Aktiviti street dakwah telah diadakan bersempena kempen The Power of Mother. Para aktivitis menerangkan kepada umat peranan dan cabaran tugas seorang ibu sebagai ummu wa rabbatul bait (ibu dan pengatur rumah tangga). Ibu juga menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak. Alhamdullilah para pengunjung memberikan maklum balas yang baik dan sudi mengambil gambar sebagai tanda sokongan kepada kempen yang diadakan.



