Site icon MuslimahHTM News

Menghindari Sifat Dengki (Bahagian 2/2)

[Nafsiyah] Menghindari Sifat Dengki (Bahagian 2/2)

Penulis: Ibnu al-Jauzi

 

Apabila langkah-langkah pengubatan/rawatan di atas (bahagian 1) tidak memberikan solusi yang efektif, maka lakukanlah langkah-langkah yang dapat membawa diri kepada kenikmatan yang sama yang diraih oleh orang yang didengkinya.

 

Sebahagian ulama salaf telah berkata, “Sungguh aku sangat takut kesusahan, termasuk kesusahan kerana dengki. Apabila seseorang dengki terhadap tetangga kerana kekayaannya, hendaklah dia pergi berdagang. Apabila seseorang dengki terhadap orang lain kerana ilmunya, hendaklah dia belajar dengan harapan menjadi seperti orang yang didengkinya. Namun manusia senang bermalas-malasan lalu mencela saudaranya yang meraih kemuliaan.”

 

Alangkah indahnya ungkapan Al-Radli,

“Dosaku pada anak-anak sapi yang hina keranaku
kuda yang ayah dan ibunya sangat mulia dan masyhur serta bertanda putih di dahi
Mereka melirikku dengan kelicikan kerana aku berjalan pada akhir malam demi kemuliaan,
sedang mereka memasuki waktu pagi
dan aku telah menarik tali pada kaki yang mereka tidak pernah menariknya
dan telah menimba air dengan timba besar yang mereka tidak pernah menimbanya
Jika aku tidak memiliki kemuliaan yang tampak di mata,
niscaya musuh-musuhku tidak akan mengkritik dan mencela.”

 

Apabila orang yang dengki tidak dapat meraih apa yang telah diraih oleh orang-orang yang didengkinya, hendaklah ia berusaha dengan sungguh-sungguh menahan isi hati dan lisannya agar tidak menjelek-jelekkan orang yang didengkinya itu.

 

Hadis-Hadis tentang Celaan terhadap Dengki

 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Zubair bin Awwam, dia berkata bahawa Nabi saw. bersabda,

دب إليكم داء الأمم قبلكم الحسد والبغضاء هي الحالقة لا أقول تحلق الشعر ولكن تحلق الدين

“Telah menjalar pada tubuh kalian penyakit yang menimpa umat manusia sebelum kalian, iaitu kedengkian dan kebencian. Penyakit itu adalah pemangkas. Aku tidak mengatakan memangkas rambut, tetapi memangkas agama.”

 

Dalam satu riwayat, Umar bin Maimun berkata, Musa as. melihat seorang lelaki di ‘Arasy, lalu Musa ingin seperti lelaki itu kerana kedudukannya. Kemudian Musa bertanya tentang lelaki itu. Yang ditanya menjawab, “Kami akan memberitahumu tentang amal perbuatannya. Dia tidak pernah dengki terhadap manusia kerana kurniaan Allah Taala yang telah diberikan kepadanya, dia tidak pernah berjalan untuk mengadu domba, dan dia tidak pernah menderhakai kedua orang tuanya.”

 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Salim, dari ayahnya, dia berkata bahawa Nabi bersabda,

لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَآخَرُ آتَاهُ اللَّهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

“Tidak boleh dengki kecuali dalam dua hal, (kepada) seorang yang Allah berikan harta, lantas dia pergunakan harta tersebut di jalan kebenaran (ketaatan) dan seorang yang Allah berikan hikmah (ilmu), lalu dia mengamalkan dan mengajarkannya kepada orang lain.” (HR Bukhari no 1409 dan Muslim no 1352).

 

Sumber: Ibnu al-Jauzi, Mengubati Jiwa yang Lelah

 

Exit mobile version