawa wanita dibolehkan menduduki pelbagai jabatan, selama tidak termasuk dalam wilayah pemerintahan (Khalifah, mu’awin (pembantu khalifah), wali (gabenor), qadhi qudhat (pemimpin para kadi), serta qadhi mazhalim (kadi yang berkewajipan menghilangkan kezaliman, termasuk memecat khalifah jika zalim terhadap rakyatnya atau menyalahi Al-Quran dan Sunah).
Wanita juga boleh menjadi pegawai dan pemimpin swasta mahupun pemerintah yang tidak termasuk wilayah al-hukm, antara lain sebagai ketua baitulmal, majlis wilayah, anggota majlis umat, qadhi khushumat (kadi yang menyelesaikan perselisihan antara rakyat), serta qadhi hisbah (kadhi yang langsung menyelesaikan pengurangan atas hak-hak rakyat).
Juga diperbolehkan bagi wanita menduduki jabatan ketua jabatan kesihatan, pendidikan, perindustrian, perdagangan, ketua institusi Pendidikan tinggi, ketua hospital, pengarah perusahaan, dll. Semua posisi kepimpinan yang berada di luar wilayah pemerintahan, boleh dijawat oleh wanita.
Ertinya, peranan politik wanita telah diatur sedemikian rupa oleh syariat sehingga bukan bererti wanita tidak boleh seiring sama sekali dalam politik. Namun, peranannya diarah selari dengan syariat. Peranan ini pun untuk mewujudkan ketaatan pada Allah SWT, bukan untuk kepentingan segelintir parti atau kelompok.
Muslimah Berpolitik? Wujudkan Ketaatan!
Islam telah mengatur peranan muslimah dalam kancah politik.
Pertama, melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Allah SWT berfirman dalam TMQ Ali Imran: 104, “Hendaklah (wajib) ada segolongan umat yang menyerukan kepada kebaikan (Islam), memerintahkan pada yang makruf, dan mencegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Amar makruf nahi mungkar ialah berdakwah menyeru manusia kepada Islam.
Kedua, salah satu bentuk peranan politik muslimah adalah terlibat dalam sebuah parti politik Islam yang berjuang menegakkan sistem Islam kaffah.
Ketiga, menjalankan pengawasan dan muhasabah kepada penguasa untuk memastikan mereka menerapkan syariah secara menyeluruh.
Keempat, melakukan baiat terhadap pemimpin negara.
Kelima, memenuhi hak memilih dan dipilih menjadi anggota majlis umat. Majlis umat ialah sekumpulan wakil rakyat yang bertugas memberikan nasihat dari umat kepada Khalifah.
Ketika muslimah menjalankan pelbagai peranan politiknya, mereka melakukannya kerana dorongan keimanan, iaitu ingin terikat pada aturan syariat, bukan untuk memenuhi agenda penjajahan atas nama kesetaraan gender, memenangi kerusi parlimen untuk kepentingan parti, ataupun hendak menjadi ketua negara.
Mesti diakui, penglibatan politik wanita dalam demokrasi sebenarnya adalah untuk melicinkan agenda penjajahan.
Pertama, wanita hanya menjadi “gula-gula politik”, iaitu pemanis dalam perjalanan politik praktik. Mereka melancarkan arus idea kesetaraan gender untuk menyelesaikan pebagai masalah wanita. Tiba-tiba, masalah wanita malah kian bertambah.
Kedua, wanita terperdaya dengan istilah “pemerkasaan wanita”. Demi memenuhi kuota perwakilan dalam parlimen dan pilihanraya, sehingga mereka melupakan peranan strategiknya sebagai ibu pencetak generasi.
Ketiga, penglibatan politik wanita malah mengisar fitrah wanita kerana peranannya hanya sebagai alat kekuasaan bagi kaum oligarki memperpanjangkan umur penjajahan aset milik rakyat.
Inilah sesungguhnya peranan wanita dalam demokrasi, iaitu sebagai politik yang menjalankan politik dua wajah. Politik wanita seolah-olah untuk mewakili para wanita, tetapi justeru mewakili kepentingan asing dan oligarki.
Sudah semestinya para muslimah meyakini bahawa ketaatan pada Allah SWT—termasuk dalam berpolitik—adalah satu-satunya jalan yang membawa mereka kepada keberkahan hidup.
Khatimah
Terjunnya muslimah melibatkan diri dalam kancah politik mestilah semata-mata demi Islam, bukan atas sebab yang lain. Mereka juga mesti terlebih dahulu memastikan status hukum perbuatan yang akan mereka lakukan, diperbolehkan oleh syariat ataukah tidak. Inilah modal bagi kaum muslimah untuk merespon dengan sikap pantas dan tepat.
Seorang muslimah tidak boleh sekadar turut serta dalam politik dan malah menjadi “alat” melicinkan pelbagai kepentingan penjajahan dan oligarki. Jangan sampai kaum muslimah mengekalkan agenda penjajahan dalam cengkeraman sistem demokrasi kapitalisme.
Duhai kaum muslimah, tetaplah berada pada posisi yang benar sesuai ketentuan syariat ketika menjalankan peranan di tengah-tengah umat. Jangan melatah mengikut sahaja bagi memenuhi kuota perwakilan dalam parlimen dan pilihanraya. Muslimah mesti cerdas dengan Islam. Mencerdaskan umat pun wajib dengan Islam. Jadilah sebahagian dari pelaku perubahan, dari sistem rosak menuju sistem yang baik dan benar, iaitu Islam.

