[Nafsiyah] Keutamaan Akal
Para pakar telah berdebat panjang tentang hakikat dan kedudukan akal. Namun Ibnu al-Jauzi berpendapat bahawa perdebatan seperti itu tidak begitu perlu kerana yang lebih penting adalah mengetahui dan memahami fungsi dan keutamaan akal. Oleh kerana itu, Ibnu al-Jauzi telah mengemukakan banyak hadis tentang keutamaan akal yang beberapa di antaranya telah dibahas dalam buku Dzammil Hawa.
Sesungguhnya keutamaan segala sesuatu itu hanya dapat diketahui melalui fungsinya. Sedangkan di antara fungsi akal adalah mengetahui adanya Sang Pencipta. Akal dapat menemukan bukti tentang keberadaan Tuhan dan kebenaran para Nabi sehingga akhirnya manusia meyakini keberadaanNya. Akal juga dapat mendorong manusia untuk taat kepada Allah SWT dan para utusanNya.
Dengan akal manusia dapat mengatasi segala kesulitan, bahkan manusia dapat menaklukkan binatang. Akal juga yang mengajarkan manusia cara membuat kapal sebagai sarana untuk menempuh tempat tujuan yang jauh di seberang lautan. Akal juga dapat melakukan tipu daya terhadap burung-burung laut sehingga mereka berjaya ditangkap. Penglihatan akal senantiasa memperhitungkan pelbagai akibat dan kesulitan serta melakukan langkah-langkah menuju keselamatan.
Akal rela meninggalkan kesenangan jangka pendek demi meraih kebahagiaan jangka panjang. Dengan potensi akal, manusia mempunyai kelebihan dari binatang. Kerana akal, manusia mempunyai kecekapan untuk menerima dan memahami khitab (perintah) dan taklif (tugas) dari Allah SWT. Dengan akal pula, manusia boleh sampai kepada tujuan dasar, iaitu ilmu dan amal yang dapat menghantarkan manusia kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
Cukuplah pembahasan di atas sebagai bukti tingginya kedudukan akal, sehingga tidak perlu diperpanjangkan lagi perbincangan ini.
Sumber: Ibnu al-Jauzi, Mengobati Jiwa yang Lelah
Sumber: muslimahnewsid

