Site icon MuslimahHTM News

Demi Masa

[Nafsiyah] Demi Masa

Penulis: Doni Riw

 

Demi masa. Sebenarnya semua manusia rugi, melainkan waktu yang telah diberikan itu diisi dengan keimanan, digunakan untuk beramal, berdakwah, dan diisi dengan kesabaran.

Masa adalah modal yang Allah SWT berikan kepada manusia. Dengan modal masa itu, manusia boleh mencari harta dan mencari pahala.

Manusia boleh menghabiskan masa mereka hanya untuk mencari harta. Dengan cara ini, dia akan mendapatkan banyak harta akan tetapi kehilangan banyak perkara lainnya. Itu yang rugi.

Supaya tidak merasa rugi, manusia perlu bijak dalam mengurus waktu yang telah diamanahkan dengan bijaksana.

Satu perempat daripada masa dihabiskan untuk mencari harta sebagai alat untuk melangsungkan kehidupan di dunia.

Satu perempat daripada masa digunakan untuk menyantuni anak, isteri, keluarga serta melindungi bumi daripada kepupusan manusia.

Satu perempatnya digunakan untuk berdakwah demi peradaban dunia yang cemerlang di bawah naungan Islam.

Suku masanya lagi untuk diri sendiri kerana badan juga perlu berehat.

Dalam sehari, kita semua ada 24 jam yang sama. Maka, kita boleh memperuntukkan setiap enam jam untuk mencari harta, berdakwah, menyantuni keluarga dan untuk diri sendiri.

Ia tidak semestinya tepat enam jam atau berturut-turut tanpa berehat. Kita hendaklah tetap berusaha agar menguruskan waktu dengan baik.

Dengan menguruskan waktu dengan sebaik mungkin, insyaAllah suatu hari nanti kita tidak akan menyesal kerana tidak bijak dalam menguruskan waktu yang telah diberikan olehNya.

Exit mobile version