Site icon MuslimahHTM News

Bagaimana Cara Nabi SAW dan Sahabat RA Berpolitik?

[Soal Jawab] Bagaimana Cara Nabi SAW dan Sahabat RA Berpolitik?

Oleh: KH. Hafidz Abdurrahman

 

Soalan:

Bagaimanakah cara Nabi SAW dan para Sahabat RA berpolitik?

 

Jawapan:

Politik adalah aktiviti mengurusi urusan umat, sebagaimana dalam hadis Nabi SAW:

كَانَتْ بَنُوْ إِسْرَائِيْلَ تَسُوْسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَك نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِيْ وَسَتَكُوْنُ خُلَفَاءَ فَيَكْثُرُوْنَ

“Dulu Bani Israil telah diurus oleh para nabi. Ketika seorang nabi telah wafat, ia digantikan oleh nabi yang lain. Sungguh tak ada lagi nabi setelahku. Yang akan ada adalah para khalifah (pengganti Nabi SAW) sehingga jumlahnya banyak.” (HR Muslim)

 

Para nabi dan rasul adakalanya diutus oleh Allah sebagai nabi dan rasul saja, yang tugasnya hanya menyampaikan risalah. Allah SWT berfirman:

وَمَا عَلَى ٱلرَّسُولِ إِلَّا ٱلۡبَلَٰغُ ٱلۡمُبِينُ  ١٨

“Tidaklah menjadi kewajipan bagi seorang rasul, kecuali menyampaikan [risalah] dengan jelas.” (TMQ al-Ankabut [29]: 18).

 

Namun, ada juga yang diutus oleh Allah, selain menyampaikan risalah, juga untuk menerapkan dan memerintah kaumnya dengan risalah tersebut. Allah SWT berfirman:

يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱحۡكُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ ٱلۡهَوَىٰ ٢٦

Wahai Daud, sungguh Engkau Kami jadikan sebagai Khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu….” (TMQ Shad [38]: 26)

 

Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir bukan hanya ditugaskan oleh Allah menjadi nabi dan rasul. Beliau juga menjadi ketua negara yang diperintahkan untuk menerapkan syariat Islam secara kaffah untuk seluruh umat manusia. Allah SWT berfirman:

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ ٤٩

“Hendaknya engkau memerintah mereka dengan apa (wahyu) yang telah Allah turunkan, dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka…” (TMQ al-Maidah [5]: 49)

 

Kerana itu baik al-Quran mahupun Sunnah Nabi SAW tidak hanya berisi akidah, tetapi juga syariah. Syariahnya juga bukan hanya mengatur hubungan manusia dengan al-Khaliq (Allah SWT), tetapi juga mengatur hubungan manusia dengan dirinya dan sesame manusia. Islam mengatur masalah ibadah, seperti solat, puasa, zakat, haji dan jihad, dalam konteks vertikal. Islam juga mengatur masalah pemerintahan, ekonomi, sosial, pendidikan, politik dalam negeri dan luar negeri, dalam konteks horizontal. Islam juga mengatur hubungan manusia dengan dirinya, seperti dalam bab berpakaian, makan, minum dan akhlak.

 

Hanya saja, ketika Nabi SAW diutus di Mekah, beliau menghadapi realiti masyarakat Jahiliyah, yang mana pemikiran, perasaan dan sistem yang diterapkan di dalam kehidupan mereka sangat rendah. Bagi mewujudkan visi, misi dan tujuan mulia syariah Islam tersebut, Nabi SAW melakukan dakwah. Dakwah yang beliau lakukan adalah dakwah pemikiran dan politik.

