Site icon MuslimahHTM News

Syaikhah Syuhdah binti Ahmad bin al-Faraj

[Siri Serikandi Teladan – Generasi Ulama Muslimah]

Syaikhah Syuhdah binti Ahmad bin al-Faraj

 

Beliau lebih dikenal dengan julukannya, Fakhr an-Nisa’. Wanita yang besar di Baghdad ini merupakan salah seorang ulama besar dan tokoh islah. Banyak sekali murid yang berguru padanya, baik lelaki mahupun perempuan. Dia sendiri menimba ilmu dari guru-guru besar sehingga tidak hairanlah jika kemudian dia sendiri menjadi sangat terkenal. Beberapa ulama besar yang berguru kepada Syuhdah dan menyampaikan riwayat-riwayatnya antara lain adalah Ibnu ‘Asakir as Sam’ani, Ibnu al Jauzi, Muwaffaq Ibnu Qudamah dan lainnya. Syeikh Muwaffaq (Ibnu Qudamah, pent) menyatakan,

 

“Mata rantai perawi di seluruh Baghdad berhujung padanya. Dengan usianya yang panjang, dia menghubungkan perawi generasi muda dengan generasi tua. Dia juga menulis dengan kaligrafi yang indah”.

 

Syaikhah Syuhdah aktif mengikuti majlis para ulama. Dia juga dikenal sering melakukan kebajikan dan kegiatan sosial. Keadaan tersebut terus dijalaninya hingga wafat pada malam Isnin 14 Muharram 574 H dalam usia hampir 100 tahun. Jenazahnya disolatkan oleh banyak orang dan para ulama di Masid al-Ashr sehingga jendela masjid pun terpaksa dibuka agar lapang. Jenazah Syaikhah Syuhdah dimakamkan di pemakaman Bab Abraz.

 

Sumber: Menantikan Sang Pembebas (Dr Fika Komara)
*Pendidik generasi pembebas Baitul Maqdis

Exit mobile version