[Jom Berpolitik Islam] Islam, Alternatif Tunggal
Islam sendiri memiliki konsep jelas dan nyata mengenai aktiviti politik. Memang, konstelasi politik ala sekularisme telah menyebabkan sebahagian umat Islam menganggap bahawa politik itu kotor. Padahal, dalam rentang sejarah peradaban Islam, politik yang mewujud dalam aktiviti mengurus urusan rakyat telah dipraktikkan sejak masa Rasulullah hingga runtuhnya Kekhalifahan Islam di Turki.
Tugas para pengemban dakwah saat ini salah satunya adalah mengembalikan citra politik Islam ke tengah umat. Politik dalam Islam jauh dari praktik politik wang dan perebutan kekuasaan dengan dukungan kelompok oligarki. Kekuasaan bukanlah sesuatu yang boleh lepas daripada pertanggungjawaban di hadapan Allah.
Kemampuan dalam mengelola negara lahir bukan hanya dari kemampuan seorang ahli politik tetapi juga dari keimanan yang kukuh. Rakyat pun akan merasakan atmosfera politik yang diliputi semangat keimanan. Inilah rahasia peradaban Islam yang mewujudkan konsep-konsep Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Dua pertiga wilayah kekuasaan Kekhalifahan Islam bukanlah ruang sempit, lebih-lebih lagi wilayah tersebut dihuni masyarakat dengan latar belakang berbeza. Ternyata, Kekhalifahan Islam mampu mewujudkan kesejahteraan secara saksama dan menyeluruh.
Di tengah meningkatnya sikap tidak percaya yang masyarakat tunjukkan, langkah yang bijak adalah mula mendiskusikan apa yang terbaik bagi negeri ini. Jika kapitalisme tidak mampu memberi jawapan, mengapa masih enggan untuk memilih Islam?
(Juanmartin, M.Kes.)

