Site icon MuslimahHTM News

Peranan Reformasi Individu dalam Kebangkitan Umat (Bahagian 1/2)

[Fokus dan Analisis] Peranan Reformasi Individu dalam Kebangkitan Umat (Bahagian 1/2)

Penulis: Abdul Fattah

 

Sebelum menetapkan konteks dari artikel ini, ada dua terminologi yang perlu didefinisikan, iaitu “reformasi individu” dan “kebangkitan umat”.

 

Pertama, “reformasi individu” mengacu pada perubahan yang berunsur individual terkait ibadah individu, seperti solat, puasa, dsb. Ia juga mencakup aktiviti individu yang lain seperti muamalah (hubungan/transaksi), akhlak (etika), dan terkait makanan dan pakaian.

 

Kedua, “kebangkitan umat” di mana ia mengacu pada perubahan revolusioner umat, dalam hal ini merujuk kepada aspek peradaban dan ideologi Islam terhadap seluruh kancah kehidupan, terutama terkait tataran sistemik dan institusi negara, seperti ekonomi, peradilan, politik, dan kebijakan luar negeri.

 

Terdapat banyak perselisihan terkait peranan reformasi individu dalam proses kebangkitan umat, sehubungan dengan pentingnya upaya reformasi individu di tengah umat. Berbagai persoalan dilontarkan oleh sebahagian besar umat Islam, khususnya para pengemban dakwah yang terlibat dalam proses kebangkitan umat. Di antara dakwaan-dakwaan yang muncul adalah sebagai berikut:

 

Pertama, muslim yang berfokus pada aspek individual (seperti ibadah dan akhlak) tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti yang menjurus kepada kebangkitan umat.

Kedua, muslim yang berfokus pada aspek individual, berkedudukan sebagai penghambat kebangkitan umat.

Ketiga, berfokus pada aspek individu adalah satu-satunya jalan untuk membangkitkan umat. Semua cara paktikal yang lain, seperti terlibat dalam politik dengan mengaitkan pada para penguasa, sama sekali tidak penting.

Keempat, reformasi individu hanya diperlukan bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti politik. Keberadaan para penguasa sebagai individu dengan tahap ketakwaan yang tinggi adalah kewajipan bagi membangkitkan umat. Oleh kerana itu, ruang lingkup reformasi individu hanya berlaku bagi kelompok yang bekerja untuk membangkitkan kembali umat.

Kelima, reformasi individu umat Islam hanya mungkin terjadi setelah kebangkitan umat, yakni tatkala Islam dapat diimplementasikan di semua peringkat sistem dan struktur negara. Kesan seterusnya yang terjadi adalah adanya reformasi individu umat Islam secara keseluruhan, termasuk mereka yang bekerja untuk membangkitkan kembali umat.

 

Berdasarkan konteks di atas dan apabila melihat ke dalam berbagai perspektif, membantu kita menganalisis dan memahami dakwaan-dakwaan tersebut, sehingga sampai pada pernyataan konklusif berdasarkan pemahaman yang tepat.

 

Perspektif ‘Capability’ (Kemampuan)

Makna “kemampuan” yang dimaksudkan di sini adalah merujuk konteks perbuatan yang termasuk dalam ranah yang mampu dikuasai individu. Beberapa perbuatan individu, seperti solat dan puasa, termasuk dalam ranah yang dikuasai individu. Ertinya, seorang individu bebas untuk berperilaku berdasarkan kuasanya tanpa ada kekuatan besar yang dapat menghalangnya dari melakukan semua itu.

 

Dapat dikatakan bahawa perbuatan individu tersebut dipengaruhi oleh lingkungan sistemik yang mengitarinya, seperti kebijakan ekonomi kapitalisme yang mendorongnya mengerah tenaga bagi memenuhi keperluan dasarnya. Realiti seperti ini tidak menafikan realiti ranah kemampuan individu. Ini kerana distraction (gangguan), baik secara sistemik mahupun bukan, akan sentiasa ada. Ianya bergantung kepada individu untuk menentukan prioritinya.

 

Wajar jika ada umat Islam yang melalaikan solat, tetapi mampu menyediakan waktu untuk kegiatan-kegiatan mubah yang lain—yang mereka anggap penting meskipun ditindas oleh sistem ekonomi kapitalisme yang mungkin membahayakan kelangsungan hidup manusia.

 

Perbuatan yang berada di bawah ranah yang dikuasai, perlu dibezakan dari perbuatan yang tidak dikuasainya. Misalnya, penerapan hukum sanksi (hukum bagi kesalahan jenayah) tidak berada di bawah kuasa individu/kelompok, melainkan di bawah kuasa mereka yang memiliki kuasa dalam tampuk pemerintahan.

 

Mengenai kuasa tidak langsung, secara umum, umat Islam dapat dibahagi kepada dua jenis. Jenis pertama, seseorang yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa, misalnya anggota keluarga atau temannya.