 

Dalam konteks ini, Nabi SAW dianggap sebagai sel pertama dakwah pemikiran dan politik ini. Kerana beliaulah, orang mendapatkan petunjuk langsung dari Allah tentang Islam, sebagai mabda’. Setelah itu Nabi SAW mengajak orang terdekatnya, iaitu isteri beliau yang tercinta, Saidatina Khadijah binti Khuwailid RA, untuk mengimani dan mengikuti mabda’-nya.[1]

 

Kemudian, Nabi SAW mengajak Sahabat baiknya, Abu Bakar as-Shiddiq RA, dan saudara sepupunya, ‘Ali bin Abi Thalib dan Zaid bin Haritsah RA.[2] Dari beberapa sel ini, maka terbentuklah halaqah pertama, yang dibina sendiri oleh Nabi SAW

 

Disebabkan Abu Bakar adalah orang yang sangat terkenal dan mempunyai banyak teman, maka Abu Bakar RA mengajak mereka untuk memeluk Islam. Lalu ‘Abdurrahman bin ‘Auf, ‘Uthman bin Madh’un, ‘Uthman bin ‘Affan, Zubair bin Awwam, Sa’ad bin Abi Waqqash, Abu ‘Ubaidah al-Jarrah, Talhah bin ‘Ubaidillah, al-Arqam bin Abi al-Arqam, ‘Ubaidah bin al-Harith, Sa’id bin Zaid, Khutbab bin al-Art, ‘Abdullah bin Mas’ud, ‘Ammar bin Yasir, Shuhaib, dan lain-lain masuk Islam.[3]

 

Mereka ini kemudian membentuk halaqah berikutnya. Seterusnya, hingga membentuk beberapa halaqah. Secara intensifnya, mereka ini dibina oleh orang-orang yang ditunjuk oleh Nabi SAW untuk mengajarkan Islam kepada mereka. Mereka juga dikumpulkan oleh Nabi SAW di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam, dan dibina secara kolektif. Di sana, mereka melakukan qiyaamul-lail bersama. Dari beberapa halaqah ini, maka terbentuklah kutlah (jamaah dakwah).

 

Setelah dibina selama tiga tahun secara intensif dan kolektif oleh Nabi SAW, juga setelah terbentuk keperibadian Islam mereka, yang tercermin pada ‘aqliyyah dan nafsiyyah mereka, maka Allah memerintahkan mereka untuk melakukan dakwah secara terbuka. Perintah itu turun setelah pemikiran dan pengaruh dakwah mulai dirasakan oleh masyarakat di Mekah. Saat itu mula muncul banyak persoalan seperti, siapakah yang mengemban dakwah ini? Siapa pemimpinnya? Siapa anggotanya?

 

Setelah Hamzah bin Abdul Muthallib dan ‘Umar bin al-Khatthab masuk Islam, Allah memerintahkan Nabi SAW dan para Sahabat untuk mendemonstrasikan kelompok yang mengemban pemikiran baru ini:

فَٱصۡدَعۡ بِمَا تُؤۡمَرُ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡمُشۡرِكِينَ  ٩٤

“Maka sampaikanlah (Muhammad) secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu), dan berpalinglah dari orang yang Musyrik.” (TMQ al-Hijr [15]: 94)

 

Setelah itu Nabi SAW pun menampilkan diri, dengan cara tawaf mengelilingi Kaabah dalam dua barisan, yang belum pernah diketahui oleh kaum musyrik Arab selama ini. Satu barisan dipimpin oleh Hamzah. Satu lagi dipimpin oleh ‘Umar bin al-Khattab. Ini merupakan fasa baru dalam aktiviti pemikiran dan politik yang dilakukan oleh kelompok ini. Aktiviti memperkenalkan kutlah, yang kemudian menjadi parti politik, kepada publik. Aktiviti ini disebut sebagai Tafaa’ul Tamm (interaksi dengan masyarakat secara sempurna).[4]

 

Mereka telah menjelma menjadi HizbulLah, atau Hizb ar-Rasul. Parti ini merupakan parti ideologi, bukan parti pragmatik, apalagi oportunis. Ini kesan pada 46 surah Makkiyah, yang diturunkan sebelum turunnya surah al-Hijr ayat 94 di atas. Semuanya terkait dengan pertarungan pemikiran (as-Shiraa’ al-Fikri), perjuangan politik (al-Kifaah as-Siyaasi) dan pertarungan melawan para penguasa Mekah saat itu. Kerana itu dapat difahami bahawa surah al-Hijr ayat 94 ini memerintahkan Nabi SAW untuk mendemontrasikan kutlah, bukan sekadar transisi dakwah, dari fasa sembunyi-sembunyi ke fase terang-terangan.

