Site icon MuslimahHTM News

Islam dan Agama para Nabi

[Soal Jawab] Islam dan Agama para Nabi

Oleh: Syeikh Atha Abu Ar-Rasythah

 

Soalan:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syeikh kami yang dimuliakan Allah, saya ingin bertanya kepada anda.

Dalam kitab An-Nizham al-Islam tertulis bahawa Islam adalah agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad untuk mengatur hubungan manusia dengan Allah, dengan dirinya dan dengan sesama manusia.

Saya ingin bertanya, adakah Islam hanya diturunkan kepada Nabi Muhammad? dan tidak diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu? Lalu apakah agama nabi-nabi terdahulu?

Terima kasih atas jawapan anda dan semoga Allah memberikan balasan yang lebih baik.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Abu Sarah]

 

Jawapan:

 

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

 

Anda mengajukan persoalan terhadap apa yang terdapat di awal perbincangan Nizham al-Islam dalam kitab Nizham al-Islam tentang definisi Islam seperti berikut:

 

Islam adalah agama yang telah Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan pencipta, mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan mengatur hubungan manusia dengan manusia lain. Hubungan manusia dengan Pencipta merangkumi iman dan ibadah. Hubungan manusia dengan dirinya meliputi akhlak, makanan dan pakaian. Manakala, hubungan manusia dengan manusia lain termasuk muamalah dan uqubat.

 

Kata ‘Islam’ dan pembentukannya digunakan dalam nas-nas syariah dengan makna bahasa iaitu al-haqiqah al-lughawiyah dan juga digunakan dengan makna istilah iaitu al-haqiqah ash-syar’iyah. Dalam terjemahan bahasa, lafaz al-Islam ialah pasrah, tunduk, patuh, dan ikhlas. Adapun maksud Islam dari makna istilahnya ialah isim ‘alam kepada agama yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad SAW khususnya seperti definisi yang dipetik daripada kitab Nizham al-Islam di atas dan inilah penjelasannya:

 

PERTAMA: PENGERTIAN DALAM BAHASA (AL-HAQIQAH AL-LUGHAWIYAH) BAGI PERKATAAN AL-ISLAM:

 

  1. Dalam kamus Bahasa, maksud perkataan al-Islam dinyatakan seperti berikut:

 

  1. a) Lisan al-‘Arab (12/289):

Al-Islam dan al-istislam adalah al-inqiyad (taat). Al-Islam dari sudut syariat ialah menampakkan ketaatan dan menampakkan syariat serta berpegang dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. Adapun al-Islam, maka Abu Bakar Muhammad bin basyar berkata, “dikatakan ‘fulan muslimun’, disini ada dua pendapat. Pertama adalah al-mustaslimu (orang yang berserah diri) kepada perintah Allah dan kedua adalah al-mukhlish lillah al-‘ibadah (yang memurnikan ibadah kerana Allah) dari ucapan mereka sallama ash-syay`a li fulan yakni khalashahu (memurnikannya) dan salama lahu asy-syay`a iaitu khalasha lahu (memurnikan untuknya) dan dalam hadis,

ما من آدمي إِلاَّ ومعه شيطان قيل ومعك قال نعم ولكن اللَّه أَعانني عليه فأَسْلَمَ وفي رواية حتى أَسْلَمَ أَي انقاد وكَفَّ عن وَسْوَسَتي

‘Tidaklah seorang anak Adam kecuali syaitan bersamanya.’ Dikatakan, ‘Dan bersama Anda juga?’ Beliau bersabda, ‘Benar, tetapi Allah menolongku mengalahkannya sehingga dia taat.’ Dan dalam satu Riwayat, ‘Sehingga dia aslama yakni inqada (patut) dan berhenti dari memberi bisikan-bisikan.”

 

  1. b) Al-Muhith fi al-Lughah (2/265 dengan sistem nombor Asy-Syamilah secara automatik).

