Surat Syeikh Atha’ Kepada Para Pengemban Dakwah di Bumi Syria
Surat dari Amir Hizbut Tahrir al-‘Alim al-Jalil Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
Kepada Para Pengemban Dakwah Yang Dengan Lantang Menyuarakan Kebenaran di Bumi Syria yang Diberkati (Terjemahan)
Saudara-saudara yang dimuliakan.
Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.
Sungguh telah membuatku bahagia, sikap kalian yang bersinar dan keteguhan kalian di atas kebenaran tanpa takut kepada celaan orang yang suka mencela. Sedangkan masalah mengelilingi kalian, begitu juga orang-orang yang berjiwa lemah dan orang-orang yang di hati mereka ada penyakit mengepung dari sekeliling kalian. Kalian adalah seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT:
﴿الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ * فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللهِ وَاللهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ * إِنَّمَا ذَلِكُمُ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ﴾
“(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat apa-apa bencana, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (174) Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman” [TMQ Ali Imran (3): 173]
Saudara-saudara yang dimuliakan.
Sesungguhnya kita mencontohi Rasulullah SAW dengan mengemban dakwah dalam tiga tahapan. Dan sebagaimana kaum musyrik berdiri menentang beliau SAW dengan segala cara, maka demikian juga para penguasa zalim juga menghalang kita dan mereka dibantu oleh orang-orang munafik, dan orang-orang yang di hati mereka ada penyakit namun mengenakan pakaian Islam, dengan anggapan bahawa mereka akan mendapat kebaikan dan musibah tidak menimpa mereka, untuk mencari pencapaian duniawi atau ghanimah yang akan lenyap dari para penguasa zalim.
﴿فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ * وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا أَهَؤُلَاءِ الَّذِينَ أَقْسَمُوا بِاللهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ إِنَّهُمْ لَمَعَكُمْ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَأَصْبَحُوا خَاسِرِينَ﴾
“Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahsiakan dalam diri mereka. Dan orang-orang yang beriman akan mengatakan: “Inikah orang-orang yang bersumpah bersungguh-sunguh dengan nama Allah, bahawasanya mereka benar-benar bersama kamu?” Rosak binasalah segala amal mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang rugi” [TMQ al-Maidah (5): 52-53].
Saudara-saudara yang dimuliakan.
Suara lantang kalian yang menyuarakan kebenaran mengejutkan para musuh Islam dan umat Islam. Dan bagaimana mungkin, sedangkan kalian tidak membawa senjata dan tidak memimpin tentera. Akan tetapi, kalian mengembalikan tipu daya mereka kembali kepada mereka, dan kalian jadikan kesudahan perbuatan mereka adalah kerugian sehingga orang-orang meninggalkan mereka. Mereka tidak faham bahawa pengikut kebatilan setinggi mana pun, maka akan jatuh dalam keadaan yang mereka cipta dengan tangan mereka sendiri. Begitu juga, mereka tidak faham bahawa pedang sahaja tidak memberi faedah jika tidak disertai dengan kesedaran dan kewaspadaan. Sekiranya para pemimpin Haiah Tahrir Syria berfikir dan mereka menyaksikan apa yang berlaku dalam bentuk normalisasi hubungan negara jiran mereka dengan rejim zalim Syria, nescaya mereka akan faham bahawa akibat daripada hal itu akan menimpa mereka dengan dua perkara yang paling manis namun pahit: tunduk kepada si penzalim Syria atau tangkapan oleh rejim terhadap mereka dengan sengit dan kekerasan. Atas dasar itu, sekiranya mereka berakal pasti mereka akan memperlakukan orang di sekeliling mereka dengan baik. Hal ini agar orang ramai menolong dan membantu mereka pada hari itu daripada kezaliman rejim, bukan sebaliknya mereka malah meniru perbuatan rejim dengan menangkap para pengemban dakwah sebagaimana yang dilakukan oleh penguasa zalim. Dan pada ketika itu mereka akan terjatuh ke dalam keadaan yang mereka sendiri adakan. Sehingga buruklah keadaan mereka di dunia sebelum buruknya keadaan mereka di akhirat kelak, dan kemudian mereka menyesal namun peluang telah berlalu ketika mereka menyesalinya.
Saudara-saudara yang dimuliakan.
Sememangnya kalian tahu tanpa ragu bahawa negara-negara kafir penjajah dan ejen-ejen mereka di kalangan negara-negara yang wujud di negeri umat Islam, telah menangkap para syabab kita dan menyeksa mereka. Sebahagian mereka telah mati syahid di penjara negara-negara tersebut. Namun begitu, tekad kita di jalan Allah tidak menjadi lemah. Padahal begara-negara tersebut jauh lebih kuat dari Haiah Tahrir Syam dan lebih banyak mengumpulkan harta. Hal ini kerana kita adalah hamba-hamba Allah yang mengatakan kebenaran dan tidak takut di jalan Allah terhadap celaan orang yang suka mencela, kita mengimani bahawa Zat yang memudahkan kesulitan adalah Allah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa, yang membangkitkan kemuliaan kita dan melemahkan tipu daya musuh kita.
﴿وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجاً * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً﴾
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” [TMQ ath-Thalaq (65): 2-3].
Saudara-saudara yang dimuliakan.
– Sesungguhnya krisis yang semakin meruncing menandakan kelegaannya. Dan sesungguhnya kami memohon kepada Allah SWT agar mengganti krisis yang berturut-turut ini, yang sebahagian di antaranya melebihi yang lain, menggantikannya dengan kemenangan daripada Allah dan pertolongan yang dekat dengan tegaknya al-Khilafah ar-Rasyidah, kerana sesungguhnya dengan satu kesulitan itu ada dua kemudahan dan bukan hanya satu kemudahan:
– Al-Hakim telah meriwayatkan di al-Mustadrak (2/329) dengan sanad sahih, yang mana al-Hakim berkata: “sahih menurut syarat Muslim” dan disetujui oleh adz-Dzahabi di dalam at-Talkhîsh, dari Umar bin al-Khattab ra: “Telah datang kepadanya bahawa Abu Ubaidah telah tiba di Syam, dan orang ramai telah bersatu melawannya, maka Umar menulis surat kepadanya: “Semoga keselamatan untukmu, amma ba’du: sesungguhnya tidaklah turun kepada seorang hamba mukmin keadaan yang sulit kecuali Allah menjadikan setelahnya kemudahan, dan satu kesulitan tidak akan mengalahkan dua kemudahan”.
– Ibnu al-Qayim rahimahullah mengatakan dalam bukunya Badâi’u al-Fawâid dalam bab Qâ’idah jâmi’ah fî al-ibtidâ: firman Allah SWT:
﴿فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً﴾
“Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan” [TMQ asy-Syarh (94): 5-6].
Jadi kesulitan (al-‘usru) itu meskipun diulang dua kali maka pengulangannya menggunakan lafaz al-ma’rifat (definitif), maka itu adalah satu. Manakala kemudahan (yusru) diulangi dengan lafaz an-nakirah (tidak definitif) maka terdapat dua kemudahan.
Jadi satu kesulitan ditutupi oleh dua kemudahan, kemudahan sebelumnya dan kemudahan sesudahnya, dan satu kesulitan tidak akan mengalahkan dua kemudahan”.
Wassalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuhu
17 Zulkaedah 1444 H
06 Jun 2023 M
Saudaramu Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
Amir Hizbut Tahrir
https://www.hizb-ut-tahrir.info/ar/index.php/ameer-hizb/ameer-cmo-site/89253.html
#Dakwah #Kesulitan #Kemudahan #KhilafahArRasyidah