 

Ketika itu Hizb ar-Rasuul ini benar-benar telah sempurna. Ia menjadi kawah condrodimuko (Butaqah), yang digunakan oleh Nabi SAW dan para Sahabat bagi melebur pemikiran dan perasaan masyarakat Jahiliyah yang rendah, rosak dan kotor saat itu sehingga menjadi pemikiran dan perasaan Islam, yang tinggi, bagus dan bersih. Konsekuensi dari aktiviti peleburan ini, maka berlakulah pertembungan pemikiran dan perasaan yang luar biasa, antara Hizb ini dengan masyarakat. Hal ini kerana, Hizb, sebagai Butaqah itu mewajibkan dua aktiviti secara seiring, iaitu rekrutmen dan pembentukan kesedaran umum di tengah-tengah masyarakat. An-Nadawi, mengutip dari Ibn Hisyam, menyatakan: “Orang-orang pun masuk Islam beramai-ramai, terdiri kaum lelaki dan wanita, sehingga nama Islam tersebar di Mekah, dan menjadi buah bibir.”[5]

 

Adapun aktiviti peleburan (‘amaliyyah shahriyyah) yang dilakukan oleh Hizb di tengah umat ketika itu dilakukan dengan menyatukan berbagai pemikiran, pandangan dan keyakinan yang ada di tengah masyarakat secara kolektif, jika tidak boleh dilakukan secara konsensus. Aktiviti peleburan inilah yang menyebabkan berlakunya pertembungan Hizb ini dengan masyarakat meningkat hingga membawa konsekuensi pada berlakunya penganiayaan, penangkapan, pengasingan dan sebagainya. Itulah fasa yang dialami oleh Nabi SAW dan para Sahabat, setelah tahun ketiga Kenabian, hingga beliau hijrah ke Madinah.

 

Hijrah Nabi SAW ke Madinah bukan untuk melarikan diri, tetapi justeru untuk menerapkan Islam secara kaffah dalam seluruh aspek kehidupan dalam institusi negara Pendirian Negara Islam sebagai metod tetap dalam menerapkan Islam secara kaffah merupakan cita-cita Nabi sejak awal. Ini sebagaimana tampak dalam pidato Nabi SAW:

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ الرَّائِدَ لاَ يَكْذِبُ أَهْلَهُ

“Wahai sekalian manusia, seorang pemimpin tidak akan pernah membohongi rakyatnya.”[6]

 

Dalam riwayat lain, Nabi SAW menyatakan:

تَمْلِكُوْنَ بِهَا الْعَرَبَ، وَتَدِيْنُ لَكُمْ بِهاَ الْعَجَمُ، (وفي روايةٍ: يَا عَمُّ إِ نِّيْ أُرِيْدُهُمْ عَلَى كَلِمَةٍ وَاحِدَة يَقُوْلُوْنَهَا، تَدِيْنُ  بها الْعَرَبُ وَتُؤَدِّي إِلَيْهِمُ الْعَجَمُ الجْزْيَةَ

“Satu kata, yang jika kalian berikan, maka dengan itu kalian akan menguasai bangsa Arab, dan orang non-Arab akan tunduk kepada kalian.” Dalam riwayat lain dinyatakan, “Bapa saudaraku, sungguh yang aku inginkan dari mereka adalah satu kata, yang kalau mereka nyatakan, maka dengan itu bangsa Arab akan tunduk, dan orang non-Arab pun akan membayar jizyah kepada mereka.” [7]

 

Dua riwayat yang berbeza di atas jelas mengisyaratkan bahawa Nabi SAW menginginkan kekuasaan, iaitu kekuasaan yang dibangun atas kalimat Tauhid, akidah Islam. Kerana itu ketika Nabi SAW mendapatkan Baiat ‘Aqabah II, maka baiat ini merupakan akad untuk memberikan perlindungan dan kekuasan kepada beliau sehingga beliau dapat menerapkan Islam secara kaffah di Madinah.