 

Jenis kedua, seorang yang berpengaruh di tengah masyarakat, ataupun berbagai kelompok atau parti politik yang melakukan muhasabah dengan berbagai cara, seperti mengatur pertemuan, persidangan umum, persidangan media berita, dsb.

 

Perbuatan yang berkaitan dengan reformasi individu berada dalam kuasa langsung setiap individu, terlepas dari seseorang yang memiliki autoriti atau tidak. Sedangkan hukum dan aturan yang terkait aspek sistemik dan institusi negara, ada dalam kuasa langsung dari pihak yang memiliki autoriti, seperti penguasa dan tentera, bukan di bawah kuasa langsung dari massa umum.

 

Maksud dari “Salah Satu Unsur Masyarakat adalah Individu”

 

Masyarakat terdiri dari individu-individu, serta adanya persamaan dari segi pemikiran, perasaan, dan sistem yang diterapkan.

 

Pertanyaan yang kemudian muncul adalah, “Apakah maksud yang tersirat dari pernyataan ‘individu adalah salah satu unsur masyarakat’? Adakah individu memiliki peranan untuk dimainkan di tengah masyarakat? Atau adakah individu dapat memengaruhi masyarakat dengan apa pun caranya?

 

Tahap pengaruh individu dalam masyarakat boleh jadi berbeza-beza. Sebahagiannya merupakan tokoh berpengaruh yang mampu mempengaruhi opini umum sehingga dapat mengubah pemikiran dan perasaan umum di tengah masyarakat. Sebahagian yang lain merupakan penguasa mahupun tentera atau jeneral di kalangan tentera. Jenis individu seperti ini berkemampuan atau berkuasa untuk mengimplementasikan aspek-aspek kemasyarakatan Islam. Jika orang-orang seperti ini mempunyai tahap ketakwaan yang tinggi, mereka pasti akan berperanan penting dalam menerapkan Islam secara keseluruhan.

 

“(iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari perbuatan mungkar. Dan kepada Allah-lah tempat kembali segala urusan.” [TMQ Al-Hajj (22): 41].

 

Selain dari jenis-jenis tersebut, terdapat orang-orang awam yang tidak berkeinginan untuk menduduki posisi penguasa, tentera, ataupun pihak berautoriti. Mereka hanya mengurusi ibadah, muamalah, dan akhlak masing-masing. Lalu, adakah orang-orang ini berperanan dalam mempengaruhi perubahan di tengah masyarakat? Adakah mereka dapat mempengaruhi pemikiran dan perasaan umum dalam usaha merubah sistem?

 

Jawapan atas pertanyaan di atas adalah bahawa orang-orang ini dapat dibahagi kepada dua jenis. Pertama, jenis orang-orang yang beramar makruf nahi mungkar. Kedua, jenis mereka yang tidak melibatkan diri mereka dalam aktiviti amar makruf nahi mungkar.

 

Jenis kedua tidak berpengaruh di tengah masyarakat, kecuali terkait perubahan diri mereka sendiri semata. Bagaimanapun, mereka berkontribusi dalam membangun lingkungan (yang pada umumnya positif) berdasarkan ketakwaan individu, seperti menegakkan solat, akhlak, dsb. Hal ini kontra dengan seseorang yang melakukan dosa, seperti berperilaku buruk, mengabaikan solat, dsb. Ia memiliki pengaruh buruk dan negatif bagi orang-orang di sekitarnya sehingga merosak lingkungan masyarakat pada umumnya akibat pengaruh lingkup individu.

 

Jenis pertama adalah orang-orang yang beramar makruf nahi mungkar, di samping komitmen individualistik mereka terhadap berbagai kewajipan aturan Islam. Amar makruf nahi mungkar berdampak pada masyarakat, mendominasi pemikiran dan perasaan umum yang akan mengarah pada kebangkitan umat. Jenis individu ini pada umumnya juga berusaha mengubah perilaku buruk yang nyata di tengah masyarakat, seperti mencegah kejahatan, persengketaan antara manusia, perselisihan dalam keluarga, dsb.

 

Refleksi dari Sirah

Mencermati fasa Mekah berdasarkan sirah, jelas tampak bahawa komitmen terhadap perintah Islam didasarkan pada penerimaan iman secara umum. Bahkan, sebelum larangan membunuh anak perempuan di Madinah, umat Islam di Mekah diperintahkan untuk mematuhi larangan membunuh anak perempuan.

 

Baiat Aqabah I melibatkan ketaatan dalam perintah-perintah berikut, “Tidak menyekutukan Allah dengan apa pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak hidup-hidup, tidak berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka, tidak membangkang Rasulullah SAW.”