Dan al-islam: al-istislam li amrillah wa al-inqiyadu li tha’atillah (berserah diri kepada ketentuan Allah dan taat kepadaNya). Dan mereka berkata, “salamna lillah rabbina” yakni istaslamna lahu wa aslamna (kami berserah diri kepadaNya dan kami taat) dan as-salamu-juga-al-islam dan al-muslimu adalah al-mustaslimu (yang berserah diri).

 

Jadi al-Islam dalam bahasa adalah al-istislam (berserah diri), al-inqiyad (taat), dan al-ikhlash (ikhlas). dan itu semua dilakukan hanya dan satu-satunya kepada Allah SWT.

 

  1. Penggunaan nas-nas syariah untuk perkataan al-Islam dengan makna bahasanya:

Nas-nas syariah menggunakan kata al-islam, pembentukan dan topiknya di beberapa tempat dengan makna bahasanya yang disebutkan di atas. Kami sebutkan dua tempat dari nas-nas syariah itu sebagai contoh:

 

Firman Allah SWT,

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ * رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ * رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ * وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَنْ سَفِهَ نَفْسَهُ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ * إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ * وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَابَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ * أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهاً وَاحِداً وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ * تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa), ‘Ya Tuhan kami, kami terima daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (127) Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua yang taat kepada-Mu dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami yang taat kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (128) Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (129) dan tidak ada yang membenci agama Ibrahim melainkan orang yang memperbodohkan dirinya sendiri dan sesungguhnya kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang bertakwa. (130) Ketika tuhannya berfirman kepadanya: “Taatlah kamu!” Ibrahim menjawab: “Aku taat kepada Tuhan sekalian alam. (Ibrahim berkata), ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untuk kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam memeluk Islam.” (132) Adakah kamu hadir ketika Yaakub datang (tanda-tanda) kematian, ketika dia berkata kepada anak-anaknya: ‘Apakah yang kamu sembah? sesudah aku mati?” Mereka menjawab, “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu Ibrahim, Ismail dan Ishak iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan hanya kepadaNya kami berserah diri.” (133) Itulah orang-orang yang terdahulu; baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan dan kamu tidak akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang mereka kerjakan.” [TMQ Al-Baqarah (2): 127-134].

 

Semua lafaz dalam ayat-ayat ini mempunyai hubungan dengan topik al-Islam “muslimayn, muslimatan, aslama, aslamtu, muslimun, muslimin” adalah dengan makna bahasa bagi perkataan al-islam yakni al-istislam (berserah diri), al-khudhu (taat) dan al-ikhlash (ikhlas) kepada Allah SWT. Perkara ini dijelaskan dengan apa yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir tentang maksud ayat-ayat tersebut. Saya memetik ulasan ringkas dari Tafsir an-Nasafi,

 

Tafsir an-Nasafi (1/79 dengan sistem nombor Asy-Syamilah secara automatik).

 

Rabbana waij’alna muslimayni laka” iaitu mukhlishina laka awjahna (ikhlas niat untukMu) dari firmanNya, “aslama wajhahu lillah” atau mustaslimina (kami berserah diri), dikatakan aslama lahu wa istaslama jika khadhi’a (taat) dan adz’ana (tunduk) dan maknanya tambahlah untuk kami keikhlasan dan ketundukan kepadaMu. “Wa min dzurriyatina” dan jadikan keturunan kami “ummatan muslimatan laka” dan kata “min” untuk menyatakan sebahagian (li at-tab’idh) atau menjelaskan (li at-tabyin). Dan dikatakan, yang dimaksudkan dengan umat adalah umat Muhammad SAW melainkan dikhususkan dengan doa anak keturunan keduanya kerana mereka lebih utama dengan kasih sayang, sebagaimana firman Allah, “qu anfusakum wa ahlikum naran” Lafaz “idz qala” merupakan zharf untuk ishtafaynahu atau di-nashab-kan dengan disembunyikan kata “udzkur” seolah dikatakan: udzkur dzalika al-waqti (ingat waktu itu) supaya kamu tahu bahawa dia adalah al-mushthafa ash-shalih (yang dimuliakan lagi soleh) yang tidak berpaling dari milah tersebut.

