Site icon MuslimahHTM News

Politik Islam Melahirkan Kesatuan dan Perpaduan yang Hakiki

[KOLUM SIYASAH] Politik Islam Melahirkan Kesatuan dan Perpaduan yang Hakiki

 

Kemelut kesatuan dan perpaduan pada hari ini nampaknya terus berpanjangan. Para pemimpin dan parti-parti politik terus bersengketa antara satu sama lain dan berlumba-lumba mengetengahkan cara berfikir masing-masing demi memperolehi kekuasaan. Hakikatnya, sistem demokrasi, secara alami, melahirkan parti politik berasaskan sekularisme, nasionalisme, patriotisme,  kebendaan  dan  parti  yang  lahir  mendakwa  ia berjuang atas dasar Islami pun, dasar-dasarnya adalah kabur dan tidak jelas. Secara hakikinya, ini merupakan bentuk-bentuk halangan dalam mencapai kesatuan dan perpaduan. Retorik dan kata-kata politik yang penuh tipu daya berasaskan konsep- konsep di atas tidak akan pernah membawa kepada apa jua bentuk penyatuan yang hakiki. Akhirnya kesatuan dan perpaduan hakiki yang didambakan hanya tinggal khayalan dan apa yang mampu dibentuk hanyalah pakatan kepentingan bersama bersifat sementara.

 

Keadaan ini amat berbeza sama sekali dalam suasana kehidupan yang berasaskan hukum syarak. Islam membenarkan kepelbagaian parti politik namun harus memenuhi syarat-syarat di bawah:

 

1.Parti politik wajib berasaskan akidah Islam  dan  menjadikan amar makruf   nahi   mungkar   sebagai   fokus   perjuangan. Kewajipan tersebut difahami dari firman Allah SWT:

 

Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al Imran:104)

 

Kefahaman yang mendalam terhadap ayat tersebut membawa kepada keberuntungan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Sikap sedemikian akhirnya membentuk kekuatan kesatuan dan perpaduan bersama melalui aktiviti yang seragam dan jelas, secara alami.

 

2.Parti politik wajib memuhasabah pemerintah dan segala agensi

 

-agensinya. Mereka wajib peka dan prihatin terhadap sebarang bentuk  kemungkaran. Allah  SWT dan  RasulNya memerintahkan setiap individu Muslim dan parti politik Islam agar  mencegah kemungkaran seperti  dalam  sabda  baginda SAW:

 

Barang  siapa  yang  melihat kemungkaran dari kalangan kamu, hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya,  jika  dia  tidak  mampu  maka  (cegahlah) dengan lidahnya (perkataan), jika dia tidak mampu (juga), maka (cegahlah) dengan hatinya (membenci), demikian itulah selemah-lemah iman.” [HR Muslim]

 

Maka  secara  alami,  tanggungjawab ini  membentuk tugasan mulia berasaskan kepada kesatuan pemikiran dan pemahaman yang akan melahirkan tindakan yang konsisten dari kalangan parti-parti politik di dalam Islam.

 

3.Parti politik Islam tidak bertujuan untuk memiliki kekuasaan.

 

Mereka  memahami  tanggungjawabnya  sebagai  entiti  yang memastikan  bahawa  pemerintah  menjalankan  kewajipannya secara  konsisten  sesuai  dengan  hukum  syarak  dan memastikan penyatuan umat tidak diganggu gugat. Secara alami, parti-parti politik Islam akan sentiasa menjaga kesatuan dan perpaduan umat yang menjadi agenda utama aktiviti politik mereka dan konsistensi dalam penerapan hukum Islam oleh pemerintah.

 

Di dalam Islam, parti-parti politik memiliki karakter dan objektif  penubuhan  yang  sama.  Tanggungjawab  mereka  juga tidak berbeza. Mungkin sahaja terdapat perbezaan dalam cara kerja parti namun tujuan utamanya adalah sama.   Kewujudan parti-parti politik di dalam Islam juga akan memastikan bahawa masyarakat kekal  konsisten  dalam  menjadikan hukum  syarak sebagai pengikat pemikiran, kesedaran dan peraturan hidup mereka. Insya-Allah di  bawah pemerintah Khilafah ala minhaj nubuwah ini akan menjadi kenyataan.

 

Sumber: mykhilafah

Exit mobile version