Site icon MuslimahHTM News

Islam Menjamin Kewangan Perempuan Melalui Tanggungjawab Penafkahan

Islam Menjamin Kewangan Perempuan Melalui Tanggungjawab Penafkahan

 

Berbeza dengan sistem sekular dan tuduhan buruk feminisme terhadap kebergantungan ekonomi keluarga pada suami sebagai hal yang mengongkong – Islam sebetulnya tidak pernah menganggap peranan lelaki sebagai pencari nafkah sebagai hak istimewa atau sarana bagi lelaki untuk memegang kawalan atas perempuan.

 

Sebaliknya, Islam menganggapnya sebagai tanggungjawab penting yang ditempatkan di atas pundak kaum lelaki, manakala melihat ketergantungan ekonomi perempuan pada lelaki sebagai hak istimewa bagi perempuan.

 

Hal ini kerana pemeliharaan kewangan oleh lelaki mengangkat beban untuk memenuhi keperluan diri sendiri dari pundak perempuan, memperkasakan mereka untuk memenuh peranan mereka sebagai ibu: merawat, memelihara, dan mendidik anak-anak mereka tanpa batasan waktu, tekanan, dan paksaan yang terkait dengan keperluan melakukan pekerjaan dalam masa yang sama.

 

Lebih-lebih lagi dalam Islam, kerabat lelaki diwajibkan memenuhi keperluan kerabat perempuan mereka dengan yang terbaik dari kemampuan mereka.

 

Namun, jika perempuan tersebut tidak memiliki kerabat, maka negara wajlb memelihara keperluan kewangannya, melindungi dirinya dari kesulitan kewangan, dan memastikan standard hidup yang baik baginya.

 

Nabi SAW bersabda,
“Barangsiapa (mati) meninggalkan harta, maka hartanya itu untuk ahli warisnya dan barangsiapa meninggalkan keluarga yang misikin, maka menjadi tanggungan kami.” (HR, Bukhari)

 

Oleh kerana itu, di bawah sistem lslam yakni Khilafah, kaum perempuan yang bercerai, menjanda, atau belum menikah perlu selalu dipastikan menikmati keamanan kewangan, dan tidak takut meninggalkan ikatan pernikahan yang tidak dapat diperbaiki lagi, atau pernikahan yamg penuh keganasan, hanya kerana masalah kewangan.

 

Selain itu, lelaki dilarang memanfaatkan kewajipannya secara kewangan (penafkahan) dalam memelihara isteri dan keluargarya sebagal alat untuk mengawal atau memanipulasi sang isteri – memenuhi keperluannya atau menahannya sesuai dengan keinginannya. Ini kerana isteri memllilki hak atas harta sang suami dan dapat mengambilnya sesuai dengan keperluan, seperti yang ditunjukkan oleh hadis Nabi SAW:

 

Dari Aisyah r.anha, Hindun binti Uthbah isteri Abu Sufyan masuk menemui Rasulullah dan berkata: Wahai Rasulullah, sungguh Abu Sufyan adalah orang yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan anak-anakku kecuali aku mengambil dari hartanya tanpa sepengetahuannya. Apakah yang demikian itu aku berdosa? Beliau bersabda: “Ambillah dari hartanya yang cukup untukmu dan anak-anakmu dengan cara makruf.” (HR. Muttafa’alaihi)

– Dr Nazreen Nawaz (Mengkritik Feminisme)

 

Exit mobile version