 

Lahu rabbuhu Aslim” iaitu adz’in (tunduk) atau athi’ (taatlah) atau akhlish dinaka lillah (murnikan agamamu untuk Allah). “qala aslamtu li rabbi al-‘alamîn” yakni akhlishtu (aku murnikan) atau anqadtu (aku patuh).

 

Fala tamutunna illa wa antum muslimûna” janganlah kematianmu kecuali dalam keadaankeberadaan kalian yang teguh di atas Islam, “wa nahnu lahu muslimunyakni lillah mukhlishuna (mereka ikhlas kepada Allah)…selesai.

 

  1. b) Firman Allah SWT,

وَإِذْ أَوْحَيْتُ إِلَى الْحَوَارِيِّينَ أَنْ آمِنُوا بِي وَبِرَسُولِي قَالُوا آمَنَّا وَاشْهَدْ بِأَنَّنَا مُسْلِمُونَ

“Dan (ingatlah), ketika Aku ilhamkan kepada pengikut-pengikut Isa yang setia, ‘Berimanlah kamu kepadaKu dan kepada RasulKu.’ Mereka menjawab, ‘Kami telah beriman dan saksikan (wahai Rasul) bahawa kami benar-benar taat (kepada seruanmu).” [TMQ Al-Maidah (5): 111]

 

Jelas dari ayat tersebut bahawa pembicaraannya adalah tentang al-Hawariyun pengikut Isa AS dan bahawa mereka mengatakan bahawa mereka adalah Muslimun yakni mustaslimun (berserah diri) munqaduna (taat) kepada perintah Allah mukhlishuna lahu (ikhlas kepadaNya).. dan dinyatakan di dalam Tafsir an-Nasafi untuk ayat ini sebagai berikut,

 

Tafsir an-Nasafi (1/314 dengan sistem nombor Asy-Syamilah secara automatik).

 

wa idz awhaytu” yakni alhamtu (aku ilhamkan) “ila al-hawariyyina” yakni al-khawash (secara khusus) atau al-ashfiya` (suci) “an aminu” yakni berimanlah “bi wa birasuli qalu amanna wa [i]syhad. biannana muslimuna” yakni saksikanlah bahawa kita adalah mukhlishuna (mukhlis) dari aslama wajhahu (tunduk patuh kepadaNya).

 

KEDUA: PENGGUNAAN SECARA ISTILAH BAGI KATA AL-ISLAM (AL-HAQIQAH ASH-SYAR’IYYAH):

 

  1. Seperti yang telah kami sebutkan di atas, nas-nas syariah menggunakan perkataan al-Islam dengan maknanya secara istilah, yakni sebagai isim ‘alam untuk agama yang diturunkan kepada Muhammad saw, dan kami sebutkan dua contoh:

 

  1. a) Firman Allah SWT:

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِيناً

“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan agamamu, maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” [TMQ Al-Maidah (5): 3].

 

Dalam Tafsir Ibni Katsir disebutkan tentang ayat ini sebagai berikut,

 

Tafsir Ibni Katsir (3/26):

Firman Allah SWT.

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِيناً

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agamamu.” [TMQ Al-Maidah (5): 3].

 

Ini merupakan nikmat Allah azza wa jalla yang paling besar kepada umat ini kerana Dia telah menyempurnakan untuk mereka agama mereka sehingga mereka tidak memerlukan agama lain dan tidak pula memerlukan nabi selain nabi mereka. Oleh kerana itu, Allah menjadikan baginda saw sebagai penutup para nabi dan mengutusnya kepada semua manusia dan jin.

