Site icon MuslimahHTM News

Memilih Setia

[Nafsiyah] Memilih Setia

Penulis: Ustaz Yuana Ryan Tresna

 

Dakwah ialah menjadikan Islam sebagai mafahim (kefahaman), maqayis (standard) dan qana’at (keyakinan)—disingkatkan menjadi MMQ—yang dominan dalam kalangan umat. Akibatnya, akan wujud jurang antara MMQ umat dengan apa yang diterapkan dalam masyarakat.

 

Umat terikat dengan MMQ Islam, dipimpin dan didorong untuk menyelesaikan jurang ini dengan menubuhkan sebuah institusi yang menegakkan MMQ yang baharu. Akibatnya ialah memutuskan kepercayaan masyarakat terhadap penegak MMQ yang tidak berlandaskan Islam.

 

Oleh itu, diperlukan keteguhan memegang prinsip dakwah ini. Imam Abu Dawud meriwayatkan hadis, walaupun ramai yang menilainya sebagai daif, tetapi matannya layak direnung,

 

فَعَلَيْكَ يَعْنِي بِنَفْسِكَ وَدَعْ عَنْكَ الْعَوَامَّ فَإِنَّ مِنْ وَرَائِكُمْ أَيَّامَ الصَّبْرِ الصَّبْرُ فِيهِ مِثْلُ قَبْضٍ عَلَى الْجَمْرِ

“Hendaklah engkau jaga dirimu sendiri dan jauhilah orang-orang bodoh. Ini disebabkan di belakang kalian ada hari-hari (yang kalian wajib) bersabar. Sabar pada saat itu seperti seseorang yang memegang bara api.”

 

Sabar dalam memegang teguh fikrah dan thariqah pada zaman yang penuh muslihat seperti sekarang, ibarat memegang bara api. Begitu panas dan sulit sekali.

 

Aktivis dakwah akan merasa sukar untuk menegakkan MMQ Islam, jika tidak ada tiga syarat utama iaitu:

(1) Kelompok yang solid dan matlamat, fikrah, dan thariqah yang dipegangnya jelas;

(2) Terdiri daripada orang-orang yang ikhlas dan berkelayakan;

(3) Memiliki ikatan yang kukuh dengan ketaatan kepada pemimpinnya.

 

Oleh itu, saya memilih untuk setia kepada mabda (ideologi) Islam. InsyaAllah.

Exit mobile version