[Nafsiyah] Para Da’iyah Melindungi Umat dari Pemikiran Salah
Semakin hari, musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti melakukan pelbagai propaganda, penyesatan, hingga meracuni umat dengan pemikiran-pemikiran kufur. Bahkan mereka menggilap pemikiran kufur seolah-olah islami.
Salah satu contoh pemikiran kufur ialah moderasi beragama. Gagasan tersebut nampak indah kerana dianggap ampuh menyelesaikan konflik beragama. Padahal hakikatnya, meracuni umat dengan fahaman sesat yang merosakkan akidah hingga berakhir dengan dosa.
Gagasan moderasi beragama berkempen di seluruh aspek kehidupan, misalnya pada kurikulum pendidikan dan para ulama. Dalam dunia pendidikan, pemikiran inklusif dan bertolak ansur dikembangkan agar generasi muda menjadi moderat. Sementara itu, para ulama diminta turut menyebarkan gagasan tersebut.
Peranan Da’iyah
Sebagai pendakwah, para da’iyah diharapkan melindungi umat dari pelbagai pemikiran salah. Pemikiran yang menyimpang di tengah-tengah umat akibat terpapar pemikiran atau gagasan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Semestinya para da’iyah meluruskan pemikiran yang bengkok dan merangkul umat agar menghindari pemikiran yang akan merosakkan akidah mereka.
Dalam Islam ada istilah tahdzir, iaitu memperingatkan umat terhadap bahaya para pendakwah yang menyimpang pemikirannya dari Islam. Hal ini juga merupakan sebagian dari amar makruf nahi mungkar dan usaha menjaga kemurnian agama. Nabi SAW pernah melakukan tahdzir terhadap orang-orang yang menyimpang.
Dari Abu Umayyah Al-Jumahi RA Nabi SAW bersabda, “Di antara tanda kiamat adalah orang-orang menuntut ilmu dari Al Ashoghir.” [HR Ibnul Mubarak]. Ibnul Mubarak ketika meriwayatkan hadis ini menjelaskan, “Al Ashoghir adalah ahlul bid’ah.”
Kemudian, Nabi SAW juga bersabda, “Sesungguhnya akan keluar dari keturunan orang ini, sekelompok kaum yang membaca Kitabullah (Al-Quran) secara rutin. Namun, bacaan Al-Quran mereka tidak melampaui kerongkongannya. Mereka terlepas dari (batas-batas) agama seperti anak panah yang terlepas menuju sasarannya.” [HR Bukhari dan Muslim].
Syeikh Salih Al Fauzan Hafizhahullah menjelaskan, “Tahdzir terhadap orang-orang yang menyimpang hukumnya wajib. Tahdzir terhadap kesalahan-kesalahan agama (yang ada di tengah umat) hukumnya wajib dan hal ini bentuk nasihat untuk kaum muslimin. Tahdzir bukan ghibah kerana tujuan dari tahdzir ialah menasihati kaum muslimin, bukan merendahkan individu tertentu.”
Umat Islam mestilah mengingkari penyimpangan dan kesesatan. Para da’iyah harus membantu umat menyingkap pelbagai penyimpangan dan kesesatan yang terjadi. Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah mengatakan, “Imam Ahmad menjelaskan bahwa menjelaskan penyimpangan ahlu bid’ah manfaatnya luas untuk kaum muslimin dan termasuk jihad fi sabilillah kerana memurnikan jalan dan agama Allah, memurnikan cara beragama dan syariatNya, serta mencegah kezaliman dari musuh-musuh Allah yang merosakkan agama. Perkara ini merupakan wajib kifayah menurut kesepakatan ulama. Jika tidak ada orang yang Allah jadikan sebagai pembela agamaNya untuk mencegah dari bahaya mereka, maka agama akan rosak.” [Majmu Al Fatawa, hlm. 231—232].
Menjadi Da’iyah Bertauliah
Jadilah da’iyah berkualiti, bukan hanya boleh berbicara casciscus tanpa “isi”. Jangan pernah merasa cukup ilmu, para da’iyah mestilah “rakus” dalam mendapatkan ilmu. Dalam kitab Tadzkirotus Saami’ wal Mutakallim fii Adabil’ Alim wal Muta’allim dijelaskan bahawa seseorang yang tidak memiliki kemampuan dalam satu ilmu tidak diperbolehkan mengajarkannya atau menyampaikannya.
Jika hal tersebut terjadi akan menyesatkan murid-muridnya atau umat, menimbulkan bahaya, dan berakhir dengan menjadi dosa. Mengkaji ilmu terlebih dahulu, kemudian mengajarkannya atau menyampaikannya. Berhati-berhatilah sebagai da’iyah kerana berpotensi meraih banyak pahala dan juga mendapat dosa kerana keliru.
Memang tidak mudah menunaikan amanah sebagai da’iyah. Namun, ketika kita telah memiliki ilmu kemudian dibiarkan tanpa diikat dengan menuliskannya, tidak mengajarkannya, mendakwahkannya, dan mengamalkannya justeru ilmu tersebut akan “menguap.” Inilah yang dinamakan ilmu yang tidak bermanfaat.
Para da’iyah juga boleh mengalami futur dan jumud. Jika hal itu terjadi, terkadang mundur dari barisan perjuangan merupakan pilihannya. Para da’iyah juga manusia, boleh berlarutan dalam permasalahannya jika tidak diatasi dengan pemahaman Islam yang dimiliki. Inilah bahayanya jika tidak terus melakukan upgrading diri dan tidak semakin dekat dengan Allah SWT dalam pelbagai amal soleh. Semua boleh berakhir karam sebelum dia berhasil menakluk ombak besar.
Ketahuilah Saudariku, Nabi SAW bersabda, “Ilmu ini akan dibawa oleh orang-orang yang adil dari setiap generasi. Mereka akan menolak perubahan yang dilakukan oleh orang-orang yang melampaui batas, serta menolak penyimpangan erti yang dilakukan oleh orang-orang yang bodoh dan kedustaan yang dilakukan oleh pelaku kebatilan.” [HR Ibnu ‘Adi].
Umat perlu dibina dengan ajaran Islam yang murni dan kaffah. Tentu tidak mudah membina, memperbaiki, dan mengembalikan umat kepada Islam yang benar tanpa pendakwah berkemampuan lebih. Janganlah para pendakwah mudah menyerah mendakwahkan kebenaran Islam.
Jika saat ini kempen moderasi beragama dipergiatkan, para da’iyah jangan berdiam diri. Sepatutnya para da’iyah semakin menggalakkan perjuangan Islam kaffah. Hal ini merupakan kewajipan kita di hadapan Allah SWT. Wajib menjaga agama dari pelbagai penyimpangan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam.
Nasihat Ibnul Qayyim boleh menjadi penglipur lara bagi para da’iyah ketika tenaga dan semangat hampir habis dalam jalan perjuangan. “Barang siapa menganggap jauh sebuah perjalanan, maka dia akan lemah dalam berjalan menempuhnya.” [Al Fawaaid, hlm. 90].
Jalan perjuangan Islam tidak jauh, justeru amat dekat dengan kemenangan. Yakinlah bahawa di sebalik setiap kesulitan, Allah SWT senantiasa menyiapkan dua kemudahan. Masyaallah wallahuakbar. Wallahu’alam bissawab.
Sumber: https://muslimahnews.net/2023/09/07/23161/

