Site icon MuslimahHTM News

Saudara Muslimah Kita Dibiarkan Mati Sendirian Tanpa Perlindungan dan Maruah Khilafah

Saudara Muslimah Kita Dibiarkan Mati Sendirian Tanpa Perlindungan dan Maruah Khilafah

 

Berita:

Seorang warga British dan lelaki Islam, 85 tahun, ditembak dan terpaksa meninggalkan Sudan manakala isterinya, seorang Muslimah kurang upaya, mati kelaparan selepas ditinggalkan di Sudan kerana kedutaan British enggan membantu. (BBC, 26 Mei 2023)

 

Komentar:

Insiden mengejutkan ini berlaku semasa pasangan itu sebenarnya tinggal berhadapan dengan kedutaan British. Difahamkan, muslimah tersebut tinggal hanya beberapa langkah sahaja dari pejabat negara itu yang mempunyai tanggungjawab pemastautin beliau sebagai pemegang pasport UK.

 

Abdalla Sholgami, pemilik hotel London berusia 85 tahun, tinggal bersama isterinya yang berusia 80 tahun, Alaweya Rishwan, yang kurang upaya, berdekatan dengan penempatan diplomatik UK di Khartoum, kata BBC.

 

Menurut laporan, Sholgami tidak ditawarkan sokongan untuk meninggalkan Sudan dan sebaliknya diberitahu untuk pergi ke lapangan terbang 40km di luar Khartoum. Dia dijangka menyeberangi zon perang aktif sendirian untuk menaiki penerbangan pemindahan.

 

Menghadapi kelaparan dan kekurangan air, Sholgami terpaksa meninggalkan isterinya untuk mencari bantuan. Semasa dia pergi, dia ditembak tiga kali di tangan, dada dan punggung bawah oleh penembak tepat(snipers) di kawasan itu. Dia terselamat selepas dibawa kepada ahli keluarga di bahagian lain Khartoum.

 

Keluarga itu berkata, isteri Sholgami ditinggalkan untuk mengurus dirinya sendiri dan adalah mustahil untuk mereka sampai kepadanya di kawasan yang dikelilingi penembak tepat. Akibatnya, dia mati kebuluran sendirian.

 

Seorang ahli keluarga menyatakan, “Apa yang berlaku kepada datuk nenek saya adalah jenayah terhadap kemanusiaan, bukan sahaja oleh Rapid support force (RSF), bukan sahaja oleh tentera Sudan, tetapi oleh kedutaan British, kerana mereka adalah satu-satunya yang boleh menghalang perkara ini daripada berlaku kepada datuk dan nenek saya.”

 

Sholgami berjaya melarikan diri ke Mesir, di mana dia menerima rawatan perubatan selepas dia dibedah tanpa ubat bius di Khartoum oleh anaknya, yang merupakan seorang doktor.

 

Insiden ngeri meninggalkan wanita yang tidak berdaya seorang diri adalah bukti sistem biadab dan pengecut yang berlaku di seluruh dunia Islam. Tidak dapat dibayangkan bahawa para pemimpin Khilafah yang mulia akan pernah membiarkan perkara sebegini berlaku. Apabila Hazrat Umar Farooq dilantik sebagai khalifah yang kedua, beliau dipetik berkata kepada kaumnya: “Wahai manusia, ketahuilah bahawa saya telah dilantik untuk mentadbir urusan kamu, maka ketahuilah bahawa kekasaran saya kini telah lemah, tetapi saya akan terus menjadi kasar dan keras terhadap orang yang zalim dan derhaka dan akan menghumbankan pipi mereka ke dalam tanah. Ketahuilah juga bahawa Aku akan memasukkan pipiku sendiri ke dalam tanah untuk membela orang yang bertaqwa.”

 

InshaAllah kami akan kembali kepada visi terbaik untuk manusia dengan kehendak Allah SWT dan melalui kerja keras kami untuk menunaikan kewajipan ini.

 

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh

Imrana Mohammad

Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

Exit mobile version