 

Semuanya ini merupakan aktiviti politik Nabi SAW dan para Sahabat hingga berdiri Negara Islam yang pertama di Madinah. Aktiviti ini berjaya dilakukan oleh Nabi SAW dan para Sahabat dengan mengintegrasikan dua aktiviti, iaitu pemikiran dan politik.

 

Kerana itu Negara Islam yang berdiri di Madinah ini dibangun berdasarkan pemikiran yang diterima dan diyakini oleh rakyatnya. Bukan pemikiran asing yang dipaksakan kepada mereka. Oleh sebab itu sebelum Baiat Aqabah II, dan sebelum Nabi SAW hijrah ke Madinah, beliau mengutus Mush’ab bin ‘Umair untuk membina penduduk Yathrib, sebelum namanya menjadi Madinah, hingga mereka memeluk Islam. Setelah itu, pemikiran dan perasaan mereka pun berubah menjadi pemikiran dan perasaan Islam. Maka, ketika mereka memberikan baiat kepada Nabi SAW, dan menjadikan beliau sebagai penguasa mereka, mereka sadar apa yang perlu melakukan lakukan.

 

Inilah proses politik dan aktiviti politik yang dilakukan Nabi SAW dan para Sahabat sehingga Islam berjaya diterapkan secara kaffah. Akhirnya, Islam mampu mengubah bangsa Arab yang terbelakang dan tidak mempunyai sejarah menjadi bangsa yang maju, berperadaban dan menorehkan sejarah yang luar biasa. Persis sebagaimana yang disampaikan oleh Nabi SAW sebelumnya, bahawa dengan kalimat Tauhid, mereka akhirnya menguasai bangsa Arab dan non-Arab. Semuanya tunduk di bawah kekuasaan mereka. Mereka bangkit menjadi bangsa yang maju dengan perdaban emasnya. Memimpin dunia selama 14 abad, yang memerintah 2/3 dunia wilayah dunia, di tiga benua.

WalLaahu a’lam.

 

Catatan kaki:

1        Q.s. As-Syu’ara’: 214

2        Lihat, Al-‘Allamah Abu al-Hasan ‘Ali al-Hasani an-Nadawi, As-Sirah an-Nabawiyyah, Dar Ibn Katsir, Beirur, Cet. Ke-8, 1441 H/2020 M, h. 183; Ibn Hisyam, As-Sirah an-Nabawiyyah, Juz I/h. 245.

3        Lihat, Al-‘Allamah Abu al-Hasan ‘Ali al-Hasani an-Nadawi, As-Sirah an-Nabawiyyah, Dar Ibn Katsir, Beirur, Cet. Ke-8, 1441 H/2020 M, h. 184; Ibn Hisyam, As-Sirah an-Nabawiyyah, Juz I/h. 250-255.

4        Lihat, Abu Nu’aim, Hilyatu al-Auliya’, Juz I/h. 40; Ibn Hajar al-Asqalani, al-Ishabah fi Tamyiz as-Shahabah, Juz II/h. 512; Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari: Syarah Shahih al-Bukhari, Juz VII/h. 59

5        Lihat, Al-‘Allamah Abu al-Hasan ‘Ali al-Hasani an-Nadawi, As-Sirah an-Nabawiyyah, Dar Ibn Katsir, Beirur, Cet. Ke-8, 1441 H/2020 M, h. 184; Ibn Hisyam, As-Sirah an-Nabawiyyah, Juz I/h. 299.

6        Lihat, Ibn al-Atsir, al-Kamil fi at-Tarikh, Juz I/h. 487.

7        Lihat, At-Thabari, Tafsir al-Qur’an, Juz XXIII/h. 79; al-‘Allamah Yusuf al-Kandahlawi, al-Muntakhab min Hayat as-Shahabat, h. 31-32.

Exit mobile version