[TPOM] Awas Perangkap Feminisme :
Feminis Memandang Kebergantungan Ekonomi kepada Suami sebagai Tidak Kompatible dengan Pembebasan Perempuan (Freedom)
Feminisme mempromosikan pandangan bahawa ketergantungan ekonomi pada suami tidak kompatibel dengan penghormatan terhadap perempuan atau pembebasan perempuan. Mereka percaya bahawa untuk meningkatkan status dan mencapai kesetaraan sejati dengan lelaki di dalam masyarakat dan melepaskan diri dari siklus ‘perhambaan’ kepada lelaki di dalam pernikahan, perempuan hendaklah mencari nafkah untuk membiayai hidupnya sendiri.
Oleh kerana itu, kejayaan dan pemerkasaan perempuan menjadi terkait dengan memasuki dunia kerja, mengejar kerjaya, dan menjadi berdikari (independent) secara kewangan (financial).
Keyakinan-keyakinan ini asalnya lahir dari perjuangan feminisme di Barat, yang dianggap berpunca dari ketidakadilan yang dihadapi golongan perempuan di dalam perkahwinan dan dalam kedudukan masyarakat di negara-negara sekular Barat.
Sebagai contoh, kaum perempuan dahulu dipaksa untuk bertahan di dalam perkahwinan yang tidak bahagia dan penuh kegananasan kerana mereka tidak dapat menjaga diri mereka sendiri jika terjadi perceraian. Selain itu, mereka akan ditinggalkan dalam kesukaran kewangan jika menjanda. Semua ini kerana negara, komuniti, ataupun kerabat mereka tidak mempunyai kewajipan untuk memenuhi keperluan mereka jika perkahwinan mereka berakhir.
Oleh kerana itu, kaum feminis berpendapat bahawa akibat ketergantungan kewangan pada suami, perempuan menjadi rentan secara ekonomi dan ‘dikutuk dalam kehidupan yang secara tak terelakkan serba tergantung pada penghasilan seorang lelaki”.
Oleh sebab itu, mereka berusaha meyakinkan perempuan bahawa satu-satunya cara bagi mereka untuk ‘melarikan diri’ dari perkahwinan sebagai institusi yang ‘menindas dan memenjarakan’ adalah dengan memastikan mereka memiliki pendapatan mereka sendiri.
Sayangnya, banyak Muslimah turut tergila-gila dengan gagasan bahawa pemerkasaan, penghormatan,dan keamanan kewangan perempuan didasarkan pada kemandirian kewangan (financial independence).
Ini bukan hanya disebabkan pemikiran-pemikiran feminis Barat yang menyusup ke negeri-negeri Muslim sebagai akibat dari kolonialisme politik dan budaya serta rejim-rejim sekular Muslim yang secara intensif mempromosikannya di dalam masyarakat mereka, tetapi juga kerana kegagalan sistem sekular yang memerintah Dunia Muslim untuk secara efektif memenuhi keperluan kaum perempuan yang bercerai atau para janda.
Mereka mengabaikan kaum perempuan ini untuk mengurus diri mereka sendiri dan anak-anak mereka, bahkan jika itu bermakna mengemis di jalanan atau mengais-ngais makanan dari tempat sampah.
Realiti ini amat berbeza dengan ketetapan Islam terhadap wanita.
– Dr Nazreen Nawaz (Mengkritik Feminisme)
#ThePowerOfMother #KritikFeminisme

