Site icon MuslimahHTM News

Petua-petua Memperbaiki Diri

[Nafsiyah] Petua-petua Memperbaiki Diri
Oleh: Ustazah Dedeh Wahidah Achmad

Ada beberapa cara supaya kita boleh memperbaiki diri. Pertama, memahami standard kebenaran. Orang yang tidak memahami perkara yang benar/salah, boleh jadi merasakan apa yang dilakukan selama ini sudah berada dalam lingkungan yang benar. Dia tidak memiliki keinginan untuk memperbaiki diri. Walhal standard benar/salah kaum muslim adalah Allah SWT, bukan hawa nafsu, bukan pula pendapat majoriti manusia. Standard benar/salah seorang muslim merujuk kepada bagaimana Islam memandang sesuatu.

Kedua, mengetahui dan memahami realiti fakta. Adakah fakta itu sesuatu yang ideal atau sesuatu yang menyalahi syariat Islam. Umat yang tidak memahami realiti yang terjadi di sekelilingnya, boleh jadi akan bersikap acuh tak acuh. Mereka tidak memerlukan pemulihan dan tidak akan terdorong untuk melakukan pemulihan ke arah kebaikan. Hal ini akan memunculkan sikap apatis. Dia merasa apa yang dilakukannya sudah benar atau boleh jadi mereka tidak mengetahui kesalahannya itu di mana.

Ketiga, mesti ada usaha penyeragaman diantara realiti yang terjadi dengan syariat Islam. Sebagai contoh, dalam berpakaian, adakah cara berpakaian kita hanya mengikuti peredaran masa atau sudah benar menurut hukum syarak.

Empat Hal yang Perlu Diperbaiki

Empat hal yang perlu diperbaiki oleh umat Islam. Pertama, pembaikan individu. Seorang muslim mesti memiliki komitmen untuk melakukan pembaikan diri, seperti pembaikan ibadah, akidah, muamalah, akhlak, akhlak terhadap ibu bapa, dan sebagainya.

Kedua, pembaikan keluarga dan sahabat. Kita memiliki tanggungjawab untuk menjaga keluarga kita dari api neraka. Allah SWT berfirman:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا وَّقُوْدُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلٰۤىِٕكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُوْنَ اللّٰهَ مَآ اَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” [TMQ At-Tahrim (66): 6].

Ketiga, pembaikan masyarakat. Meskipun diri kita sudah baik, keluarga kita pun baik, tetapi tidak dikatakan baik ketika kita mengabaikan masyarakat. Jangan biarkan kemaksiatan sedikit pun berlaku di tengah-tengah masyarakat. Mari kita ingatkan dan cerdaskan masyarakat. Inilah yang dinamakan amar makruf nahi munkar.

Keempat, pembaikan umat atau negara. Mustahil terdapat pembaikan jika umat Islam berada dalam sistem kapitalis sekuler. Oleh kerana itu, mesti ada target untuk memperbaiki sistem dengan menegakkan syariat Islam secara kaffah. Langkah ini memerlukan perjuangan nyata, bukan hanya sekadar niat dan harapan untuk pembaikan. Terjunlah dalam perjuangan menegakkan syariat Islam, insyaallah pada saat itu semua pembaikan akan kita raih.

Sumber: Tinta Siyasi

Exit mobile version