Site icon MuslimahHTM News

Akhirilah Kekacauan di Dunia Dengan Bertawakal kepada Allah (SWT) dan Shariah-Nya serta Berjuang untuk Khilafah

Wahai Kaum Muslim! Akhirilah Kekacauan di Dunia Dengan Bertawakal kepada Allah (SWT) dan Shariah-Nya serta Berjuang untuk Khilafah

 

Bismillahirrahminirrahim

 

Sejak keruntuhan Khilafah pada tahun 1924, setiap sudut dunia terus-menerus berada dalam kekacauan. Perkara ini terlepas dari kenyataan bahawa telah ada kemajuan dalam teknologi, perubatan, pertanian, ketenteraan dan nampaknya ada juga kemajuan dalam politik serta usaha untuk mewujudkan hak yang sama antara bangsa dan jenis kelamin. Manusia telah dibelenggu dengan kepercayaan bahawa kita tidak perlu untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah (iaitu pemisahan antara agama dan negara), melainkan kepada sistem buatan manusia (demokrasi) berdasarkan keinginan manusia dan sistem ekonomi (kapitalisme) yang berasaskan riba serta menempatkan sebahagian besar kekayaan di tangan sekelompok orang untuk mengatur semua urusan kehidupan kita.

 

Kita hanya mampu duduk dan merenung mengapa semua krisis ini terus-menerus terjadi dan berusaha untuk “menyelesaikannya”. Masalah menjadi semakin buruk dan nampaknya segala kemajuan yang dibuat tidak mampu untuk menyelesaikan segala krisis yang timbul bahkan semakin menambahkannya. Jika difikir secara mendalam, akan menjadi jelas bahawa semua krisis ini bukan berasal dari alam, bukan berlaku secara kebetulan atau terjadi secara semulajadi dalam masyarakat melainkan kerana ” dicipta” sendiri oleh mereka yang “mengawal” dunia dan memaksakan sistem kapitalisme sekular ini dari Timur sehingga ke Barat.

 

Di dunia Muslim, ketika perisai kita diambil, kita dipaksa untuk hidup di bawah para diktator kejam, para raja, presiden dan perdana menteri. Kita dipaksa hidup di bawah kemiskinan yang menghinakan, ketamakan dan pencurian sumber daya alam, pembubaran lembaga-lembaga pendidikan dan perubatan yang pernah menjadi pusat kemajuan dan perawatan kesihatan yang unggul, keruntuhan institusi kekeluargaan, tersebarnya racun pemikiran seperti feminisme, individualisme, LGBTQ+, kekerasan yang terus-menerus dan krisis pelarian yang tidak pernah berakhir sejak kita (negara) terpecah belah menjadi negara-negara bangsa. Mereka merosakkan cara pandang kita tentang bagaimana mengurus kehidupan dan menggantikan halal dan haram mengikut konsep kapitalisme.

 

Tetapi, bahkan di Amerika Syarikat itu sendiri, dengan segala kekuatan, wang dan undnag-undang yang selalu berubah agar menjadi lebih inklusif dan progresif, kekacauan dan krisis tetap juga tidak pernah berakhir. Walaupun telah ada proses besar-besaran terhadap kematian George Floyd, orang-orang berkulit hitam masih lagi mudah dibunuh dan dipenjara dalam jumlah yang lebih besar berbanding bangsa atau kelompok etnik lain. Walaupun Biden dan Parti Demokrat telah berjanji untuk membantu para pelarian terlepas dari kemiskinan, mereka tetap dikurung dan dipenjara menunggu waktu untuk diusir. Walaupun wujud golongan feminis, kaum wanita di Amerika masih menghadapi diskriminasi, menjadi sasaran seksual dan berisiko lebih besar untuk hidup dalam kemiskinan bersama anak-anak mereka. Walaupun ada undang-undang senjata, Amerika masih lagi berada di tingkat tertinggi keganasan senjata. Walaupun menjadi salah satu negara terkaya di dunia, kekurangan sumber makanan adalah norma bagi 34 juta orang Amerika. Bahkan, sebahagian dari mereka tidak ada sistem saluran air, akses untuk mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan dan air bersih. Walaupun digembar-gemburkan sebagai model kesetaraan dan demokrasi, bangsa ini menyaksikan pemberontakan terkenal pada tahun 2021 yang mengungkap ketidakpuasan dan perpecahan mendalam antara masyarakat.