 

Selain itu, sebelum perintah-perintah ini menjadi hukum di Madinah, umat Islam diminta untuk mematuhi perintah ini tatkala zina, fitnah, pembunuhan anak perempuan, dan kejahatan lainnya, merajalela di masyarakat Mekah. Tidaklah tepat jika mengatakan bahawa perintah-perintah ini khusus untuk kaum muslim yang terlibat dalam proses penerapan dan pengambilan aturan Islam, melainkan bersifat umum dan diterapkan bagi semua orang yang beriman kepada Nabi SAW dan menerima iman.

 

Memahami Budaya Parti

 

Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani rahimahullah menjelaskan di dalam bukunya, Peraturan Hidup di dalam Islam bab “Kepemimpinan Berfikir dalam Islam”, “Islam memandang bahawa peraturan dilaksanakan oleh setiap individu mukmin dengan dorongan takwa kepada Allah yang tumbuh dalam jiwanya. Sedangkan teknik pelaksanaannya dijalankan oleh negara dengan adil yang dapat dirasakan oleh jemaah. Didukung sikap tolong-menolong antara umat dan negara dalam menjalankan amar makruf nahi mungkar, serta diterapkannya (peraturan) dengan kekuatan negara.”

 

Syeikh Taqiyuddin mengakui realiti bahawa salah satu tarekat (metod) penerapan Islam adalah ketakwaan individu kepada Allah Taala. Salah satu penyebab kehancuran Khilafah (kekhalifahan) adalah kerana adanya sebahagian tokoh berpengaruh yang kurang dalam hal ketakwaan mereka kepada Allah. Individu-individu ini melanggar beberapa larangan Islam yang jelas, seperti bersekutu dengan kaum kufur dan meminta bantuan mereka.

 

Pengkhianat Mustafa Kemal tidak hanya bersekutu dengan kaum kufur untuk menghancurkan Khilafah, tetapi dia juga tidak menyukai perintah-perintah Islam yang lain. Dia melarang azan dalam bahasa Arab, melarang hijab, juga mempromosikan nilai-nilai liberal. Ertinya, fitnah bagi orang-orang seperti itu tidak semata berasal dari ketidaktahuan mereka akan kontradiksi antara nilai-nilai sekular liberal dan nilai Islam, melainkan kombinasi dari kurangnya iman, hilang kepercayaan pada Islam, dan memandang peradaban Barat sebagai sesuatu yang superior.

 

Penolakan terhadap nilai-nilai sekular liberal adalah hal yang alamiah dalam diri seseorang yang memiliki tahap ketakwaan yang tinggi. Meskipun mungkin masih diperdebatkan banyak orang di tengah umat—termasuk para ulama—yang berpegang pada nilai-nilai Barat dan mempromosikannya, kebanyakannya tidak dilakukan dengan cara yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam, melainkan ada upaya untuk mengadakan projek yang mempunyai unsur-unsur yang diperbolehkan dari nilai-nilai liberal yang tidak bertentangan dengan Islam, juga untuk menunjukkan bahawa Islam berlaku untuk semua waktu dan tempat, terlepas dari ideologi yang dominan.

 

Metodologi ini dianggap moderat dan seimbang oleh banyak ulama, tetapi pada kenyataannya mengakibatkan orang awam turut mengambil dan mempraktik nilai-nilai sekular liberal yang secara jelas bertentangan dengan Islam. Akibatnya, sebahagian umat Islam memiliki darjat ketakwaan yang tinggi dalam hal menegakkan solat, menunaikan zakat, berakhlak mulia; tetapi tetap meyakini pemisahan agama dari negara dan bangga dengan jati diri bangsa.

 

Perlu difahami bahawa reformasi individu tidak lengkap tanpa adanya keyakinan yang sahih dan tepat tentang sistem yang berkuasa saat ini dengan nilai sekular liberalnya yang dominan. Ini kerana bukan sekadar terkait keyakinan teori semata, melainkan ada implikasi politik yang serius bagi umat. Konsep-konsep seperti kebebasan beragama dan berekspresi yang berasal dari nilai-nilai liberal juga perlu difahami secara benar dan tidak boleh dicampur dengan konsep-konsep Islam yang utuh.

 

Nilai-nilai Barat ini tidak boleh dijelaskan kepada umat dengan cara yang malah akan melemahkan konsep inti Islam. Misalnya, konsep kebebasan beragama, tidak boleh dianggap sesuai dengan Islam hanya kerana beberapa nilai Islam sejalan dengan definisi kebebasan beragama secara luas. Sebaliknya, perlu difahami bahawa menggunakan konsep-konsep Barat, seperti dalam kaedah fiqh, adalah bermasalah dan mengelirukan, serta menyesatkan umat ketika mengambil konsep dan kaedah ini dengan cara yang bertentangan dengan Islam.

 

*Bersambung ke Bahagian 2/2

 

#kebangkitanumat #kebangkitanpemikiran #perananindividu

Exit mobile version