 

Maka tidak ada yang halal kecuali yang dihalalkanNya dan tidak ada yang haram kecuali yang diharamkanNya. Tidak ada agama melainkan yang telah disyariatkanNya. Dan setiap apa yang Dia maklumkan adalah benar dan tidak ada penipuan di dalamnya dan tidak ada pengingkaran. Seperti firman-Nya,

وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقاً وَعَدْلا

“Telah sempurnalah firman Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil.” [TMQ Al-An’am (6): 115].

 

Yakni benar dalam informasi dan adil dalam perintah dan larangan. Dan ketika Allah telah menyempurnakan untuk mereka agama mereka, maka telah sempurnalah kenikmatan atas mereka. Kerananya Allah SWT. berfirman,

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِيناً

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku jadikan Islam yang Aku redhai itu menjadi agama bagimu.” [TMQ Al-Maidah (5): 3].

 

Yakni, redhailah Islam untuk diri kalian.  Sebab Islam adalah agama yang telah diredhai dan disukai Allah dan dengannya Dia mengutus Rasul-Nya yang paling utama dan dengannya Dia menurunkan kitab-Nya yang paling mulia. Ali bin Abiy Talhah berkata dari Ibnu Abbas ucapannya, “alyawma akmaltulakum dinakum” yakni al-Islam. Allah SWT memberitahu Nabi SAW dan orang-orang yang beriman bahawa Dia telah menyempurnakan iman untuk mereka sehingga mereka tidak memerlukan tambahan lain buat selama-lamanya dan Allah telah menyempurnakannya sehingga tidak berkurang unutk selama-lamanya dan Allah telah meredhainya sehingga Dia tidak murka kepadanya selama-lamanya”, selesai.

 

Jelas dari konteks ayat tersebut bahawa perbicaraannya adalah tentang agama yang telah Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan Allah telah menyempurnakannya dan meredhainya bagi kaum Muslim.

 

  1. b) Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan dalam Sahihnya dari Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

“Islam dibangun di atas lima perkara: syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berhaji, dan puasa Ramadhan.”

 

Jelas dari hadis yang mulia ini bahawa pembicaraan adalah tentang agama Islam yang diturunkan Allah kepada nabiNya Muhammad SAW dan bahawa lima perkara yang disebutkan itu adalah tiang-tiang (rukunnya) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis-hadis yang lain.

 

  1. 2. Apa yang dinyatakan dalam kitab Nizham al-Islam dalam teks yang dipetik di atas ialah tentang Islam dengan makna istilahnya (al-haqiqah asy-syar’iyyah). Diperhatikan dari definisi Islam tersebut tampak betapa komprehensifnya syariat Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan.

 

Dinyatakan dalam takrifan bahawa Islam ialah agama yang diturunkan Allah kepada Saidina Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Penciptanya, dengan dirinya, dan dengan manusia lain. Begitulah, maka Islam tidak membiarkan satu hubungan yang mungkin untuk manusia, melainkan Islam yang mengaturnya dan menetapkan hukum-hukum untuknya.

 

KETIGA: ISLAM DAN AGAMA PARA NABI:

 

  1. Al-Islam dengan makna bahasa kepada Allah SWT adalah al-inqiyad wa al-khudhu’ lillah (taat dan tunduk kepada Allah) wa al-ikhlash lahu (ikhlas untuk-Nya). Itulah sifat untuk agama semua nabi, dari nabi Adam AS sehinggalah nabi kita Muhammad SAW. Para nabi semuanya adalah di atas al-islam:

 

  1. a) Dinyatakan tentang Ibrahim AS dalam Al-Quran Al-Karim,

إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

“Ketika Tuhannya berfirman kepadanya, ‘Tunduk patuhlah!’ Ibrahim menjawab, Aku tunduk patuh kepada Tuhan sekalian alam.” [TMQ Al-Baqarah (2): 131].

 

  1. b) Dinyatakan tentang Yaakub AS dan anak-anaknya,

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ * أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهاً وَاحِداً وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

“Dan Ibrahim telah mewasitakan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub. (Ibrahim berkata), ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam memeluk Islam.’

