[Nafsiyah] Ilmu dan Keberkahan Ilmu
Penulis: Ustaz Adi Victoria
Kehadiran kita dalam majlis ilmu bukan semata-mata untuk mendapat keberkatan dalam majlis ilmu, tetapi sepatutnya kerana kita benar-benar ingin menimba ilmu. Sebenarnya ilmu boleh diperolehi dengan belajar, menghafal, atau dengan menghadiri majlis ilmu seperti yang dikatakan,
إن الرجل لا يولد عالما وإنما العلم بالتعلم
“Sesungguhnya seseorang tidaklah dilahirkan (secara langsung) berilmu. Namun, ilmu boleh diperoleh dengan cara belajar.” [Ibnu Mas’ud]
ولا يستطاع العلم براحة الجسد
“Ilmu tidak akan dapat diraih dengan tubuh yang santai (tidak bersungguh-sungguh).” [Yahya bin Abi Katsir]
Keberkahan di majlis ilmu boleh diperoleh dengan berkhidmat kepada gurunya. Sebagaimana dikatakan,
العلم بالتعلم، والبركة بالخدمة
“Ilmu itu diperoleh dengan belajar, keberkahan itu diperoleh dengan khidmat.”
Oleh itu, jika kamu ingin bertakwa dan ilmumu diberkati, aktiflah dalam belajar, menghafal, dan hadir dalam majlis ilmu, dan berkhidmatlah kepada gurumu. Nasihat yang diberikan oleh Sayyid Ahmad bin Al-Maliki,
ثبات العلم بالمذاكرة وبركته بالخدمة ونفعه برضا الشيخ
“Ilmu itu tetap dengan berulang-ulang, keberkatan ilmu dengan khusyuk, dan manfaat ilmu dengan keredhaan guru.”
Wallahu’alam.
Sumber: t.me/adivictoria1924

