[FIKRUL ISLAM] Islam Pembawa Kemaslahatan (Bahagian 1/3)
Penulis: M. R. Kurnia
Dewasa ini, nasib umat Islam di seluruh dunia sangat membimbangkan. Di Indonesia, reformasi yang diharapkan oleh masyarakat dapat membawa kepada kebaikan, kelihatannya semakin jauh dari harapan. Reformasi kini justeru semakin mengukuhkan sistem taghut berupa sekularisme yang memisahkan agama dari kehidupan masyarakat dan negara.
Ketika Islam hendak ditegakkan, Presiden (bekas Presiden Gus Dur) malah melabelkan mereka yang hendak menegakkan Islam sebagai “Islam galak”. Sama persis seperti tuduhan para orientalis dan negara kafir Barat, sedangkan bukankah Allah SWT berfirman,
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” [TMQ Ali’Imraan (3) : 85]
Begitu juga Allah Rabbul ‘Izzati menegaskan,
“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.” [TMQ An-Nisaa’ (4) : 60]
Demikian pula, di tengah badai krisis politik yang terus menderu, sekalipun angin kebebasan digembar-gemburkan, tetapi realitinya semua itu bukanlah untuk mereka yang bercita-cita untuk melaksanakan Islam kaffah. Contohnya, ketika Masjid Istiqlal dibom, mereka mengatakan kononnya kelompok Angkatan Mujahidin Nusantara (AMIN) yang melakukannya, sedangkan kelompok itu tidak pernah ada selama ini dan sehingga kini.
Begitu juga ketika terjadinya pengeboman di hadapan kedutaan besar Filipina. Yang dituduh sebagai pelakunya adalah kaum Muslim yang memiliki hubungan dengan gerakan Islam Moro, Filipina Selatan. Perkara sama terjadi semasa peristiwa di Bursa Saham Jakarta.
Sehari selepas letupan bom di bangunan Bursa Saham Jakarta, seorang tokoh Islamlah yang ditangkap, bukan yang lain. Semua tuduhan ditujukan kepada Islam, bukan yang lain. Semua ini menggambarkan ketakutan terhadap Islam sedangkan Islam lah yang membawa rahmat bagi seluruh alam.
Bukan cuma itu, sebahagian dari tubuh kaum Muslim kini menjadi pelarian, terusir dari tempat kelahirannya. Jangankan masa depan, pada hari-hari Ramadhan yang penuh keberkatan juga entah bagaimana nasibnya.
Umat Islam Maluku masih dihantui kepahitan diserang oleh orang kafir yang menerima senjata api dengan helah penghantaran keranda. Darat umat Islam di sana masih basah.
Sehingga kini, kaum Muslim di Wamena, Papua masih belum jelas nasibnya. Mereka cuba menutup peristiwa ini dengan alasan etnik, agama, bangsa dan antara golongan. Sementara itu, kerajaan masih tetap dengan pendiriannya, “Masalah di sana, sila selesaikan sendiri!” Sedangkan Rasulullah telah mengatakan bahawa para pemimpin itu akan diminta pertanggungjawaban atas rakyatnya.
الإمام راع وهو مسئول عن رعيته
“Seorang Imam adalah pemelihara dan pengatur urusan dan dia akan diminta pertanggungjawaban atas pemeliharaan dan pengaturannya.”(HR Muslim).
Berbeza halnya ketika mana tiga orang anggota UNHCR tertewas. Dengan pantas negara membentuk kumpulan pencari fakta. Seakan-akan yang diharapkan adalah keredhaan dan kemuliaan dari kafir imperialis. Ingatlah, kerana itu, kemuliaan tidak akan pernah kunjung tiba kerana Allah SWT dengan tegas telah berfirman,
“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).” [TMQ An-Nisaa’ (4) : 138-139]
Masalah pengukuhan Indonesia menjadi negara kecil masih belum reda. Timor Timur, yang merupakan sebahagian daripada tanah umat Islam, telah dipisahkan dan jatuh ke tangan negara-negara kafir dan imperialis. Bagaimana dengan Aceh, Riau dan Papua?
Sementara itu, pemerintah masih suka berjalan ke luar negara, menjalin hubungan dengan Yahudi, menjilat negara Amerika dan membiarkan urusan dalam negara porak-peranda menuju perpecahan. Drama perebutan kuasa juga kelihatan sangat “telanjang”.
Masalah ekonomi juga semakin kompleks. Dalam keadaan para pelarian yang kebuluran, 36 juta penduduk menganggur, dalam masa yang sama 100 juta orang terperosok ke dalam jurang kemiskinan. Di sisi lain, nasib 3 konglomerat yang jumlah pinjaman kredit mereka mencecah 55.9 trillion lebih dipertahankan dan ditangguhkan pelaksanaan hukuman mereka.
Di tengah kemarahan umat kepada Israel yang membantai 229 Muslim Palestin dan 4000 yang lain tercedera, penguasa di sini malah bersikap neutral terhadap konflik Israel-umat Islam, malah berasa yakin akan kebaikan berada di Yayasan Yahudi Shimon Peres.
Di tengah-tengah kemarahan masyarakat terhadap duta imperialis AS yang sangat angkuh dan mencampuri urusan dalam negeri, penguasa justeru dengan nada yang tinggi membelanya. Di tengah-tengah kebencian masyarakat terhadap anak konglomerat bekas pegawai yang memakan harta negara sebanyak IDR 90 bilion, penguasa malah mendatanginya dengan terhormat.
Pada akhirnya, persengkokolan antara ahli perniagaan dan elit politik yang bertopengkan penyelesaian krisis ekonomi semakin lut sinar dan tidak dapat disorok lagi. Negara ini nampaknya semakin meluncur laju menuju ke ideologi kapitalisme dan semakin jauh dengan ajaran Islam.
Belum lagi dengan pembaratan budaya yang semakin menggila, akidah umat semakin dangkal dan cetek, nilai akhlak juga semakin runtuh. Gaya hidup hedonik, konsumtif dan permisif terus dijaja di kaca TV dan media massa. Akhirnya, kita sendiri sukar membezakan orang Islam dan orang kafir.
Sungguh realiti ini adalah bertepatan dengan gambaran sabda Nabi SAW. yang telah dilukiskan sejak 14 abad yang lalu bahawa suatu ketika akan ada umat Islam yang mengikuti Yahudi dan Nasrani sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, bahkan andaikan mereka melakukan perbuatan yang mustahil seperti masuk ke lubang biawak, mereka akan mengikutinya tanpa ragu. Sungguh amaran Rasulullah SAW. tersebut menunjukkan betapa sebahagian dari kaum Muslim telah menjadi pengikut tegar Yahudi dan Nasrani.
Belum lagi kita melihat masalah-masalah di berbagai belahan dunia Islam. Palestin, Chechnya, Dagestan, Kashmir, Moro dan berbagai daerah lain masih berada dalam kemerosotan. Di sisi lain, tawaran penyelesaian yang disajikan bukanlah dari sistem Islam. Malangnya, ketika Islam ditawarkan, sikap Islamofobia pula yang muncul di permukaan. Sesungguhnya semua itu bukanlah musibah, melainkan kerosakan (fasad) yang dilakukan oleh tangan manusia itu sendiri.
Sumber: M. R. Kurnia, Menjadi Pembela Islam