 

Adakah kamu hadir ketika Yaakub didatangi (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apakah yang akan kamu sembah setelah aku mati?’ Mereka menjawab, ‘Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk dan patuh kepadaNya.” [TMQ Al Baqarah (2): 132-133]

 

  1. c) Tentang Yusuf AS

تَوَفَّنِي مُسْلِماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

“Matilah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.” [TMQ Yusuf (12): 101].

 

  1. d) Tentang Musa AS dan pengikut-pengikutnya dan juga ahli-ahli sihir yang beriman kepada Musa

وَقَالَ مُوسَى يَا قَوْمِ إِنْ كُنْتُمْ آمَنْتُمْ بِاللَّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُسْلِمِينَ

“Musa berkata, ‘Wahai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah maka hanya kepadaNyalah kamu bertawakal jika kamu benar-benar orang yang berserah diri.’” [TMQ Yunus (10): 84].

 

وَمَا تَنْقِمُ مِنَّا إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِآيَاتِ رَبِّنَا لَمَّا جَاءَتْنَا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

“Dan kamu tidak mencela kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ia datang kepada kami.” (Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan biarkan kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMu)”. [TMQ Al-A’raf (7): 126].

 

  1. e) Tentang Sulaiman AS.

فَلَمَّا جَاءَتْ قِيلَ أَهَكَذَا عَرْشُكِ قَالَتْ كَأَنَّهُ هُوَ وَأُوتِينَا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهَا وَكُنَّا مُسْلِمِينَ

“Dan ketika Balqis datang, ditanyakanlah kepadanya, ‘Adakah ini singgahsanamu?’ Dia menjawab, ‘Seakan-akan singgahsana ini singgahsanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri.[TMQ An-Naml (27): 42]

 

  1. f) Tentang Isa AS dan pembantunya.

فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَى مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

“Maka tatkala Isa mengetahui tentang keingkaran mereka (Bani Israil), dia berkata, ‘Siapakah yang akan menjadi penolongku untuk (agama) Allah?’ Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab, ‘Kami adalah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri.’” [TMQ Ali Imran (3): 52].

 

  1. g) Tentang ahli kitab.

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِهِ هُمْ بِهِ يُؤْمِنُونَ * وَإِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ قَالُوا آمَنَّا بِهِ إِنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلِهِ مُسْلِمِينَ

“Orang yang telah Kami berikan kepada mereka Al-Kitab sebelum Al-Quran, mereka beriman (pula) kepadanya (Al-Quran) (52) Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata, ‘Kami beriman kepadanya sesungguhnya Al-Quran itu adalah suatu kebenaran daripada Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah orang Muslim” [TMQ Al-Qasas (28): 52-53].

 

Begitulah, Islam dengan makna al-istislam (berserah diri), al-inqiyad (taat) kepada Allah SWT dan ikhlas kepadaNya. Itu semua adalah sifat agama para Nabi semuanya.

 

Adapun makna Islam dengan istilah syarie, maka seperti yang terdapat dalam Nizham al-Islam:

 

[Al-Islam adalah agama yang telah Allah SWT turunkan kepada Saidina Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Penciptanya, dengan dirinya sendiri dan dengan manusia lain. Hubungan manusia dengan Penciptanya mencakup akidah dan ibadah. Hubungan manusia dengan dirinya sendiri mencakup akhlak, makanan, dan pakaian. Manakala hubungan manusia dengan manusia yang lain mencakup muamalah dan uqubat], selesai. Dalil-dalil bagi perkara ini sangat banyak dan qathie. Kami telah menerangkan sebahagiannya di atas.

 

Saya harap jawapan ini mencukupi, wallahualam wa ahkam.

 

Rujukan :

https://muslimahnews.net/2023/07/22/21981/

 

#soaljawab #Islam

Exit mobile version