 

Adakah ini yang kita harapkan untuk membimbing kita? Bukankah ini petanda bagi kita bahawa hidup di bawah hukum buatan manusia tidak akan membawa apa-apa kecuali gangguan dan trauma.

 

Bagaimana kita masih terus mengharapkan kepada demokrasi, kapitalisme dan sekularisme untuk menyelesaikan masalah-masalah kita ketika Allah SWT telah memberikan panduan tentang bagaimana menjalankan sebuah sistem melalui Nabi Muhammad SAW ketika Baginda mendirikan negara di Madinah?

 

Walaupun kelihatan seperti tugas monumental, kita perlu mengambil inspirasi dari Nabi kita dan para sahabat ketika mereka berhadapan langsung dengan tidak hanya suku-suku kecil, tetapi juga dengan kuasa besar ketika itu, iaitu orang-orang Romawi dan Parsi yang jauh lebih baik dalam jumlah dan teknologi ketenteraan. Tetapi, apa yang tidak dimiliki oleh umat Islam dalam jumlah dan teknologi, mereka merebusnya dengan sesuatu yang jauh lebih kuat iaitu keimanan dan tawakal kepada Allah SWT. Dan Allah SWT memberikan mereka kemenangan atas para penindas itu pada masanya.

 

Mereka memandang dunia melalui lensa Islam dan apa yang membimbing mereka dalam membuat keputusan adalah mencari keredhaan Allah SWT. Demikianlah cara mereka sehingga mampu membuat langkah besar dalam menyebarkan Islam melalui penerapan syariat dan jihad fisabilillah melalui negara Khilafah.

 

Kita perlu mengambil hikmah dari pelajaran-pelajaran ini dan mencontohi apa yang dilakukan oleh para sahabat iaitu dengan mengkonseptualisasikan keimanan kita kepada Allah dan yakin bahawa hanya melalui keimanan kita kepada-Nya kita akan dapat membuat perubahan nyata yang diperlukan untuk membawa ketertiban dan kestabilan di dunia. Melalui syariahlah kita memiliki hukum yang paling sempurna dan mampu menyelesaikan semua permasalahan dan setiap usaha untuk mencari hukum apa pun dari luar syariah merupakan perangkap syaitan untuk menyesatkan kita. Allah SWT telah melimpahkan keberkatan-Nya kepada kita dengan menyempurnakan agama-Nya bagi kita dan menjadikan kita saksi bagi umat manusia sebagaimana Nabi Muhammad SAW menjadi saksi ke atas kita.

 

[وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَـٰكُمْ أُمَّةًۭ وَسَطًۭا لِّتَكُونُوا۟ شُهَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًۭا]

 

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” [TMQ Al-Baqarah (2):143]

 

Kita perlu melihat kepada diri kita sendiri sendiri sebagai individu dan mengingat bahawa Allah SWT menurunkan Al-Quran dan Syariah-Nya sebagai rahmat bagi umat manusia. Hal ini menuntut umat Muhammad SAW untuk menghidupkan kembali dirinya sendiri melalui keyakinannya yang kuat dengan melanjutkan cara hidup Islam melalui tegaknya Khilafah. Manifestasi praktikal dari syariah nescaya akan berfungsi sebagai rumah api cahaya dan jalan keluar bagi dunia yang dikelilingi oleh kegelapan dan kekacauan kapitalisme. Melalui negara Khilafah dan seorang yang adil memerintahnya, umat akan bersedia menggunakan semua sumber dayanya untuk membawa Islam kepada dunia.

 

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Sarah Mohammed – Amerika
==========
https://www.hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/2017-01-28-14-59-33/articles/analysis/24223.html

Exit mobile version