Site icon MuslimahHTM News

Istimewanya wanita dalam Islam

Istimewanya wanita dalam Islam

 

Allah swt memberikan pahala pada wanita yang melaksanakan peranan-peranannya dalam kehidupan. Wanita tidak dipandang sebelah mata, tetapi diberikan kedudukan yang mulia sebagai

– ibu yang melahirkan generasi rabbani yang akan mengisi bumi.
– isteri yang menyejukkan hati suaminya.
– sahabat yang menyenangkan bagi teman-temannya.
– anak yang diharapkan doa-doanya.
– anggota masyarakat yang dinantikan penglibatannya.
– saudara yang siap membantu dalam suka dan duka.

 

Kelembutan hatinya mampu menenangkan jiwa. Sentuhan lembut jemarinya menguatkan hati-hati yang terluka. Tatapan lembut matanya menjadi pelipur lara. Itulah peranan-peranan wanita yang mulia yang mesti dijalankan dengan suka cita yang akan berbuah pahala.

 

Wanita dalam pandangan Islam sungguh memiliki peranan mulia yang perlu dihargai keberadaannya, dijaga kehormatannya dan dilindungi keamanannya. Islam dengan aturan indahnya mampu membuat wanita bahagia. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang wanita.

 

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah An-Nisa:1)

 

Sumber: Titin Yuri (The Model for a Happy Woman)

Exit mobile version