DOA MUQTABAS: MENJADI PERIBADI DAN KELUARGA TERDEPAN DALAM KEBENARAN DAN KEBAIKAN
Catatan Sekilas Ustaz Irfan Abu Naveed
Salah satu doa agung yang menjadi inspirasi doa untuk anak adalah doa muqtabas (balaghah: dinukilkan dan dijadikan sebagai bahagian dari ucapan doa)[1] yang diajarkan dalam Al-Quran, Surah Al-Furqân [25]: 74:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
Dimana potongan ayat di atas, bahagian dari perincian sifat-sifat ‘ibâd al-rahmân (hamba-hamba Allah yang soleh). Menariknya, secara balaghi, ayat ini mengajarkan:
Pertama – Kedekatan dengan Allah, menunjukkan bahawa seseorang yang menjadi ibu bapa wajib dekat dengan Allah termasuk dalam perkara yang berkaitan dengan anak-anaknya, dan bahawa doa hendaklah dipanjatkan dengan qalbu yang khusyuk, dekat dengan Allah, ditandai lafaz rabbanâ, yang tidak didahului oleh harf al-nidâ’ (misalnya lafaz: yâ) [2];
Kedua – Kepedulian, mengajak sebanyak-banyaknya orang dalam doa yang penuh kebaikan, ditandai bentuk nahnu (kami) yang disisipkan dalam kata-kata ganti dalam doa, bukan lagi menggunakan anâ (aku, keakuan), yang hanya memfokuskan egosentrisme, soleh sendiri;
Ketiga – Tingginya cita-cita (‘uluww al-himmah), menjadi insan terdepan dalam kebaikan, kerana lafaz “imâm[an]”, menunjukkan peribadi yang diikuti, ada makmum di belakangnya yang meneladani ketakwaannya kepada Allah. Menariknya, dalam doa ini terkandung qashr (pengkhususan) [3], bahwasanya kita hanya meminta dijadikan teladan, pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa, bukan teladan keburukan bagi orang-orang yang derhaka dengan kederhakaannya. Tingginya cita-cita dan upaya (himmah) itu sendiri, menjadi ciri tingginya keimanan, dalam atsarnya Ali bin Abi Thalib ra. bertutur:
«عُلُوُّ الهِمَّةِ مِن الإِيْمَانِ»
“Tingginya himmah, bahagian dari keimanan.”
وبالله التوفيق
والله أعلم بالصواب
Catatan Kaki:
[1] Balaghah Iqtibas diulas dalam ilmu al-Balaghah, khususnya ilmu al-Badi’.
[2] Masalah ini telah diulas oleh guru kami, Prof. Dr. Ayman Amin ‘Abdul Ghani dalam kitabnya, Al-Kâfî fî al-Balâghah, yang juga kami jadikan sebagai bahan mengajar di Maahad Cinta Quran Center, Subjek Kuliah Ilmu Balaghah.
[3] Ini diulas dalam ilmu al-Balaghah, khususnya ilmu al-Ma’any.
#doa #balaghah

