Site icon MuslimahHTM News

Mendorong Remaja supaya Mengamalkan Islam Kaffah

[Keluarga] Mendorong Remaja supaya Mengamalkan Islam Kaffah

Penulis: Kholda Najiyah

 

Pada masa ini, idea  sekularisme dan liberalisme juga cabang-cabangnya semakin berleluasa. Bermula daripada idea dasar tentang hak asasi manusia, Islam moderat, hinggalah kepada isu LGBT(L437). Belia atau remaja yang menuju ke alam dewasa biasanya mudah terpengaruh dengan pendapat umum dalam masyarakat, malah mereka yang sudah bergelar mahasiswa juga boleh terpengaruh.

 

Ibu bapa perlu memantau perkembangan anak-anak remaja mereka daripada ajaran sekular yang menyesatkan ini. Lebih-lebih lagi jika anak mereka sudah mula tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Bagi anak-anak yang tinggal di asrama atau belajar di luar tempat tinggal mereka, tidak boleh berinteraksi setiap hari dengan ibu bapa.  Penting bagi ibu bapa memastikan anak-anak mereka tetap berada on the track of Islam, tetap istiqamah di atas landasan Islam. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.

 

Pertama, berkomunikasi dengan kerap bersama anak-anak. Komunikasi yang kerap dan intensif  akan membina keakraban antara ibu bapa dengan anak-anak supaya mereka merasakan diambil berat. Mereka tidak akan berasa segan untuk menceritakan apa saja, mereka mahu bersikap lebih terbuka kepada ibu bapa tentang setiap permasalahan mereka termasuklah membincangkan secara terbuka pelbagai isu yang mereka hadapi. Sudah tentu komunikasi sebegini tidak menganggu atau membuatkan anak-anak tidak selesa kerana sering dihubungi. Komunikasi pada masa ini boleh dilakukan secara langsung, mahupun secara tidak langsung. Offline mahupun online. Memandangkan kita berada di era digital, jadi kemudahan berkomunikasi bukanlah halangan.

 

Kedua, mengalakkan anak-anak mengkaji mengenai agama Islam, bukannya melarang mereka. Banyak pilihan aktiviti yang boleh disertai oleh remaja. Salah satu yang mesti diikuti ialah pengajian tentang Islam. Ibu bapa tidak sepatutnya melarang mereka dengan alasan bimbang anak-anak mereka akan terjerumus ke dalam kumpulan ajaran sesat. Sepatutnya anak-anak mesti digalakkan dan diberi dorongan untuk belajar Islam dengan tekun. Hanya dengan mengikuti pengajian Islam berideologi secara rutin dan berterusan, maka anak akan mengamalkan Islam secara keseluruhan(kaffah). Dia akan tahu hak dan kewajipannya sebagai hamba Allah SWT. Bagaimana agar anak tidak sesat? Sebaiknya ibu bapa juga hendaklah rajin mengikuti kajian yang serupa. Hal ini supaya mereka seiring sejalan, memiliki pemahaman yang sama dengan anak. Pada masa ini, paling penting dalam membendung pengaruh buruk sekularisme ialah agama. Jadi, kuatkanlah kefahaman agama, bukan perkara yang lain.

 

Ketiga, memantau pergaulan anak, bukannya membiarkannya bebas. Untuk mengelakkan anak-anak daripada terjerumus dalam pergaulan bebas, ibu bapa hendaklah memantau kawan-kawan anak. Baik kawan offline mahupun online. Kadang-kadang anak-anak jarang merayau, mereka nampak seperti tenang sahaja di bilik mereka. Hakikatnya, mereka tetap berhubung dengan berpuluh-puluh malah ratusan rakan di alam siber. Siapakah mereka? Apakah interaksi antara mereka? Apa yang mereka bincangkan? Seboleh-bolehnya ibu bapa juga mesti berhubung dengan anak-anak di akaun media sosialnya. Jadi ibu bapa perlu tahu mengenai akaun media sosial, malah perlu jadi ‘friend’ kepada anak-anak di alam siber. Sekurang-kurangnya boleh menjadi peringatan kepada anak-anak bila memuatnaik status, kerana mereka akan segan jika diketahui ibu bapanya. Itu sepatutnya menjadi syarat untuk membenarkan anak-anak aktif di alam maya.

 

Keempat, mangambil makanan yang halal dan toyibban sahaja. Pengambilan makanan turut menyumbang kepada pembentukan sahsiah anak-anak agar tetap mengamalkan Islam secara kaffah. Biasakan anak-anak untuk cerewet tentang status makanan yang ingin diambil, halal ke? Ini zaman kulinari. Pelbagai jenis makanan yang unik, ekstrem dan pelik sering membuatkan diri tergoda. Lebih-lebih lagi apa yang disebarkan oleh para idola remaja. Pastikan anak-anak hanya memakan makanan yang halal dan toyibban sahaja.

 

Kelima, memantau bahan bacaan dan bahan tontonan oleh anak-anak. Dalam mereka melakukan pelbagai aktiviti, pasti terbit rasa kebosanan, jadi mungkin anak-anak memerlukan hiburan seketika. Aktiviti yang tidak memerlukan duit, apatah lagi keluar merayau yang tidak jelas tujuannya. Salah satu aktiviti yang bermanfaat dan mendidik ialah menyediakan buku bacaan yang menghiburkan tetapi berkualiti. Buku cerita Islamik yang mengandungi mesej motivasi, inspirasi, dan budi pekerti boleh menjadi pilihan. Namun, buku-buku yang telah dibaca oleh anak-anak tetap perlu dipantau supaya tidak ada yang menyesatkannya. Selain itu, tayangan video, muzik atau filem juga sering dijadikan sebagai hiburan. Meskipun kanak-kanak tidak menonton filem di pawagam, tetapi mereka boleh memuat turunnya dari bilik mereka. Jadi, sesekali ibu bapa perlu “spotcheck” komputer riba anak-anak.

 

Keenam, membantu membuatkan perancangan hidup  dan mendoakannya agar ia menjadi kenyataan. Terdapat remaja yang sudah mempunyai impian, malah impian mereka boleh jadi lebih besar daripada impian ibu bapa mereka semasa mereka remaja. Jadi, ajaklah anak-anak berbincang supaya dia mahu terbuka dengan impiannya. Mintalah anak untuk membuat perancangan hidup sebaik mungkin, selari  dengan kedudukannya sebagai hamba Allah SWT. Jika perlu, tuliskan perancangan tersebut secara terperinci. Moga ia membantu memberikan motivasi yang positif. Katakan pada anak-anak bahawa ibu bapa akan menyokong anda dan cuba yang terbaik untuk merealisasikannya. Ibu bapa juga akan mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Semoga dengan cara itu, anak-anak akan lebih bersemangat meneruskan usaha-usaha untuk mencapai impiannya.

 

 

 

 

 

Exit mobile version